34

2K 58 4
                                    

"Ummi!"

"Mamat terbang!!" Mengekek Martini gelak. Ummi pulak dah angkat senduk, mengacah untuk memukulnya.

"Ish, Puan ni! Terkejut ummi tau!" Dia geleng kepala.

Martini tersengih selepas ketawanya semakin reda. Comel betul dilihat reaksi ummi tadi. Nasib baiklah tak dilibas senduk tu ke kepalanya.

"Ummi masak apa?" Dijengah lauk dalam aroma semerbak buat kelenjar air liurnya aktif tiba-tiba. Dia telan liur. Uish, sedapnya bau!

"Hmm kari kepala ikan siakap. Puan makan ikan siakap tak?"

Martini angguk "semua saya makan, tolak batu dengan kayu je." Dia sengih. " eh tapi saya tak tahu la pulak Arman makan ke tak. Dia kan taste ala oversea gitu."

Ummi berfikir sejenak. "Ha ah la. Ummi takut dia tak makan ikan sungai. Nak kena masak backup lauk lain ni."

"Takpe, takpe, biar Mar masakkan. Ummi mesti dah penat kan." balas Martini.

"Ala.. takpela Puan. Memang tugas ummi kan."

Martini geleng. Dia tak nak susahkan wanita itu. Lagipun, bukannya selalu dia ada waktu terluang untuk masak macam ni. Kerja tiap-tiap hari, sementara dapat off day ni apa salahnya dia nak improve skill memasaknya.

"Ummi duduk, sembang dengan Mar. biar Mar pulak masak." Ditariknya ummi ke kerusi di meja makan.

"Hmm.. ummi tau tak Arman suka makan apa?"

Ummi berfikir sejenak. Arman tak membesar dengan mereka, payah nak tentukan menu kegemaran anak muda itu. Tapi kalau arwah papa dia, dia tahu sangat.

"Kalau arwah Tuan Razlan dulu, arwah suka sangat makan kari ikan siakap. Tiap kali ummi masakkan, tak pernah tak tambah nasi."

Dia rindu majikannya yang sorang tu. Baik dan tak sombong.

Martini termenung sejenak. "Hmmm Ummi.. arwah papa tu.. dia jenis macam mana ye?" Tak tahula kenapa curiosity dia tinggi sangat sampai terkeluar soalan begitu. Ummi pandang dia sayu. Alamak, soalan tak kena masa ke? Martini dah gelabah.

"Satu benda yang Tuan Razlan tak pernah tunjukkan kepada kami, penderitaannya.. Ummi walaupun dah bekerja dengan Tuan  sejak Tuan mula mula kahwin dengan Puan, ummi tak pernah tahu masalah dia. Dia nampak bahagia, tak pernah tak senyum. Sampailah keluarga yang dia bina pun musnah, dia masih macam tu, Mar. ummi yang tengok ni pulak rasa sayu. Tuan tu... boleh kira tabah sangat."

Ummi menekan perlahan dadanya. Mengingatkan tentang Tuan Razlan buatkan hatinya terasa sebak. Lalu, dia berpaling ke arah tingkap dapur yang separuh terbuka, menampakkan pemandangan rumah hijau dari luar. Dia taknak Martini mengesan matanya yang berkaca.

Martini pula serba salah. Rasa macam tak patut pula ditimbulkan pasal arwah papa Arman. Tidak pasal-pasal ummi sudah sedih.

Tangan wanita separuh abad itu diraih dan digenggam perlahan. "Mar mintak maaf ummi.. mar tak sengaja nak bangkitkan pasal Tuan Razlan."

Ummi menggeleng. "Tak.. memang Puan kena tahu pasal family Tuan Arman.. Puan pun dah jadi sebahagian dari keluarga Tuan. Tak ada salahnya pun."

"Sebenarnya... Mar tak berani tanya Arman lebih-lebih tentang family dia. Sebab
Mar tahu Arman masih lagi tak boleh maafkan kesalahan dia pada arwah papa. Mar tak nak Arman sedih."

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now