37

1.8K 62 9
                                    

Martini masih meneruskan lariannya walaupun pandangan matanya semakin kabur. dan kepalanya berdenyut hebat. Dia tahu Daniel semakin dekat dengannya, turut sama mengejar sepenuh hati, namun diteruskan juga sepenuh hati. Lari Mar! Laju lagi!! Dikerahkan kakinya untuk berlari sepenuh hati.

Ya Allah, tolonglahh. Pintanya dalam hati.

"AWAK TAKKAN KEMANA-MANA!!" Daniel menggeram. Lariannya dilajukan supaya dapat menyaingi gadis itu. Setelah dirasa jarak yang semakin dekat, Daniel terus melompat ke arah Martini. Dia menerkam gadis itu dan tubuh mereka jatuh terhempap ke rumput-rumput, bergolek beberapa kali ke tepi .

Tangan Martini direntap namun gagal apabila gadis itu menendang perutnya. "Shit!" Sumpahnya.

"Ttolo...ng ss..saya!!." Martini merangkak menjauh, ingin bangun tetapi Daniel terlebih dahulu menarik kakinya menyebabkan dia terdorong ke hadapan, sekali lagi menghempap tanah dan rumput-rumput. Bibirnya pedih dan liurnya terasa seperti bercampur dengan darah.

"Kenapa awak degil sangat, huh!??" Tudung Martini ditarik sehingga tercabut dari kepala, menampakkan rambutnya yang disanggul.

"Kalau awak beri kerjasama... I won't hurt you! I didn't mean to hurt you!"

Martini cuba untuk melepaskan diri dari genggaman Daniel. Mustahil kerana genggaman lelaki itu terlalu ketat, seolah menyekat salur darah periferinya dari kembali ke jantung.

"Lepaskan saya, Daniel!"

"Awak yang paksa saya buat macam ni!" Tubuh kecil Martini ditarik kasar. Gadis itu cuba melawan tapi apalah kudrat dia untuk lawan kemampuan seorang lelaki seperti Daniel.

"Tto...longg!!"

"Takde sesapa boleh tolong awak kat sini, Mar. takde!!"

"To..long..." jeritannya makin perlahan. Berganti dengan esak tangisan. Habis melecet kakinya akibat diheret lelaki itu. Kasut dan tudungnya pula entah kemana, dia tak tahu.

Sampai dikereta, Daniel menolaknya masuk. Dashboard dibuka dan dua utas cable ties panjang bewarna hitam dikeluarkan.

"Saya cuba baik dengan sebab niat saya memang taknak sakiti awak! Tapi awak degil!! Awak lawan saya! Susah sangat ke untuk awak ikut je apa yang saya mintak, huh!!"

Tangan dan kakinya diikat kemas. "Sorry, had to tie you up. You left me with no choice!"

Martini mengongoi. Suaranya tersekat dalam sendu yang tertahan-tahan. Daniel menghidupkan enjin dan memecut laju meninggalkan kawasan itu.

***

Hari kedua. Masih tak ada apa-apa berita lagi dari pihak polis. Tiada sebarang petunjuk pada kereta Martini yang ditinggalkan di tepi jambatan. Martini tidak dirompak ataupun diculik dengan paksaan memandangkan tiada pergelutan yang dikesan. Sama seperti telahannya.

Arman meraup wajah.

"Ya Allah... apa yang patut aku buat?"

Dia buntu. Tak tahu mana nak tuju, nak buat apa. Tak tahu siapa yang dia perlu tanya, mana yang dia kena pergi atau apa tindakan yang patut dia ambil.

Akhirnya, dia termangu di ruang tamu rumah. Memikirkan soalan yang dia sendiri tak dapat jawapan.

Mana awak Mar? Jangan buat saya macam ni... awak tahu kan saya dah hilang semua orang yang saya sayang... dan untuk hilang awak... saya tak mampu.. sumpah! Saya tak mampu!

Ummi pandang tubuh cengkung Arman yang terkulai di atas sofa berangkai tiga. Sejak pagi semalam tuannya itu taknak langsung makan walau sesuap. Puas dipujuk namun begitulah keadaannya.

Akhirnya, dia kedapur, memanaskan semula sup dan bubur yang dimasak pagi tadi. Mana tahu kot-kot Tuan Arman ingin menjamah sedikit makanan. Sekurang-kurangnya untuk berikan dia tenaga.

****

"Awak patut minum. Saya taknak awak mati kehausan." Pandangan masih dihala kedepan sewaktu tangannya menghulur botol mineral pada Martini.

Martini diam. Tangan dan kakinya sakit, melecet akibat ditarik Daniel tadi. Lelaki itu gila! Mental dan saraf otaknya sudah tidak betul, sebab itulah Daniel sanggup untuk menculiknya. Malah, merancang pembunuhan isterinya sendiri!

"Mar!"

"You insane!"

"Just remember, sanity doesn't last forever. After all, the thing that remains just desire."

Sedetik pandangan Daniel beralih pada wajah tak terurus Martini. "That's... the ugly truth."

"Lepaskan saya Daniel! Apa yang awak buat ni tak beri awak sebarang faedah pun! Malah jerat diri awak sendiri!"

Daniel mendesis. Mineral water yang tak bersambut itu dilontar ke seat belakang, sebelum kedua tangan kembali mengawal stereng.

Faedah? Apa faedah buat si gila macam dia ni? Dia tak perlukan apa-apa kepentingan pun. Dia cuma perlukan wanita itu mengikutnya sahaja. Dia apa plan yang sudah dirangka sempurna.

Apa yang akan berlaku berikutnya, dia tidak kisah.

Bak kata orang, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang dia bertindak, biarlah sampai ke penyudahnya.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now