24

2.5K 59 0
                                    

Pagi majlis perkahwinan mereka bermula dengan baik. Langit terang dengan matahari memancar galak sinarnya, tidak menunjukkan hujan akan turun dalam masa yang terdekat. Orang ramai mula memenuhi ball room di tingkat 6 Pacific Hotel, dan kebanyakannya adalah kenalan Arman, berbeza sewaktu di kampung Martini dahulu yang rata-rata adalah kenalan Martini.

"Macam princess!" Pujian Siti Azwa langsung tak hilangkan gugup di hatinya malah bertambah-tambah lagi. Rasa terkedu melihatkan gaun labuh yang tersarung di tubuhnya itu. Rekaan fabulous dari designer terkenal Melinda Looi yang sememangnya terkenal dengan tekaan vintage beliau. Sangat menyerlah dan glimmer.

Biru muda menjadi pilihan warna untuk majlis resepsi mereka. Warna gaunnya pula lebih pucat dari warna tema. Manik dan kristal yang memenuhi bahagian dada ke bawah yang membuatkan ianya lebih menyerlah. Martini mengenakan tudung satin pucci kosong bewarna biru sedikit terang.

Dahlia, jurumekapnya tersenyum melihat hasil kerja tangannya pada wajah Martini. Simple tapi cantik. Dia memilih tema winter, tidak terlalu garang dan tidak terlalu pucat, sesuai dengan warna tema yang dipilih pasangan itu. Lagipun wajah bujur sireh gadis itu sesuai dengan tema apapun, mudah diolah. Pure beauty.

Susuk tubuh Arman yang tiba-tiba muncul di pintu bilik menambahkan lagi gugupnya. Lelaki itu nampak lebih classy. Kemas bertuxedo biru gelap digayakan bersama navy blue tie. Rambut disisir kemas dan wajahnya bersih selepas jambang yang meliar di wajahnya di trim licin. 3 orang lagi lelaki yang mengiringi Arman hanya santai bersut hitam.

"Cant stop staring at you, princess." ujar Arman membuat Martini tersipu-sipu. Si kembar Siti Hawa dan Siti Azwa di belakang berbisik-bisik sesama sendiri. Dahlia pula sudah tersengih-sengih bila melihat wajah Martini berona merah. Malu.

Dia menggeletar ketika melangkah menuju ke pelamin. Entah kenapa otot ototnya seakan berputus asa untuk bekerjasama. Mujurlah Arman memaut lengannya, memberi tubuhnya sokongan yang kukuh. Mereka berjalan beriringan ke pelamin.

Ini kali pertama dia berada di khalayak ramai. Terlalu ramai berbanding majlis di Terengganu dahulu. Rata-rata berpakaian serba mewah, perempuan dengan dress yang memukau manakala lelaki bersuit atau tux yang memang kalau lihat sahaja boleh tahu harganya boleh mencecah ribu-ribu.

Dia boleh nampak abah dan mak serta family membernya yang lain di meja VIP, memandangnya dengan kagum. Martini senyum tapi dia dapat rasa bibirnya menggeletar. Sama menggeletar dengan tubuhnya. Relaks Mar, relaks! Nafas ditarik beberapa kali sebelum dihembus perlahan-lahan.

"Cantiknya isteri saya."bisik Arman. Martini cuma tersenyum nipis sebelum pandangan difokuskan kembali pada tetamu yang hadir. Kemudian dia kembali memandang Arman mendekatkan bibir ke telinga jejaka itu.

"Mana awak kutip manusia ramai-ramai ni?" Bisiknya. Arman tergelak. Ais, tengah bersanding pun Martini sempat buat lawak.

"Most of them are my father's friend, his worker and mine as well. Kalau awak tengok dari sini, dekat hujung tu, awak boleh nampak Faz, kawan lama saya. He's a doctor."

Dia mengangguk sambil pandang arah yang ditunjukkan oleh Arman. Dapat dilihat doktor muda yang dimaksudkan oleh Arman sedang berbual dengan beberapa tetamu yang agak berusia-lingkungan usia abah. Doktor itu santai berkemeja merah hati.

Dalam hatinya ada jugak tertanya tanya sama ada Arman ada atau tidak menjemput ex boyfriendnya. Precisely, ex-boyfriend gay nya tapi dimatikan hasrat itu bila memikirkan soalan itu agak tidak sesuai dan sensitif.

Majlis mereka dimulakan dengan bacaan doa oleh abah sendiri, Haji Roslan dan kemudian ucapan alu-aluan oleh emcee. Beberapa persembahan seperti silat, dendangan lagu dan tarian diadakan untuk memeriahkan majlis. Tiba waktu makan beradab, pengantin diiringi untuk ke meja yang telah tersedia, menjamu selera dengan ahli keluarga rapat. Majlis akhirnya berakhir hampir 15 minit sebelum 12 malam. Para tetamu mula beransur pulang. Arman dan Martini ambil peluang itu untuk mengucapkan terima kasih pada tetamu yang hadir.

"Tahniah, babe" Amie memeluknya erat. "I know he can makes you happy. Believe me." Bisiknya lagi sebelum melontar pandangan pada Arman yang sedang berborak dengan Nuqman.

"Doakan kebahagiaan aku, Mie." Mereka meleraikan pelukan. Jari Amie dielus lembut. "Aku cuba.... Insha Allah, aku akan cuba terima dia."

########

"Sayang... bangun subuh." Dengan mamai dia bukak mata. Wajah Arman begitu rapat dengannya sehingga deru nafas jejaka itu dapat dirasai. Terus mata Martini bulat. Mimpi kah? Takkanlah....

Terus dia bangkit dari baringan. Hampir melanggar tubuh tegap Arman yang duduk di birai katil peraduan mereka.

Eh, katil peraduan mereka??

Seriously katil peraduan mereka??

Dia pandang sekeliling. Suasana bilik hotel itu nampak familiar. Ohh, ya bilik yang sama dengan tempat mereka bersiap semalam, sebelum majlis berlangsung.

" what happened?" Soalnya.

"Huh?" Wajah Arman blur. Tidak berapa menangkap apa yang cuba Martini sampaikan.

"Semalam! Apa yang berlaku semalam?!" Sumpah dia tak ingat langsung perkara yang berlaku selepas resepsi. Semuanya bagai disedut keluar dari memorinya. Dan terjaga dengan Arman di sebelahnya di atas satu katil yang sama bukan sesuatu yang biasa.

"Semalam? Ohh... That thing..."

"What!??" Matanya semakin membulat. Separuh menjerit tune suara yang dikeluarkan membuatkan Arman sedikit kebelakang, menjarakkan diri. Takkanlah mereka dah... Ughh tak mungkin! It is impossible!

"Awak tak ingat ke?" Soal Arman sambil garu belakang kepalanya. Tak sangka begitu mudah Martini mengalami short term memory. Satu malam je terus zappp.... Lesap!

"Just tell me, Arman!"

"Majlis resepsi kita? Mustahil la awak lupa that thing..."

"Selain tu??"

"Seingat saya... Nothing."

"Nothing??"

"Iyer, nothing"

Dia hela nafas lega. Syukur masih belum berlaku apa-apa antara mereka. Dia belum sedia lagi. Seriously, dia belum prepared untuk stage kedua alam perkahwinan.

"Lepas majlis tu, saya keluar makan-makan dengan abah sekejap. Then, bila balik saya nampak awak dah lelap atas sofa. Saya kejut banyak kali, tapi awak tak bangun-bangun. So, saya pindahkan awak tidur atas katil." Terang Arman.

"Tidur atas katil dengan awak?"

"Apa salahnya? Kita bukan orang lain." Kali ni suara Arman bernada menggoda. Martini pula jadi tak keruan. Malu tiba-tiba buat wajahnya menjadi merah.

Arman gelak. "Dont worry la.. Saya tidur atas sofa je malam tadi. Kesian saya.." Dia bingkas bangkit sambil menanggalkan songkok di kepala sebelum diletakkan di atas meja sebelah katil. Kemudian, dia berpaling menghadap Martini yang masih diam di katil.

"By the way, nanti kita breakfast sekali dengan parents awak kat bawah. Saya dah janji dengan abah semalam. "

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now