29

2.4K 45 0
                                    

Martini menyanyi perlahan sewaktu masuk ke pejabatnya. Hatinya girang. Amie hanya memandangnya sekilas sebelum berdehem, ingin menarik perhatian sahabat sekerjanya itu. Martini pusing pandang Amie. Keningnya terjongket.

"Happy nampak?" soal Amie. Gadis itu tersenyum lebar.

"Hmm... Happy jugaklah." Jawab Martini dengan senyuman yang masih bergayut di bibir. 2 buah fail yang tersedia di atas meja diambil dan dibelek.

"nampak macam ada orang tengah dilamun cinta." Amie tak habis lagi menyakatnya.

"yes. Falling in love twice. Towards the same person." Kata-katanya berjaya menarik perhatian Amie. Gadis itu terus memusingkan tubuh, menghadapnya. Wah, wah. Menarik ni! Kalau haritu bukan main si Martini ni mengadu pasal suaminya, tapi hari ni gadis itu betul-betul nampak seperti dilamun cinta. Jatuh cinta buat kedua kalinya pada si suami sendiri.

"Kau dah tak kisah?"

"Pasal?"

"Pasal dia cintakan kau atau tak?"

"Well, actually I've already got the answer."

"So yay or nay?"

"what do you think?"

Mereka saling berpandangan. Melihatkan senyuman pada wajah Martini, Amie dah sedia maklum jawapannya pasti sekali ya. Kalau tak, takkanlah Martini masuk ke pejabat dengan wajah seindah sang suria di hari yang cerah. Bersinar-sinar.

"I knew it!" gelak mereka sama-sama terburai. "tahniah mate!"

"hmmm... kau betul, Mie. Sometimes, kita kena bagi seseorang tu ruang dan peluang dengan buka hati kita. And bila aku dengar penjelasan dari dia semalam, aku nampak keikhlasan Arman bila dia kata dia sukakan aku. Aku tahu dia tak menipu."

"and... aku pun tak boleh tipu yang aku sukakan dia. Walaupun, kadang-kala sikap aku melampau pada dia."

Amie mengangguk-anggukkan kepalanya, setuju dengan apa yang Martini katakan. Acceptance needs time. Healing process needs time. And perhaps, time heals what reason cannot.

Jangan terus menghukum, jangan terus buat assumption. Tapi lumrah manusia menerima, mengagak dan menghukum sebelum mendengar sepenuhnya. Itu yang jadi masalah sebenarnya. Bila kita terus mengagak, kita labelkan seseorang itu terus dengan apa yang kita agak. Ianya sama sekali tidak adil.

Martini hela nafas. "Bila dia cakap dia gay dulu, aku terus assume buruk-buruk pasal dia sedangkan aku tak tahu apa yang dia lalui. Macam mana desakan hidup sehingga dia berubah jadi macam tu... aku langsung tak pernah fikir. Terukkan aku?"

Tangan sahabatnya itu diraih. Amie genggan erat-erat jemari Martini. "Mar... sekarang kau kenal siapa suami kau. Kalau betul dia sayang kau sedalam mana kau sayang dia, jangan sia-siakan dia. Allah jodohkan kau untuk dia sebab Dia tahu kau boleh lengkapkan Arman sebagaimana Arman mampu lengkapi kau, Mar. Insha Allah, aku doakan yang baik-baik untuk korang berdua."

Martini diam sebelum kembali tersenyum. "Ya, Amie. Mungkin Arman jodoh terbaik untuk aku."

####

Bilik terapi bernombor dua itu diketuk sebelum tombolnya dipulas. Masuk sahaja, matanya menangkap sekilas susuk tubuh tegap lelaki yang kini secara rasmi menjadi kliennya, berdiri menghadap tingkap, membelakanginya. Martini berdehem perlahan sebelum pintu kembali ditutup.

Ini bukan kali pertama menghadap kliennya tetapi pada setiap session, dia tak boleh nafikan yang dia memang akan rasa berdebar. Yelah, bukan senang untuk urus pesakit dengan masalah emosi berbanding dengan masalah fizikal. Mereka lebih kompleks, lebih tertekan. Silap haribulan, dia jugak boleh turut sama tertekan.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now