36

1.8K 62 3
                                    

Jejak Martini makin hilang dari lopak-lopak air pada permukaan tanah yang becak. Kaki seluar putihnya makin kotor dicemari lumpur tapi dia terus sahaja melangkah, tidak endahkan dingin yang masih mengcengkam.

"Martini!!" Suaranya cuba dilontarkan namun terasa terlalu perlahan dan akhirnya mati di kerongkong. "Martini!!!" Dicuba lagi namun kali ini cuma deru nafasnya yang kedengaran.

Akhirnya dia rebah. Tersungkur di balik akar akar kayu yang menjalar.

Seluruh hutan itu kelihatan sama walau dari pelbagai sudut. Pokok-pokok sebesar dua pemeluk tumbuh mencecah sehingga ke puncak, menutupi sinar cahaya subuh yang makin galak.

Arman mengongoi. Tangisannya kedengaran menyedihkan. Pilu.

Kenapa perlu insan yang dia sayang dibawa pergi. Kenapa tiap kali dia belajar untuk menyanyangi, dia akhirnya akan ditinggalkan.

Cukuplah mama tinggalkannya sewaktu dia paling memerlukan tangan untuk diraih.

Dan papa pergi sewaktu dia mula bangkit, belajar untuk bertatih kembali.

Kini Martini juga menghilang. Meninggalkan dia tergapai dalam bahagia yang dia cuba lakarkan pada kanvas putih.

"Saya tak perlukan awak....
Cukuplah setakat ni je, awak permainkan saya." Dia berpaling. Kelihatan Martini dari jauh merenung ke arahnya.

"Mar!!" Laungnya. Bersusah payah dia cuba bangun. Namun sekali lagi dia tersandung dah jatuh. Dahinya terhentak pada batu, mengalirkan cecair hangat bewarna merah.

"Awak kecewakan saya sebagaimana awak kecewakan papa awak dulu.. lepaskan saya Arman... saya tak perlukan awak lagi!" Martini berpaling membelakanginya sebelum satu persatu melangkah semakin jauh.

"Mar!! Jangan tinggalkan abang! Abang mintak maaf.. Mar!!" Arman meraung. Memanggil sang isteri yang semakin meninggalkannya.

Dia jatuh tersungkur, membiarkan becak tanah mengotori bahagian seluarnya yang bewarna putih.

Arman pejam mata rapat. dadanya terasa sebak dan hatinya pedih.

Aku silap kerana impikan bahagia.
Aku silap bila aku percaya yang haluannya hidupku telah berubah.
Semuanya masih sama.
Dan akhirnya aku ditinggalkan...

Bahunya terasa disentuh lembut. Arman membuka mata. Wajah sayu Faizwan terpapar di depan mata, menggantikan bayangan Martini yang hilang. Suasana di sekelilingnya juga dah berubah. Suasana hutan tadinya sudah berubah menjadi kawasan ruang tamu rumahnya.

Arman bingkas bangun dan meraut wajah. Astagfirullah... dia beristigfar panjang.

"Sorry kalau aku ganggu kau tidur... Tapi..."

"Mar dah balik ke?" Soal Arman sambil buru-buru bangun, mengintai ruang front yard rumah.

Tak ada. Keretanya tak ada. Dia menggenggam penumbuk erat sambil hela nafas yang dari tadi ditahan.

"Faz... tolong aku." Dipandang sahabatnya.

"Aku nak report polis."

****

Kereta yang dari tadinya bergerak akhirnya semakin perlahan sebelum berhenti di bahu jalan. Martini buka mata perlahan, terpisat-pisat di seat sebelah pemandu.

Di sebelah, Daniel memandangnya sambil tersenyum. Sebelah tangan memegang stereng dan sebelah lagi mengenggam pada handbreak sebelum ianya ditarik rapat.

"Morning sunshine." Ujar Daniel dengan senyuman yang menjengkelkan. Martini mengengsot rapat pada pintu kereta dan cuba membukanya tetapi berkunci. Punat lock ditarik dan dicubanya sekali lagi tetapi gagal. Ternyata pintu itu tidak boleh boleh dibuka dari dalam. Dia mendengus.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now