035

35.7K 486 5
                                    

Terlambat, Safa dah tinggalkan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terlambat, Safa dah tinggalkan aku. Terduduk aku dibirai katil sambil nota kecil di dalam tanganku.

Assalammualaikum Abang,

Safa minta maaf kerana terpaksa tinggalkan Abang. Safa minta maaf kerana telah banyak membuat dosa terhadap Abang selama Safa menjadi isteri Abang. Maafkan Safa ya.

Safa tahu rumah tangga kita akan runtuh tak lama lagi , tapi Safa tetap bahagia atas perkahwinan Abang yang baru. Mungkin dia dapat bahagiakan Abang kerana Safa tak mampu.

Banyak cubaan yang kita hadapi selama ini, cuma Abang , satu saja yang Safa nak Abang tahu. Anak dalam kandungan Safa ini betul-betul anak Abang kerana Safa tidak pernah sentuh lelaki lain. Safa harap Abang dapat percayakan Safa.

Usai selamat melahirkan anak ini, Safa akan kembali untuk menyelesaikan urusan penceraian kita.

Safa harap Abang bahagia dengan dia.

Yang benar ;
- Safa Qaisarah -

Tanpa dapat dikawal, air mata ku laju jatuh membasahi pipi. Apa yang telah aku lakukan ni Ya Allah ? Ke mana dia pergi ? Isteri aku, anak aku. Sungguh aku suami yang tidak guna.

Kertas ditangan aku koyak sambil menangis teresak-esak. Mummy muncul di muka pintu , dengan air mata membasahi pipi.

"Kuzairi suami tak guna Mummy ," aku kata setelah Mummy mengambil tempat disebelahku. Bahuku diusap lembut oleh Mummy.

"Masih ada masa untuk perbetulkan semua ini Kuzairi . Masih ada masa."

Aku hanya mampu menangis. Datang pula Daddy duduk disebelahku.

"Kita manusia, memang selalu buat kesalahan nak. Walaupun dah diberi pengajaran banyak kali, kita masih lagi tak sedar. Kalau kamu sayang dia, cari dia. Buktikan yang kamu sayang dia."

Aku menggeleng.

"Kuzairi dah banyak kali sakitkan dia Mummy Daddy. Dia dah benci Kuzairi. Dia dah tak nak Kuzairi," aku menangis dalam pelukan Daddy.

"Safa tu perempuan yang baik. Kalau cinta kamu dua kuat , pasti mampu menempuh seberang ujian yang datang. Yang penting sekarang usaha nak usaha," Daddy mengusap belakangku.

Sungguh kata-kata Daddy itu bermakna. Terasa bagaikan ada tamparan yang hinggap di pipi ini. Terus kepala aku dongakkan.

"Terima kasih Mummy Daddy," Mummy mencium pipiku.

"Sekarang cari menantu dan cucu Mummy balik. Kalau tak siap kamu," ketawa kecil meletus. Air mata aku kesat menggunakan lengan baju.

::

"Kamu ni, orang mengandung tak baik makan lambat-lambat. Kesian anak dalam perut kamu tu ," ujar Tok Su sebelum mengambil tempat di sebelahku. Aku tersenyum melihat wajah Tok Su yang kian dimakan usia.

Kehidupan di Perlis yang jauh dari bandar raya amat menenangkan. Sudah 4 bulan aku berada di sini dan kandungan pula sudah mencecah usia 8 bulan. Makin besar perut aku sekarang.

Di sini aku hanya bertemankan Tok Su, Mak Cik Fauziah dan Siti , cucu angkat Tok Su yang seusiaku. Di sini hanya banyak sawah padi, tapi itulah yang menyeronokkan. Hijau, nyaman, dan indah.

Itulah yang dapat aku gambarkan.

Ibu dan Ayah lah yang mencadangkan aku untuk datang ke sini. Mereka tahu aku perlukan masa dan ruang , dan di sinilah aku boleh dapatkan ketenangan yang dicari.

Sudah empat bulan aku tidak bulan aku tidak berjumpa dengan Kuzairi. Macam mana keadaan dia ? Pasti bahagia bersama Maisarah .

"Nanti Safa makan ya Tok Su. Kenyang lagi ni tadi makan goreng pisang," Tok Su hanya menggeleng kepala. Sudah biasa melayan kerenahku. Sejak mengandung ini, aku lebih gemar makan makanan ringan berbanding nasi.

"Kamu dah nak beranak Safa, lagi sebulan ja. Kamu tak nak jumpa suami kamu dulu ka?" Bila berbicara topik suami, serta merta senyumanku pudar. Bukan kerana aku benci akan dia, cuma aku rindu.

"Tak apa lah Tok Su. Dia sibuk," itu sahaja yang aku mampu katakan.

"Ini anak dia, dia ada hak nak tahu keadaan anak dia ," Tok Su mengusap lembut tanganku.

"Anak dia ? Dia pun tak sudi nak mengaku ini anak dia Tok Su ," aku tersenyum kelat.

"Jangan lah kata macam itu. Mana tahu dia dah percaya kamu ."

Aku menggeleng kepala.

"Safa dah tak nak berharap Tok Su. Kalau dia rasa ini anak dia, dia tahu apa yang dia perlu lakukan. Kalau dia masih tak mengaku, Safa dah tak kisah Tok Su. Anak ini akan masih dapat kasih sayang Safa sepenuhnya ," Tok Su mengusap lembut pipiku.

"Tok Su akan selalu ada dengan kamu. Bukan Tok Su ja, itu Ibu , Ayah , Siti , Mak Cik Fauziah , semua ada untuk kamu ," Tok Su menghadiahkan senyuman ikhlas kepadaku.

"Safa ! Safa ! Cepat keluar !" Dari luar rumah kami mendengar suara Siti yang menjerit - jerit. Bergegas keluar aku dan Tok Su ke muka pintu .

"Apa kamu menjerit - jerit ni?" Soal Tok Su .

"Ni Mak Cik Fauziah bawa balik ikan keli. Banyakkk ," baldi ditangan ditunjuk. Ikan keli, sukanya aku.

Muncul Mak Cik Fauziah dari bawah rumah. Baru lepas memancing la ni.

"Ni Tok, banyak ada. Boleh buat panggang ka masak cabai ka ," cadang Mak Cik Fauziah .

Tok Su mengangguk laju.

"Haa , haa , bawa masuk cepat. Letak di dapur esok kita masak. Sedap ni ," Siti mengangkat baldi lalu memasuki dapur dari arah pintu belakang.

"Kamu nak Tok Su masa apa? Kamu bagitahu ja Tok Su buat ," tanganku dirangkul kemas oleh Tok Su sebelum kami jalan beriringan ke pondok yang terletak berdekatan dengan sawah padi.

"Masak apa pun tak apa, Safa tak kisah ," aku menjongket bahu.

"Masak apa pun tak apa, Safa tak kisah ," aku menjongket bahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]Where stories live. Discover now