Senyuman meniti di bibir tatkala memandang wajahnya yang masih dibuai mimpi. Tak pernah ku sangka akhirnya dia dapat menerimaku sebagai isterinya. Tapi sering kali aku mengingati diri sendiri agar tidak menaruh harapan yang menggunung terhadapnya. Lelaki bukannya boleh percaya sangat kan ?
Aku memasuki bilik air dan mula membersihkan diri. Sedang aku menyabun badan, pintu bilik air diketuk berkali-kali. "Apa ???" Aku menjerit dari dalam. Air pancut ditutup seketika supaya aku dapat mendengar kata-katanya.
"Buka pintu ni. Nak mandi ," eleh miang punya jantan . Saja la tu nak ambik kesempatan.
"Nanti lah. Kejap je ni saya nak habis dah ," aku membalas lalu meneruskan aktivitiku dan tidak mengendahkannya yang masih menjerit dari luar. Biar aku seksa jap batin dia. Usai mandi , aku membalut tuala yang bersih sehingga ke paras dada. Perlahan-lahan aku membuka pintu, menjenguk keluar mencari kelibat si suami. Eh kosong je dalam bilik?
Langkah pertamaku terhenti apabila secara mengejut dia muncul dari celah almari. "Arghhhhh !!!!" Terkejut aku dibuatnya. Aku masih mengurut dada yang turun naik akibat terlalu terkejut tapi dia hanya ketawa terbahak-bahak melihat reaksiku. Apabila degupan jantung sudah kembali normal , aku mendekatinya dan menghadiahkan satu cubitan ketam pada lengannya.
"Ouch sayang sakitlah !!" Katanya sambil mengusap lengannya yang telah ku cubit. Giliran aku pula untuk ketawa apabila melihat mukanya menahan sakit. Aku menjelirkan lidah sebelum keluar dari bilik dan menuju ke bilik sendiri untuk memakai baju.
Sedang aku menyarungkan seluar dalam untuk dipakai, badanku terasa hangat apabila didakap dari belakang sebelum diangkat lalu diletakkan di atas katil. Kuzairi hanya tersenyum sinis sebelum menindih tubuhku yang bogel.
"Sayang main-main eh ? Ingat Abang nak lepas Sayang lah ? Dah cubit orang punya sakit lepas tu lari ," Kuzairi mencubit pinggangku perlahan. Aku tergelak akibat terlalu sensitif di bahagian itu sambil menggelengkan kepala. "Apa ? Apa geleng-geleng ?" Dia mencubit lagi di tempat yang sama.
"Tak nak ," kataku sambil ketawa . Dia tidak berpuas hati lalu mencubitku lagi. "Tak nak Kuzairi ," aku tergelak.
"Apa Kuzairi ? Siapa Kuzairi ?" Dia mencubitku lagi.
"Tak nak la Abang , baby , busuk , masam , manja , honey , darling ," makin gian aku ketawa. Dia juga ikut sekali tetapi tiba-tiba tawanya mati. Aku membuka mata lalu melihat dirinya yang sedang memandang dua aset kebanggaanku.
Terasa darah naik ke muka apabila ditenung seperti itu. "Jangan la tenung macam tu ," tanganku naik menutupi gunungku. Dia tersenyum manis sebelum mencium ubun-ubunku lalu ciumannya turun ke pipi dan yang terakhir ke bibirku.
"You're mine ," aku mengangguk. Entah kenapa laju sangat aku angguk pun tak tahu lah. "Tolong jangan pergi pada Armin lagi. Sayang tak tahu macam mana jelous dan sakitnya hati Abang ni bila dapat tahu Sayang tinggal dekat rumah Armin ," matanya kuyu dan mulutnya mencebik. Aku mencium sekilas bibir merahnya itu sebelum mengusap lembut kedua-dua belah pipinya.
"Tak , Sayang tak lari lagi. Tapi Abang kena janji something juga dekat Sayang ," dia mengangkat kening tanda menanyakan apa. "Jangan mabuk lagi please. Sayang tak nak Abang pu-pukul Sayang macam tu lagi ."
"Ya Abang janji. Abang minta maaf atas apa yang Abang dah buat pada Sayang," aku hanya mampu tersenyum. "Sayang ni seksi sangat la macam ni. Jangan goda Abang, Abang tak kuat ," aku ketawa sebelum menolaknya jauh daripadaku.
"Eii dah Abang pergi mandi. Busuk ," aku mencebik . Dia hanya menjelirkan lidahnya sebelum melangkah keluar dari bilikku. Setelah siap memakai baju, aku turun ke dapur untuk membuat sarapan kepadanya. Entah kenapa rasa gembira sangat bila dapat balik ke rumah ni.
Sedang aku menghidang nasi goreng di atas meja , Kuzairi berjalan masuk ke ruangan dapur sambil tersenyum-senyum. Dah kenapa laki aku ni ? Dia merapatiku dan apabila bibirnya hampir menemui bibirku, telefon di dalam poket seluarnya berdering. Kuzairi mengeluh panjang sebelum menjawab panggilan telefon tersebut.
"Ya Maira ada apa ?" Eh siapa pula Mairi ni ? Kekasih dia ka ? Tak baik fikir bukan-bukan Safa Qaisarah. Aku mengingatkan diri sendiri.
"Ya saya tak masuk pejabat hari ni. Awak tolong clear-kan jadual saya hingga Isnin minggu depan. Saya ingat nak ambil cuti jap ," ambil cuti ? Dia nak pergi mana ? Dia nak tinggalkan aku ke ? Ish dah la . Aku meneruskan kerja menghidang aku dan menunggunya di meja makan.
Seketika kemudian dia mengambil tempat duduk di meja makan. "Sedapnya bau. Untung Abang dapat isteri pandai masak macam Sayang ni ," aku sudah kembang apabila mendapat pujian daripada suami sendiri.
"Sayang , Abang rasa kita dua patut pergi bercuti la. Ye la , lepas kahwin hari tu pon kita tak pergi honeymoon , so Abang rasa sekarang masih belum terlambat kan ?" Bercuti ? Hatiku sudah melompat-lompat kerana terlalu gembira.
"Kita nak pergi bercuti dekat mana Abang ?"
"Mana-mana je yang Sayang nak," biar betul dia ni?
"Betul ?"
"Betul Sayang ." Dia mengangguk.
Walaupun aku sudah berasa gembira sekarang, hatiku tetap tidak tenang apabila mengingati perlakuannya sebelum ini. Betul ka dia sudah berubah ? Ataupun dia cuma agenda sendiri ? Macam mana kalau dia sakitkan aku lagi selepas ni ? Seribu satu persoalan datang menyinggah ke dalam fikiranku, membuatkan aku tidak senang duduk.
Namun sebaik mungkin aku menolak semua anggapan negatif itu. Mana tahu dia betul-betul dah berubah. Mana tahu Tuhan dah perkenankan doa aku ?
YOU ARE READING
Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]
RomanceOrang kampung kena paksa kahwin . K read prolog for more