18

2.8K 63 0
                                    

Martini terjaga bila terasa ada benda dingin melekat di pipinya.

Tangannya menyapu lembut kawasan itu sebelum perlahan lahan matanya dibuka.

Buka buka mata je, pandangannya terus je disapa dengan senyuman dan tatapan dari Arman. Serta merta mata Martini membulat. Segera dia duduk tegak dan alih pandangan.

Oh hell! Mesti dia duk usha aku tidur dari tadi!

Macam mana kalau aku tidur berdengkur!?

Tak pun ada air liur basi melekat!?

Sekeliling bibirnya disapu menggunakan hujung baju kurung modennya. Harapnya tak ada sebarang lelehan lelehan yang tak diingini.

"Kita dah sampai,"

Martini cuma mengangguk. Dipandang sebelah kiri memerhati frontyard banglo mewah milik Arman melalui cermin tingkap kereta.

Cantik! Walapun banglo itu hanya setingkat, tapi kawasannya sangat luas. Di sepanjang laluan masuk terdapat bunga bunga orkid berbagai warna manakala di satu sudut sebelah kanan penjuru pagar, dihiasi taman bunga kecil yang direka ala ala 'mini green house'.

Ditengah laman pula terdapat fountain putih rekaan Inggeris yang menyejukkan lagi kawasan laman yang sedia kelihatan dingin dan tenang itu.

Martini kagum seketika. Memuji taste orang yang design rumah ini.

"Ini rumah arwah papa."

Martini diam. Tak tahu nak balas apa pada statement Arman.

"Hmm.. Okay, kita naik atas kejap, saya ambil barang then, kita balik condo saya, okay?"

"Asal tak tidur sini je malam ni?"

"Uh? Err, awak tak kisah ke? Esok kan awak kerja."

"Kenapa? Tak boleh ke?"

Martini dah melangkah keluar dari kereta, bersedia untuk jamu mata pada bahagian interior rumah agam itu. Kalau luar dah cantik yang amat, kat dalam pulak tak tahulah macam mana.

Masuk je dalam, dia terpegun. Memang seperti gaya British house. Lawa gila.

Bahagian ruang tamu yang luasnya berapa kaki - dia tak pasti, lantai ditutupi marmar shining black.

3 bilik setakat yang kelihatan dari tempat dia berdiri. Satu laluan ke belakang dan dia tak pasti laluan itu akan membawa ke mana dan berapa bilik lagi dia akan jumpa dari situ.

"Bilik kita...."

"Saya nak bilik asing."

Arman terkedu. Kenapa macam ini gayanya. Betulkah mereka sudah sah bergelar suami isteri? Terasa seperti tiada apa apa pada perkahwinan mereka itu. Perkahwinan ini bukannya atas dasar paksaan tetapi suka sama suka.

Satu kesilapan saja.

Satu kesilapan sahaja dan semua sudah bertukar 360 darjah. Sadis
.

"Okay... Master bedroom dekat belakang sana, ikut laluan sana lepas tu awak pusing kiri, and...."

Belum sempat Arman habis cakap Martini sudah bergerak. Mengangkat begnya menuju ke salah sebuah guest room yang terletak sebelah kiri ruang tamu.

Arman cuma mampu geleng kepala. Haih, nasib badanlah dapat isteri macam ni.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now