000

115K 1.3K 14
                                    



p r o l o g

Hidup aku tak pernah mudah. Dugaan daripada Yang Maha Esa tak pernah putus-putus mengunjungi diriku. Sampai kadang-kadang , rasa putus asa yang hampir membuatkan aku meragut nyawa sendiri pun ada. Tapi aku ingat lagi pesan arwah Tok Yah ; "Bila kita ingat kita dah cukup susah, percaya lah yang sebenarnya dekat luar sana ada yang jauh lebih susah dari kita. Kita ni kena bersyukur dengan apa yang ada."

Syukur ; kadang-kala , aku tertanya nikmat apa yang aku ada sampai aku kena bersyukur . Kaya ? Tak . Sihat ? Tak . Bahagia ? Tak . Selesa ? Tak .

Ayah dan ibu yang hanya mempunyai sawah seluas halaman rumah masih menanggung kerugian akibat tanaman yang tak jadi. Tak cukup dengan itu , tanah rumah kami ini pula diancam untuk diambil oleh pemaju daerah ini. Susah ? Tak belum lagi. Adik bongsuku pula diduga dengan penyakit kanser otak. Hidup kami hanya cukup-cukup makan sahaja , mana mampu nak bayar kos pembedahan yang mencecah Rm5xxx .

Bila ayah cakap , aku kena berkahwin dengan anak kawannya yang tinggal di KL dan sebagai balasan mereka akan membantu kami dari segi kewangan , aku hanya mampu bersetuju tanpa berfikir panjang. Bukan materialistik , tapi kehidupan kami yang susah dan sengsara ini perlu aku fikirkan .

Nama 'Kuzairi Hamidi' terngiang-ngiang di telingaku . Nak ke dia kahwin dengan perempuan kampung macam aku ni? Nanti dia layan aku macam mana ? Macam mana nak jadi suami isteri tanpa cinta ni ?

Aku tak sanggup nak gadaikan masa hadapan aku , tapi demi keluarga , aku redhakan saja .

Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]Where stories live. Discover now