Pagi-pagi lepas breakfast terus dia blah pergi mana tak tahu la. Rasa sakit hati ni tak pudar-pudar lagi, ayat dia pon masih terngiang-ngiang dekat telinga ni. Haishh .Time tengah masak tetiba pintu utama diketuk berulang kali. Siapa pula la nak mai pagi-pagi macam ni ? Dengan rambut serabai , muka calit tepung , aku lari pergi buka pintu. Rasa muka ni merah sangat tahan malu bila Armin tercangak depan pintu tengak aku atas bawah.
Mesti dia kata minah ni serabut gila.
"Tengah masak ke Safa ?" Aku angguk laju-laju. Geram pula rasa tengak dia ni comel sangat. Dengan rambut tebal, muka flawless , hidung mancung aih ni kalau aku kiss ni tak lepas dah.
Wait jap apa !???
"Encik Armin cari Encik Kuzairi ke ? Dia dah keluar lama dah ."
"Ouh laa ish dia ni . Anyway please just call me Armin , tak perlu encik-encik sangat dengan saya . Kalau nak senang panggil je Abang . Ataupon baby ke hubby ke darling ke. Ikut awak saya okay je ," sempat pula dia ni kenyit-kenyit mata dekat aku. Fuh melting sial.
"Saya panggil Armin je lah ye ."
"Boleh la tuan puteri." Tanpa dijemput dia masuk sendiri ke dalam rumah straight masuk dapur. Macam rumah sendiri pula dah. Suka hati kau la Armin oi.
"Ni saya lapar la . Masakkan something please ," wuish mengada pula mamat ni.
"Boleh tapi kena tunggu la."
"Boleh aje . Meh saya tolong awak k ," aku sedang mengacau lauk dalam periuk dan tetiba saja dia datang peluk dari belakang. Fuh goosebump .
"Awak janganlah kacau saya ," rasa geli pula bila dia gesel-geselkan pipi dia dengan leher aku. Rasa nafas dia kena dekat kulit aku. Melting.
"Mana ada saya kacau awak." Pegangan tangannya di sekeliling pinggang aku diketatkan lagi. Bahagian depan badan dia pon dah bersentuh dengan badan aku.
"Tadi cakap nak tolong saya ?" Aku pusingkan badan dan menghadap dia. Tangannya kini berada di tepi kiri kanan aku. Menghalang pergerakkanku.
"Tolong tengak saja ," dia senyum lebar bila dapat kenakan aku.
"Alaa ingatkan nak tolong sungguh ," aku memukul manja bahunya tetapi tangannya cepat menangkap tanganku.
"Ye lah baby . Awak nak saya tolong apa ni ," tanganku dibawa dekat ke bibirnya lalu dicium berkali-kali. Melting !!!!!!
"Tolong goreng ikan boleh ?"
"Goreng ikan ? Erm goreng awak je lah. Sedap sikit nak makan ," dia gelak macam kena histeria sedangkan mukaku merah menyala . Bahunya ku tolak kasar sebelum sambung memasak.
"Alaa baby saya gurau je . Okay meh sini saya tolong awak k ," pipiku dicium berkali-kali sebelum dia mula goreng ikan .
Aktiviti memasak kami dipenuhi lawak bodoh , gelak ketawa , pujuk memujuk , peluk-pelukan dan siap , makanan pon terhidang atas meja. Fuh couple goals ah. Bayangkan kalau ada suami macam ni. Boleh tolong masak , boleh gurau-gurau macam ni. Kenapa la aku tak kahwin dengan kau Armin ? Kalau tak bahagia hidup ni.
"Fikir apa tu sayang ?" Sedang aku mencuci pinggan yang telah digunakan , dia merehatkan kepalanya di bahuku. Dia ni manja sungguh la.
"Tak . Mana ada fikir apa pon ."
"Lepas ni kita keluar nak tak ?" Tanyanya bersahaja.
"Eh mana boleh. Saya kan kerja sini nanti Encik Kuzairi marah pula kalau saya keluar macam tu ja ," aku mengelap tangan menggunakan tisu sebelum kami kembali duduk di meja makan.
"Nanti saya bagitahu dia. Awak jangan risau ," dia memuncungkan bibirnya.
"Erm awak call dia dulu boleh tak ? Saya takut lah ."
"Okay sayang." Aku lihat saja pergerakannya membuka telefon dan mendail nombor Kuzairi . Seram la pula.
"Hello Kuzairi ."
...
"Ni aku nak bawa Safa teman aku pergi beli barang dapur jap."
...
"Dekat mall rumah kau ni je. Lepas tu melencong pergi rumah aku pula."
...
"Aku gurau je la gila . Aku tak curi la maid kau."
...
"Sebelum tengah malam aku pulangkan."
...
"Okay okay bye ."
.
"So ?" Tanyaku agak pantas setelah talian ditamatkan.
"Dia cakap okay. Cuma jangan balik lewat sangat. Dah sekarang awak pergi salin baju k ," dahiku dihadiahkan ciuman ringkas sebelum aku berlari masuk ke bilik sendiri.
Nervous la pula nak keluar dengan Armin. Tapi seronok juga. Ish Safa kau dah berlaki. Eleh dia pon keluar dengan perempuan lain. Bukan setakat keluar , macam-macam dah buat. Ish lantaklah sekarang fokus kepada Armin saja.
Even aku ni orang kampung, aku still up-to-date okay. Don't judge a book by it cover. Baju-baju yang hari tu Kuzairi beli untuk aku semua havoc-havoc belaka , takkan aku tak guna pula kan . Rambutku yang panjang diikat 'bun' sebelum mengenakan sunglasses di atas kepala. Hips gila aku. Aku ketawa sendiri.
Dengan penuh keyakinan , aku turun ke ruang tamu melihat Armin yang leka bermain telefon bimbitnya.
"Jom ," kataku ringkas.
"Jo-" Matanya terbuka luas melihat ku atas bawah. Terpegun la tu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. "Perhh cantiknya sayang saya ni ."
"Thank you bae ."
YOU ARE READING
Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]
RomanceOrang kampung kena paksa kahwin . K read prolog for more