41

497 27 7
                                    

Butang off ditekan dan handphone dicampak ke sisi. Arman meraup wajah, kesal. Mendengarkan betapa lirih suara mertuanya tadi buatkan dia betul-betul rasa bersalah. Dia tahu bagaimana sukarnya Mak menahan sebak tadi. Melalui suaranya tadi, dia tahu Mak menangis.

Mak... Arman mintak maaf. Arman tak mampu jaga amanat mak sebaiknya. Arman tak mampu jaga Mar macam Mak besarkan Mar dulu...

Semuanya salah Arman. Maafkan Arman mak.

Telefon yang baru tadi diam kembali berbunyi. Dipandang sejenak nombor tak dikenali yang tertera di skrin. Tiba-tiba hati dia rasa berdebar. Tak sedap hati pun ada.

Dengan lafaz bismillah, panggilan itu dijawab. Suara wanita yang tak dikenali mencecah gegendang telinga.

Penjelasan wanita itu membuatkan Arman tergamam. Apa maksud dia? Ada gadis yang minta tolong pada dia? Kena dera dengan seorang lelaki??

"Maksudnya awak dapat nombor saya dari dia?? Awak tahu nama dia??"

Dia makin berdebar. Martini ke yang dimaksudkan wanita tersebut? Tapi malangnya wanita tersebut tidak sempat untuk tanya nama gadis itu.

"Bboleh saya tahu awak dekat mana...?"

Dia megangguk sambil mendengar dengan teliti setiap patah yang dituturkan pemanggil itu. Moga ini adalah petunjuk untuk dia cari Martini.

Seusai pemanggil itu memberi maklumat, Arman terus bergegas, mencapai apa yang patut untuk ke tempat yang dimaklumkan tadi. Seluruh tubuhnya seolah menggeletar. Takut untuk berjumpa Martini.

Takut jugak jika apa yang diusahakan itu cumalah sia sia.

Pantas application whatsapp dibuka dan satu teks ringkas dikirim kepada sahabatnya Faizwan.

"Faz, I'm going to Johor."

*****

Martini cuba membuka matanya yang terasa berat. Kepala terasa berdenyut-denyut dan pipinya pijar. Tamparan Daniel masih membahang di pipinya. Sakit dan pedih.
Seluruh tubuhnya sakit dan sengal-segal. Kepalanya berdenyut seperti hendak pecah.

Dia tak pasti di mana dia berada ketika itu. Kelihatan seperti gudang kosong. Ada bekas hitam terbakar di dinding menunjukkan seperti tempat itu seperti pernah terbakar dulu. Bau tengik minyak tanah menyakitkan rongga hidungnya yang sedia sakit.

"Lama you tidur"

Martini tersentak. Syaitan ni lagi! "Ddaniel..."

"Kita dah sampai sayang..."

"Ddaniel please..."

"Nanti bila dah ready kita naik kapal ye sayang.. lepas tu I bawak you keluar dari sini, dari Malaysia.."

Rambut Martini dielus lembut.

"Kita nikah then bina hidup baru dekat sana. Tak ada yang boleh ganggu kita after this. You and I.. happily ever after."

******

Kereta dipandu Arman meluncur laju membelah jalanraya. Arman bertekad untuk ke Johor walaupun hakikatnya dia tidak tahu ke mana hala tuju yang seterusnya.

Tanpa dia sedar, dua buah kereta Mercedes Benz hitam metalik mengekori keretanya sedari tadi. Kereta tersebut kemudiannya memecut melintasi kereta Arman dan menghadang jalannya.

"Allah!" Rapat Arman menekan brek untuk elak perlanggaran daripada berlaku. Arman menguatkan pegangan pada stereng bagi menahan wajahnya dari mencium stereng. Berdecit bunyi tayar bergeser pada permukaan jalan tar.

'Apa pulak ni!' Getusnya. hatinnya gusar apabila dia disekat seperti itu.

Seorang lelaki berjaket coklat dan berseluar jeans keluar dan mendekati kereta yang dipandu Arman. Lelaki itu berdiri di tepi pintu dan tingkap kereta Arman diketuk beberapa kali.

Pada mulanya dia agak berkira-kira untuk membuka tingkap kerana dia takut itu hanyalah trik perompak untuk mengumpan dia. Namun, dibuka juga tingkap separuh apabila lelaki itu langsung tidak berganjak.

"Bro, sorry I don't have time to settle things here. Gotta go for important thing."  Katanya tanpa berselindung.

"Tuan Arman Fathi," Arman tersentak. Dia tahu nama aku!

"Saya diminta untuk bawa Tuan berjumpa Datuk Sri. Kami ada maklumat untuk bantu Tuan dalam pencarian Puan Martini,"

Ouh, jadinya Mama yang hantar orang untuk intip aku? Dia mendengus. Buat apa lagi perempuan itu sibuk-sibuk dengan urusan peribadinya. Dia tak perlukan bantuan sesiapa.

"No, I won't. Cakap dekat bos awak, jangan masuk campur urusan saya dengan isteri saya! Dia bukan siapa-siapa pada kami."

Egokah dia untuk mengungkapkan kata-kata seperti itu? Ahh, dia peduli apa!

"Tuan, saya rasa better Tuan ikut kami sebab kami ada maklumat yang detail mengenai kejadian ini. Datuk Sri juga ikhlas untuk tolong Tuan Arman demi keselamatan Tuan dan juga Puan." Lelaki itu masih memujuk.

"Lagipun, ianya lagi mempercepatkan dan memudahkan kerja menyelamat Puan Martini. Kalaupun Tuan buat bukan untuk Tuan, tapi Tuan kena fikir yang Tuan buat semua ni demi isteri Tuan."

Arman termenkelan. Kata-kata lelaki itu ada betulnya juga. Akhirnya dia mengalah. Demi Martini, dia rendahkan egonya. Biarlah perihal masa silam ditolak ketepi dahulu. Perkara utama sekarang adalah untuk memastikan Martini selamat pulang kepangkuannya.

***

"Arman,"

"Just straight to the point, Datuk. Kalau Datuk tahu mengenai isteri saya, where's she now!?"
Arman menekan bicara. Tajam kata-katanya seolah-olah memberi amaran kepada Datuk Sri Mayu.

"Duduk dulu Arman. Mama tahu Arman risau. Tapi tindakan melulu tidak akan membantu, cuma akan buatkan keadaan jadi makin teruk."

"Mama boleh provide sedikit information mengenai client Mar, tetapi untuk tahu location yang tepat dan siapa penculik sebenarnya, yang tu mama tak boleh beri kepastian."

Sekeping folder disua kepada anak tunggalnya itu.

"Daniel Harith, her current client. Dia businessman juga."

Folder itu kemudian Arman capai dan satu persatu dibeleknya dan dibaca penuh teliti. Ianya details mengenai Daniel, daripada business life sehingga ke private life lelaki itu.

"Duda?"

"Yup. Arwah isteri Daniel meninggal accident. Mama syak itu yang trigger dia untuk seek therapist's help."

"But something wrong dengan business dia. Dia dengan client dia... diorang deal privately with no guarantee and etc. Mama syak ada sindiket sebalik bisnes yang dia jalankan. Orang-orang mama tengah usaha untuk korek lagi. Lambat laun kita akan tahu juga rahsia dia—"

"Motif dia untuk culik Martini??"

"Mama tak tahu... mungkin dia err, jatuh cinta pada Martini?"

"Bullshit! She's my wife!" Arman naik berang. Bodoh apa sukakan bini orang!

"Arman, calm down! Mama teka saja. Sorry okay?"

"Saya dapat panggilan. Dari Johor. Arman yakin Martini di bawa ke situ— cuma... ergh!" Arman genggam penumbuk kuat. Sakit hati bila dia langsung tidak dapat mengagak kemana mereka akan pergi.

"Johor?" Soalan Datuk Sri Mayu hanya mampu diajawab dengan anggukan. Wajahnya sendu sambil menekur lantai.

Kalau ikutkan perasaan rindu dan naluri keibuannya, mahu sahaja tubuh Arman dipeluk erat bagi menyalur barang dua kekuatan. Hatinya tidak sanggup untuk biarkan Arman sedih begitu. Hatinya turut sama dirobek pedih.

Tapi dia tahu bagaimana penerimaan Arman terhadap dirinya. Disaat Arman kenal erti kasih dan sayang serta mana arahnya selepas ibu menghilang, dia tahu Affan menyimpan benci padanya.

"Razlan, saya nak awak dengan anak buah lain cari maklumat di setiap pelabuhan di Johor. Cari apa-apa berkaitan dengan Daniel dan dapatkan maklumat syarikatnya." Ujarnya pada Razlan yang dari tadi lagi setia di bilik itu.

Kalau Daniel Harith uruskan pengusahaan import dan eksport. Bermakna tempat yang paling selamat bagi Daniel ialah...

Pelabuhan!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now