012

53.1K 824 17
                                    

Tanpa buang masa , Armin menghadiahkan satu penumbuk di muka Kuzairi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tanpa buang masa , Armin menghadiahkan satu penumbuk di muka Kuzairi. Aku yang masih lemah hanya mampu terbaring di atas lantai sambil melihat Armin yang sudah hilang sabar.

"Kau ni dah kenapa Zairi ?!?! Yang kau pi pukul anak orang ni kenapa haa ??!? Kau dah gila ka setan ??!!!?"

"Kau diam Armin. Ni urusan aku dengan Safa ! Kau blah dari sini !!" Kuzairi cuba menumbuk Armin yang tidak jauh daripadanya namun Armin lebih cepat mengelak hingga pukulan Kuzairi tersasar jauh.

"Urusan Safa urusan aku juga. And dah sampai tahap kau sakitkan Safa macam ni memang aku dah tak kisah kalau kau ni kawan baik aku atau tak ."

"Kau jangan jadi bodoh Armin. Takkan disebabkan betina ni kau nak putuskan persahabatan kita ," Kuzairi tersenyum sinis.

Kolar baju Kuzairi digenggam erat oleh Armin sebelum satu lagi penumbuk dihadiahkan kepadanya. "Aku tak kawan dengan binatanglah sial !!" Tubuh Kuzairi ditolak hingga dia terjatuh di atas lantai.

Tubuhku dicempung oleh Armin sebelum semuanya menjadi gelap dalam penglihatanku.






Sedar-sedar sahaja aku terpegun melihat dinding bilik yang berwarna emas beserta gambar-gambar yang digantung pada dinding. Apabila aku cuba bangun dari terus berbaring, rasa sakit pada tulang belakangku memberhentikan pergerakanku. Bukan itu sahaja, kepalaku juga rasa seperti berpusing-pusing dan pipiku terasa tebal.

Aku cuba memejamkan mata , berharap agar kesakitan yang dirasai dapat meninggalkan tubuhku namun memori hari semalam datang menjelma dalam fikiranku, menambahkan lagi rasa sakit yang dirasai.

Tanpa sedar tanganku cuba menggapai sesuatu untuk menstabilkan tubuhku yang masih lemah tetapi tanganku tanpa sengaja telah menjatuhkan gelas yang berada di atas meja sebelah katil . Bunyi kaca yang pecah telah menarik perhatian seorang wanita tua yang mungkin dalam linkungan 50-an.

"Cik Safa okay ? Atau Cik nak saya telefon Encik Armin ?" Terburu-buru wanita itu berlari ke arahku. Tangannya sudah pun mengusap lembut pipiku yang ada kesan lebam di hujung bibirku.

"Mak-mak cik ni siapa ?" Soalan itu tanpa segan silu ku utarakan. Ni maid ke mak Armin ? Tapi takkan mak Armin nak panggil aku Cik . Ceihhh...

"Panggil je Mak Jah. Mak Cik ni orang gaji dalam rumah ni. Encik Armin yang bawa pulang Cik Safa semalam. Doktor Kamal pon dah datang periksa keadaan Cik Safa. Katanya semua okay cuma Cik Safa perlu rehat ," panjang benar mak cik terang. Tanya sikit ja hehh.

"Ouh.. Encik Armin mana ya ?"

"Encik Armin pergi pejabat jap. Nanti dia balik la. Kalau Cik Safa nak mandi, nanti Mak Jah bawakan tuala dan baju bersih untuk Cik. Mak Jah minta diri dulu ya Cik Safa ," belum sempat Mak Jah melangkah pergi meninggalkan aku, tangannya ku pegang membuatkan dia memandangku dengan penuh tanda tanya.

"Panggil saya Safa je ," Mak Jah cuma mengangguk sebelum keluar dari bilik. Alhamdulillah, ada juga aku jumpa dengan orang-orang yang baik hati seperti Mak Jah dan Armin. Haih Armin, baiknya kau. Untung siapa kahwin dengan kau nanti.

Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]Where stories live. Discover now