002

71.9K 1.1K 42
                                    



Rasa penat , rasa macam setiap langkah aku ni dah tak berguna lagi. Rasa macam dah tiada purpose untuk aku hidup. Give up. Aku mengeluh panjang sebelum melangkah keluar dari bilikku. Tetiba saja dia sudah terpacak di hadapan pintu bilikku dengan hanya memakai tuala separas pinggang. Badannya yang berketul-ketul dan seksi itu membuat aku tergamam, sungguh terpukau.

"Kau buatkan aku breakfast. Aku nak pergi kerja ni." Ujarnya sebelum kembali ke biliknya sendiri.

Bagi arahan serupa aku ni hamba dia. Bagus lah tu, memang ni yang aku layak terima. Ni lah akibat budak kampung kena kahwin dengan jejaka bandar, rasa hina dan maruah tu dipijak-pijak saja.

Jangan mengeluh , ni semua untuk family aku juga. Aku cuba menenangkan diri dan mula menyediakan sarapan untuknya. Aku buat roti bakar dengan telur setengah masak. Kalau suka makanlah , kalau tak buangkan saja.

Tak lama selepas itu dia mengambil tempat di meja makan dan mula menjamu selera. "Malam ni kau prepare dinner untuk lima orang. Aku ajak kawan-kawan aku tengak bola malam ni. Faham tak ?"

Aku mengangguk. "Masuk bilik aku dan kemaskan katil. Tandas tu kau bersihkan juga. Baju-baju kotor tolong basuh then porch depan tu kau cuci. Faham ? Takkesah lah bila kau nak buat just make sure rumah ni bersih. Kalau nak masak call taxi then pi beli barang. Aku tinggal duit nanti . Faham ?"

Aku mengangguk. Dah jadi orang gaji tak berbayar pula aku ni. Redha ja la Safa , rancang Tuhan nak buat macam mana kan ?

Tepat jam 9 malam pintu utama terbuka luas dan dia bersama-sama dua lelaki dan dua perempuan masuk ke dalam rumah sambil bergelak ketawa. Sempat aku lihat tangannya yang memegang erat tangan seorang wanita. Aku kenal wanita itu. Dia lah perempuan semalam tu. Girlfriend dia kot ? Habis tu aku ni siapa ?

Mereka duduk di meja makan dan aku mula menghidang lauk. Sempat juga aku terdengar perbualan mereka.

"Orang gaji baru ke Kuzairi ?" Seorang lelaki mengenakan tshirt pola hitam bertanya.

"Ya . Baru datang dari kampung ." Selamba saja dia jawab. Rasa hati ni macam disirat-sirat dengan pisau tajam tapi aku hanya mampu mendiamkan diri.

"Sekarang aku confius , ni orang gaji ke model? Lawa sangat ni fuh gugur iman gua ," seorang lelaki lagi bersuara sambil tersenyum manis ke arahku. Tetiba saja rasa pipiku hangat apabila menerima pujian seperti itu.

"Mesti best kan bila datang dari kampung then dapat kerja dekat rumah orang kaya macam ni ? Dulu mesti tidur atas lantai sekarang tidur atas katil . Mesti kau syok kan ?" Wanita yang sama juga bersuara. Aku geram sungguh bila menerima penghinaan macam tu. Kau ingat aku desprate sangat ka gila ?

"Kau ni Maisarah. Tak baik cakap macam tu dekat dia ." Lelaki yang sebelumnya memuji aku kini mempertahankan maruah ku.

"Kau nak bela dia kenapa Armin ? Terpikat ke ? Kau baik-baik Min , orang kampung ni pandai buat guna-guna , kejap lagi hanyut lah kau."

Kurang ajar .

"Cakap tu biar elok sikit . Bukan perempuan pakai make-up tebal macam awak ja yang ada maruah , orang kampung macam saya ni pun ada juga." Dulang di tangan aku pegang erat-erat , takut melayang kena perempuan sial ni.

"Bie , tengak ni orang gaji you cakap dekat I . She's so direspectful to me." Dia mencapai tangan Kuzhairi dan mula mengusap lembut tangannya.

"Asal kau kurang ajar sangat ni dekat Maisarah ? Minta maaf sekarang juga ."

Aku rasa macam hati ni berkecai . Tak cukup dengan kena hina macam tu , suami sendiri boleh berpihak kepada perempuan lain. Ya Allah , jangan uji aku macam ni . Aku tak kuat.

Aku beredar dari dapur menuju ke bilikku. Tersandar aku di pagar balkoni tu , air mata mengalir deras bagaikan air terjun . Sakit dan sakit . Pedih . Malam ku berakhir apabila aku tertidur di balkoni sambil menikmati keindahan langit.

Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]Where stories live. Discover now