033

31K 461 7
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam bilik dan melihat dia masih tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik dan melihat dia masih tidur . Perlahan-lahan aku duduk di sebelahnya lalu mengusap lembut wajahnya. Sungguh aku rindukan dia.

Seketika kemudian matanya terbuka dan terus jelas kelihatan rasa benci di dalam matanya itu. Tanpa membuang masa dia bangun dari baringan dan menuju ke bilik air. Aku pula masih kaku di hujung katil .

Keluar saja dia dari bilik air , muka aku pon dia tak tatap.

"Safa dah sediakan sarapan untuk abang," terus tangannya aku rangkul. Rindu sungguh pada insan yang bergelar suamiku ini.

"Kau jangan sentuh aku boleh tak? Lepas jantan mana-mana kau sentuh, sekarang kau sentuh aku. Jijik tahu jijik ?"

Tangan aku ditepis dari terus menyentuhnya. Mukanya pula menunjukkan perasaan benci yang tidak terhingga.

"Safa tak pernah sentuh jantan lain selain abang. Kenapa abang senang sangat nak percaya orang lain ? Safa ni isteri abang, abang patut percayakan Safa ."

"Nak percaya kau macam mana kalau dah memang terbukti selama ni kau keluar masuk rumah Armin ? Kau nak kata apa lagi ?"

"Abang tahu tak Armin macam mana sekarang ? Abang kawan dia , abang patutnya -"

"Buat apa aku nak ambil tahu pasal dia ? Jantan yang belakang aku bersetubuh dengan bini aku sendiri ," Kuzairi mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik namun cepat sahaja aku mengekori langkahnya.

"Safa tak pernah langsung bersama dengan Armin . Tolonglah percayakan Safa ," saat ini air mata sudah bertakung di kelopak mata.

"Aku dah berikan kepercayaan aku kepada kau tapi kau khianati . Kau jangan nak minta peluang ke-dua daripada aku sekarang ni."

"Safa tak khianati abang langsung. Tolonglah percaya pada Safa. Tolonglah jangan runtuhkan rumah tangga kita. Macam mana nanti anak -"

Kuzairi berpaling menghadap aku. Menunggu aku untuk menghabiskan ayat yang tergantung. Mungkin ini masanya aku beritahu dia perkara sebenar.

"Anak ?"

"Ya abang. Anak kita. Safa mengandung ," senyuman kecil muncul di wajahku disaat mengenangkan benih yang berada pada perutku.

Kuzairi diam seketika. Kemudian dia tersenyum seperti memerliku.

"Kau ingat aku nak percaya ke yang anak dalam perut kau tu perut aku? Selama ni kau tidur dengan Armin dan sekarang kau mengaku tu anak aku ? Kenapa ? Sebab aku lebih kaya-raya dari mamat tu?"

Tanpa disangka , tanganku laju menampar muka Kuzairi. Tanganku menggeletar kerana perasaan marah yang kian membara-bara dan air mata yang laju membasahi pipi.

"Ini anak abang. Hasil dari benih abang. Jangan pernah tuduh anak ini sebagai anak hasil perzinaan . Anak ini anak sah kita berdua ," aku menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-kata aku. "Kalau abang tak nak anak ni sekalipun, lepaskan Safa dengan cara yang baik dan anak ini akan berbin kan nama abang," aku mengangkat kaki meninggalkan dia seorang diri.

::

4 bulan kemudian..

Pintu rumah diketuk, dan aku berlari-lari anak untuk menyambut tetamu yang datang. Seperti biasa, rumah ini hanya ada aku. Aku dan kandungan yang kini telah mencecah usia 4 bulan.

Pintu dibuka dan wajah Mummy yang muram muncul dalam pandangan mataku. Tanpa berkata apa-apa aku menyalam tangan Mummy dan kami masuk ke dalam rumah.

Mummy mengambil tempat di atas sofa lalu matanya lari ke segenap ruang.

"Macam mana kandungan Safa ? Okay ?" Aku hanya angguk . "Safa tahu Kuzairi nak kahwin minggu depan ?" Aku angguk perlahan. Kuzairi sendiri yang memaklumkan kepadaku.

Mummy seperti menunggu aku untuk memperkatakan sesuatu tapi aku hanya diam. Sungguh aku tidak tahu untuk berkata apa. Dengan kandungan lagi, dengan suami yang nak kahwin lain lagi. Apa la nasib aku.

"Safa tak nak buat apa-apa ka? Safa redha Kuzairi kahwin lain? Safa sanggup bermadu ?"

Aku menggeleng sambil menyeka air mata yang mula turun.

"Tak Mummy. Safa tak rela bermadu. Lepas Safa selamat lahirkan anak ni kami akan bercerai," dengar saja perkataan 'cerai' itu, Mummy sudah pun menangis teresak-esak. Aku duduk di sebelah Mummy lalu memeluknya erat.

"Mummy tak patut kahwinkan kamu dengan Kuzairi. Kalau kamu tak kahwin dengan dia pasti kamu tak terseksa macam ni kan? Mummy minta maaf ," aku turut menangis bersama-sama Mummy.

Dalam kesayuan , aku cuba menutur kata untuk Mummy.

"Mummy jangan kata macam itu. Walaupun rumah tangga kami hancur, Safa tak menyesal. Safa tak menyesal menjadi isteri Abang Kuzairi. Safa tak menyesal Mummy," sungguh kerana aku percaya akan perancangan Tuhan. Pasti ada sinar disebalik kesedihan.

"Mummy nak kamu tahu, walaupun selepas kamu bercerai dengan Kuzairi, Mummy tetap anggap kamu macam anak sendiri. Mummy akan bagi segala-galanya buat kamu dan cucu Mummy ni," Mummy mencium lembut pipiku. Aku rindukan belaian seorang ibu.

"Cucu Mummy nanti Mummy nak lelaki ke perempuan ?" Aku cuba untuk ceriakan keadaan.

Mummy tergelak sebelum menjawab.

"Kalau boleh Mummy nak lelaki. Kalau perempuan pun tiada masalah, tetap cucu Mummy ," Mummy tersenyum.

 Kalau perempuan pun tiada masalah, tetap cucu Mummy ," Mummy tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]Where stories live. Discover now