Aku tenung wajah sucinya ketika dia masih dibuai mimpi. Perlahan-lahan aku belai pipinya sebelum mengucup lembut di bawah bibirnya. Bibirnya mengukir senyuman namun masih tidak sedar dari tidur. Aku biarkan sahaja dan terus menuju ke dapur.
Sudah lama ku tinggalkan dapur ini , tiba masanya untuk aku mulakan aktiviti harianku semula. Aku mulakan dengan aktiviti memasak sarapan pagi . Sedang aku menggoreng bihun , loceng rumah berbunyi menandakan ada orang datang.
Api dapur dimatikan sebelum aku berlari anak untuk membuka pintu kepada tetamu yang datang. Namun serta-merta mood happy ku mati melihat perempuan memakai dress merah singkat ini berada di hadapanku.
"Where's Kuzairi ?" Dengan sombongnya dia bertanya kepadaku.
"Tidur lagi. Cik datang sini ada apa ya ?" Tolonglah blah dari sini cepat sikit. Cepat la masuk dalam kereta kau balik kalau tak make-up kau cair pula diri dekat sini lama sangat. Aku masih memaniskan muka, munafiknya aku. (hahahahah)
"Kau ni la kan bini dia ?" Jari telunjuknya menyentuh bahuku secara kasar. Eh mana dia tahu ni ? Takkan Kuzairi dah beri tahu dia ? "Kenapa diam ? Betul kan ?"
Maisarah berjalan masuk ke dalam rumah sebelum memusingkan badan menghadapku. "Kau dengar sini orang kampung, Kuzairi is mine. Dia milik aku dan kami akan berkahwin tak lama lagi," kahwin ?
"Eh , apa pulak ? Kuzairi tak cakap apa pon ? Kau jangan nak mimpi lah ," tah kenapa aku rasa geram bila dia cakap dia nak berkahwin dengan Kuzairi sedangakan aku dah minta cerai daripada dia.
"Jaga mulut kau okay !! Kau tu patut sedar tau kau tak layak untuk dia . Kau dengan dia bagai langit dengan bumi. Maruah kau tu di bawah tapak kaki aku ja ," aku mengetap bibir sambil berzikir di dalam hati.
"Tak layak pun tak apa. At least kami dah kahwin dah jadi suami isteri yang sah. Kau yang biar dia sentuh luar dalam sedangkan korang tak sah lagi tu apa ? Murah sangat ke kau ni?" Tah dari mana aku jadi jahat macam ni pun tak tahu la.
Tangannya diangkat dan aku tutup mata menunggu masa tangannya melekat di pipiku namun tiada seberang impak ku rasakan. Apabila mataku dibuka aku melihat Kuzairi memegang pergelangan tangannya, menahan ku daripada ditampar oleh Maisarah.
Dengan kasarnya Kuzairi melepaskan pegangnya pada tangan Maisarah. "Apa kau buat dekat sini ? Aku dah cakap kan jangan ganggu aku lagi." Jap apa yang berlaku ni?
"You , kenapa you bela dia dariapda I ? You are mine remember ?"
"Sudahlah Maisarah. Aku ni suami orang. Please move on from me ," Kuzairi menarikku rapat kepadanya sebelum melilit lengannya di pinggang ku.
"But-but w-why ?" Maisarah memegang lengan Kuzairi . "Babe , I love you. You know that. You cakap kita akan kahwin kan ?"
"Dah la pergi mampus ," wuish Zairi ni kenapa?
YOU ARE READING
Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]
RomanceOrang kampung kena paksa kahwin . K read prolog for more