004

65.4K 1.1K 58
                                    



Give up gila. Bosan gila life ni. Damn hidup dekat kampung best lagi. Ada Adik Am, ada Abang Zamir , Nana , Mak , Ayah . Best boleh lepak ramai-ramai. Ni sejak kahwin sampai sekarang sekali pon tak pernah keluar. Haih.

Sedang aku mengemas dapur yang berselerak , rasa tangan kasar memeluk tubuhku dari belakang. Rasa panas ja badan dia ni, sangat selesa dan menyenangkan. Best kan kalau dia peluk dengan kasih sayang sekali.Tapi aku tetap tak lupa apa dia buat semalam. Memang tak la kalau aku nak mudah lupa kesalahan yang dia dah buat.

"Sebab semalam aku lupa janji aku, jom kita keluar hari ni . Nak tak ?" Terasa bibirnya menyentuh leherku naik turun .

Aku menjauhkan diri daripada dia sambil masih mengelap meja makan. "Tak apalah. Saya faham awak buzy."

"Aku tak buzy hari ni . Jom keluar. Aku bawa kau makan dekat tempat yang best."

"Tak pe. Saya dah masak dah pon ," aku jawab acuh-acuh . Tolonglah faham dan pergi dari sini. Tak boleh lupa macam mana dia curang depan mata aku.

"Aku tahu , kau marahkan aku sebab semalam kan. I'll make it up for you I promise ."

Aku menggeleng-gelengkan kepala. "Saya cakap tak pe Kuzairi. Awak tak perlu ambil tahu tentang saya okay. Ni saya nak bersihkan bilik air tu kejap ."

Belum sempat aku melangkah pergi dari dia, tangannya laju menyambar pergelangan tanganku menarik aku semula ke dalam pelukkannya . "Jangan membantah cakap aku boleh tak ? Aku ni suami kau. Sekarang pergi siap cepat lepas tu kita keluar . Faham ?"

Mamat ni memang keras kepala sungguh . Bukan setakat kepala hati pon sama ja. Kenapalah kau suamiku Kuzairi oi ? Semak hidup. Aku cuma mampu bersetuju lalu beredar masuk ke bilik untuk bersiap.

Ingat nak pakai baju kurung biasa-biasa ja tapi bila ingat balik, Maisarah tu pakai baju gempak-gempak , seksi-seksi. Maybe Kuzairi memang suka perempuan cantik , seksi . Apa salahnya kalau aku pakai cantik-cantik juga untuk suami sendiri kan ? Pakai ja lah baju apa pon yang ada.

 Apa salahnya kalau aku pakai cantik-cantik juga untuk suami sendiri kan ? Pakai ja lah baju apa pon yang ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku turun ke ruang tamu lalu membelek surat khabar yang ada atas meja sambil tunggu Kuzairi . Lembab padu mamat ni. Haishhh .Tak lama lepas tu dia pon muncul dalam pandangan. Wow tshirt hitam, cap , rip jeans , sunglasses , hot gila husband aku ni.

"Aku tau aku handsome . Jangan nak tenung sangat takut terkeluar biji mata tu," aku tergelak sedikit mendengar telatah dia. Jap jap sejak bila dia boleh berbaik dengan aku ni?

Bukan selalu dia dingin ja ka dengan aku ? Bukan patutnya aku marah dia ka sebab apa yang dah jadi semalam ? Tak pa la, moment macam ni bukan selalu terjadi. Entah-entah lepas hari ni dia terus jadi dingin balik dengan aku. Baik aku manfaatkan waktu berharga ni.

"Tak handsome pon ," aku cakap pelan-pelan.

"Kau cakap apa ?"

Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]Where stories live. Discover now