20

2.8K 58 0
                                    

Selamat pengantin baru!!! - Ajim

Wish you the best dear! Selamat pengantin baru 😘 - Syifa'

'16 october right? Ol rite! I've served the date! - Alisa

Ugh! Benci benci! Rasa macam nak cancel majlis reception. Tapi disebabkan semua jemputan dah diedar, terpaksalah diteruskan jugak.

Martini tekan butang off pada phone. Malas nak reply semua whatsapp, malas nak scroll habis semua whatsapp yang masuk.

Rasa nak menghilang dari dunia ni.

Nak faded away.

Dia mengeluh. Kemudian hempas badan atas katil empuknya. Sebenarnya, tadi puas Arman pujuk dia untuk ikut pulang ke kondo tapi dia berdegil tak nak ikut. Alasan, jauh dari tempat kerja.

Kesian lelaki itu. Nampak riak kecewanya waktu hantar Martini ke rumah sewanya tadi. Martini pula takde perasaan, laju je masuk ke dalam rumah tanpa peduli yang suaminya masih lagi di pagar rumah.

Apatah lagi nak salam, pandang pun tak.

Keras kepala.

Hati batu.

Martini pejam mata. Ye, dia tahu. Dia tahu semua tu. Dia tahu dia kejam. Dia tahu dia keras kepala, hati batu. Isteri jenis apalah macam ni. Abaikan tanggungjawab yang dipikul.

Tapi dia tak boleh. Dia tak boleh nak tipu hati dia. Tipu diri dia sendiri. Dia cintakan lelaki itu tapi untuk terimanya....

Bukan satu benda mudah.

Laki aku gay.
Pernah ada hubungan dengan kaum sejenis.
Laki aku homoseksual.
Pernah hidup diluar batasan agama.

Tapi, apa hak aku untuk hukum dia?

Apa hak aku untuk ungkit masa lalu , dosa silam dia.

.............

Pintu yang bertanda 'DR. AHMAD FAIZWAN' itu diketuk beberapa kali sebelum kedengaran suara orang menyuruh masuk dari dalam.

Kelihatan seorang doktor muda ralit mencatit sesuatu di mejanya tanpa ada rasa ingin mengangkat mukanya. Arman tersenyum. Dia melangkah masuk.

"Ada buat appoinment dengan saya ke hari ni?"

Dia angkat wajah. Terus bulat matanya pandang wajah lelaki yang tiba tiba muncul di biliknya itu.

"Ya Allah! Arman Fathi! It's been a while!"

Arman ukir senyuman sambil sambut jambatan tangan doktor muda itu. Faizwan tepuk bahunya beberapa kali. Gembira dapat bertemu dengan sahabatnya itu setelah agak lama lost contact.

"Bila balik Malaysia?"

"Em, i've been in Malaysia about half year dah. Cuma jumpa kau je tak."

"Half year and kau langsung tak cari aku Arman? How sad."

Arman gelak. "Aku tak expect kau kerja sini beb. Mana aku nak tahu. By the way..."

Dia berdehem beberapa kali sebelum sambung ayatnya "aku nak jemput kau datang majlis reception wedding aku."

Wajah Faizwan berubah. "Wedding? Jangan cakap kau dengan Dawin dah sampai ke tahap ni?"

"Ya Allah... Faz, aku tak seteruk tu. Ye, maybe aku dulu seteruk tu but now, you know, Allah boleh datangkan hidayah tu bila bila je bro. Alhamdulillah... Aku antara orang terpilih untuk hidayahNya. Aku dah taubat."

Arman hela nafas. " jalan hidup aku dulu salah. Aku hidup dalam maksiat. Tapi Tuhan bagi aku peluang."

Faizwan angguk. Alhamdulillah. Akhirnya sahabat yang dia kenal dari tempat belajarnya, di US tu dah mula berubah.

Dia dulu pun sama je. Lalai, asyik dengan dunia, culture shock katanya. Dia jumpa Arman di club sederhana mewah di tempat asing itu. Lepak kononnya hilangkan stress belajar medical.

Kemudian hanyut. Tak minum air kencing setan, tak makan makanan haram. Tapi still duduk tempat maksiat. Sehingga mamat berwajah ala flowerboy itu menegurnya. Mereka jadi rapat tapi hanya sebagai kawan.

Arman dan Dawin banyak bantu dia sepanjang dia di US. Tapi mereka juga banyak pengaruhi dirinya sehingga dia hanyut dalam keseronokan. Sehingga suatu saat dia jatuh teruk. Keputusan ujian turun mendadak hampir sahaja dia hilang tajaan, mendapat amaran dibuang tempat belajarnya.

Makin lama dia makin menjauhkan diri. Fokus demi satu impian. Dia menghilang, menjauh dari mereka.

Bina hidup. Galas harapan dari keluarga.

"So, kau Faz? Bila nak berpunya. Ke dah berpunya ni?"

Mati lamunannya berganti dengan wajah Arman. Dia gelak.

"Got to save my money first baru boleh simpan anak dara orang. Lagipun, aku tak dilahirkan terus kaya macam kau."

Arman pulak tergelak. Apalah yang ada pada harta kalau ianya banyak yang buruk dari baiknya. Sebab harta jugak dia hanyut. Harta bawaan dunia semata.

"So siapa gadis bertuah tu?"

Dia mengeluh. Tunduk sambil bermain main dengan jari sendiri.

"well man. I have a problem."

"Why?"

Dia hela nafas. "I told her. I told her everything. And then..."

Dia pandang doktor muda itu. Pandangan sayu.

"She hate me for i was a gay. It just cannot be accepted. She pushed me away."

"Kenapa dia kahwin dengan kau bila dia sendiri tak boleh terima kau? Aku tak faham."

"Aku...." jeda.

Ahkirnya dia mengeluh.

"Entahlah Faz. Aku pun tak tahu."

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now