"Ermm sedap sungguh gulai daging Safa ni," Mummy tak habis-habis puji masakan aku. Senyum sampai ke telinga la aku. Daddy pun asyik cakap benda yang sama tapi muka Kuzairi masih masam mencuka.
"Safa dengan Kuzairi ni bila boleh bagi Mummy cucu ?" Tersedak aku dibuatnya. Tak pernah terlintas dalam fikiranku nak ada anak dengan Kuzairi. Kalau ada nanti kesian anak aku diabaikan oleh ayah sendiri. Ish tak boleh la aku nak bayangkan macam mana nanti .
"Ish Mummy ni. Kami baru berapa bulan kahwin. Takkan nak ada anak dah ," bunyi macam tak sudi ja. Tak payah tanya, memang dia tak nak pon.
"Alaa Zairi , apa salahnya ada anak awal-awal ? Anak tu kan anugerah tuhan ," Daddy pula bersuara. Muka Zairi makin bengis .
"Betul tu Zairi. Mummy dengan Daddy bukannya makin muda, makin tua. Nak juga kami merasa ada cucu macam kawan-kawan kami yang lain," aku cuma mampu mendiamkan diri.
"Iye lah Mummy. Nanti kalau ada apa-apa Zairi bagitahu Mummy k ," kami pon terus menjamu selera tanpa berbual-bual. Semua hanyut dalam fikiran masing-masing.
"Projek kita dengan Razak Holding tu macam mana Zairi ? Ada problem apa-apa ke ?" Tanya Daddy sewaktu kami semua sedang bersantai di ruang tengah. Aku dan Mummy pula sibuk berbual tentang kenduri adik iparku yang akan berlangsung bulan depan.
"Okay Daddy, cuma -" belum sempat dia menghabiskan ayatnya, loceng rumah dibunyikan berkali-kali. Kami memandang antara satu sama lain sebelum aku bergegas ke pintu dan membukanya. Damn Maisarah pulak dah.
"Kenapa kau ni macam terkejut je nampak aku ? Aku nak datang jumpa boyfriend aku tak boleh ke hahh ?" Tanpa membuang masa dia masuk je terus ke dalam rumah dan reaksi gembira jelas kelihatan apabila ternampak Mummy dan Daddy di ruang tamu.
"Hello Mummy , hello Daddy !!!" Badan Mummy dirangkul . Dia mengambil tempat duduk di sebelah Mummy iaitu tempat aku. Aku pula dah jadi batu . tak tahu nak buat apa.
"Tolong ambilkan air please. I dahaga ," dilayan macam hamba abdi pulak. Ni kalau orang Penang dia kata harei sungguh. Tak pa, sabar. Biar Tuhan balas balik dekat dia nanti. Aku terus ke dapur dan membancuh air untuknya. Sedang aku menuang air ke dalam gelas, Mummy datang menghampiriku dengan wajah yang kecewa.
"M-Mummy nak apa-apa ka ? Safa boleh buatkan ," wajah Mummy masih sama.
"Kenapa Maisarah still datang sini ? Dia tak tahu ke Zairi dah kahwin ?" Aku cuma menggeleng. "Mummy ni harap sangat perempuan sebaik Safa ni boleh ubah perangai Zairi tu. Tapi Mummy salah ," jelas kedengaran betapa kecewanya Mummy di saat itu.
"Sa-Safa minta maaf Mummy. Ta-tapi Abang Zairi , dia-dia tak -" perlukah aku berlaku jujur kepada Mummy ? Tapi pada saat ini apa lagi yang aku boleh katakan kecuali perkara yang sebenar .
"Safa tak cuba tawan hati Zairi ke ?" Mudahnya persoalan tu meluncur keluar dari mulut Mummy.
"Macam mana nak tawan Mummy, kalau dengan Safa pon dia cakap tengking-tengking macam tu ," mataku mula bekaca. Please jangan air mata gugur sekarang. Aku tak mahu kelihatan lemah depan Mummy.
"Safa, Mummy berharap sangat yang Safa boleh ubah dia . Please Safa do your best ," aku tahu nak buat Kuzairi jatuh hati padaku tu adalah perkara mustahil tapi di hadapan Mummy ni ku hanya mampu mengiakan saja.
Malam ni langit nampak gelap sangat tanpa bulan mahupun bintang. Nak hujan la ni. Aku duduk di balkoni sambil memandang ke langit, fikiranku melayang memikirkan masa hadapan yang masih belum pasti akan terjadi.
Tiba-tiba sahaja pintu bilik dibuka dan Kuzairi melangkah masuk dengan muka yang menahan marah. Dia berjalan ke arahku dan aku pula menghampirinya. Hanya beberapa langkah sebelum tubuhku bertemu dengannya namun
pangggg !!!
Terjatuh aku di atas lantai sambil menahan rasa sakit di pipi. Air mata pula tanpa dapat dikawal sudah laju jatuh membasahi pipi.
"Kau cakap apa dekat Mummy ?" Aku yang masih terkejut dengan tamparannya sebentar tadi hanya mampu mendiamkan diri . Tidak lama kemudian rambutku ditarik hingga memaksa aku berdiri semula menghadap dia.
"Aku tanya ni sial , kau bagitahu apa dekat Mummy ?!!?!?" Aku cuma menggeleng. Satu tamparan menghinggap pipiku namun aku masih berdiri kerana pegangannya di rambutku.
"Kau tahu nak nangis je ke hahh ?!?!! Aku tanya kau ni, kau cakap apa dekat Mummy ?"
"Sa-saya tak cakap apa pon. Kuzairi please lepaskan saya. Sakitlah !!" Pipiku pula dicengkam kuat oleh sebelah tangannya .
"Bodohlah kau ni !! Kau cakap macam-macam dekat Mummy tu sebab kau sakit hati dengan aku kan ? Kan ?!?!" Aku menggeleng. Satu lagi tamparan diberi kepadaku. Aku dapat rasakan ada cecair pekat yang keluar dari mulutku.
"Tak tak ," aku cuma mampu menangis teresak-esak . Tubuhku ditolak kuat hingga aku terjatuh ke atas lantai sekali lagi. Tidak ku sangka yang dia akan menyepak bahagian tepi badanku hingga tubuhku terasa lemah sekali.
"Kuzairi !!!" Aku cuma mampu berasa lega apabila Armin muncul di saat aku diperlakukan sebegini rupa oleh suamiku sendiri.
YOU ARE READING
Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]
RomanceOrang kampung kena paksa kahwin . K read prolog for more