17

2.9K 54 0
                                    

Roti bakar itu dikunyah perlahan lahan sebelum ditelan. Terasa sebiji sebiji melalui anak tekaknya yang perit. Selepas hampir 3/4 daripada sekeping itu ditelannya, yang selebihnya diletakkan kembali ke piring.

Mati selera Martini apabila semua mata macam tertumpu pada wajah sembapnya.

Tambah lagi sepasang mata yang kalau boleh, dia tak nak pagi ni bertentang langsung dengan mata itu. Rasa terkilan dan marahnya masih membara.

Lelaki itu hanya diam. Hanya menjawab pendek bila mak atau abah menyoal.

Kakak pulak sekali sekala memandangnya sambil sambil menyuap bubur anaknya Naufal yang baru mencecah 3 tahun.

"Hmm.. Confirmlah tu nak balik harini? Taknak tunggu 2 atau 3 hari lagi? Kamu tak boleh sambung cuti ke Mar?" Mak pancing perhatiannya.

"Tak boleh. Banyak kerja kena settle. Lagipun, preparation untuk wedding reception lagi dua minggu tu banyak lagi tak siap."

Dia sendiri tak tahu kenapa mereka terlalu tergesa gesa dengan perkahwinan ni.

Mungkin kalau dia lebih berhati hati. Perkahwinan ni takkan terjadi.

"Kamu Arman? Takboleh ke tunggu? Pujuk si Mar ni sekali."

"Saya tak ada masalah, err... Mak. Tapi memandangkan Mar kena kerja tambahan lagi kena settle majlis kami nanti, jadi terpaksalah balik harini jugak."

Cakap senanglah sebab dia tu bos! Aku ni ha makan gaji jadi kuli orang. Gerutu Martini dalam hati.

"Jadi harini jugaklah nak bertolak tu? Hmm.. Tak menyempat. Mak baru nak kenal kenal dengan menantu mak ni." Air kopi dituang ke dalam cawan Arman yang berisi separuh.

Arman senyum sambil mengangguk sedikit. Kemudian pandang Martini yang sengaja sibukkan diri mengacah acah Naufal.

"Tinggallah sehari dua lagi, boleh Mar kenalkan kawasan kawasan Kuala Terengganu ni dekat Arman. Bawak pergi jalan jalan rumah saudara mara kita." Abah pulak menyampuk disebalik surat khabar yang dia tengah baca.

Mar buat buat tak dengar. Makin galak dia menyakat Naufal. Mengekek budak kecil itu ketawa dicuitnya.

"Mar... Boleh tak?" Soal Arman.

Dia diam sekejap. Roti yang berbaki tadi diambil kembali dari piring dan dikunyah.

"Tak boleh! Mar kerja."

Terdengar keluhan dari bibir Mak dan raut wajah kecewa pada Arman.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now