016

51.5K 660 19
                                    

"Sayang ni kenapa ? Asyik tersenyum dari tadi ja ," aku mencium lembut pipi gebunya sebelum bibirku mendarat di bibirnya yang seakan-akan memanggilku untuk menyentuhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang ni kenapa ? Asyik tersenyum dari tadi ja ," aku mencium lembut pipi gebunya sebelum bibirku mendarat di bibirnya yang seakan-akan memanggilku untuk menyentuhnya. Muka merahnya setelah mendapat ciuman yang tidak disangka. Lenganku dicubit sebelum melihat keadaan sekeliling.

"Sayang ni kan , suka sangat cubit Abang. Sayang suka makan ketam ke apa?"

"Abang tu gatal sangat. Ada ke cium sayang dekat sini. Kalau ada orang nampak macam mana ?" Dia menjenggilkan mata, seolah-olah sedang marah benar terhadapku. Aku hanya tergelak perlahan sebelum menariknya rapat kepadaku.

"Biar la kalau diorang nampak pon. Kita ni kan suami isteri, kita ni halal. Buat apa nak malu ? Lagi pon ni flight first class sayang, kebanyakkannya Dato' Datin je, mesti diorang dah biasa punya," hidungnya ku cubit perlahan. Dia hanya menggeleng sebelum meletakkan kepalanya di bahuku.

Entah kenapa aku betul-betul rasa lega, bahagia, seronok apabila bersamanya. Aku rasa ini semua satu perubahan yang sangat drastik. Dari benci bertukar sayang. Tapi di mana pula tempat Maisarah di hatiku ? Aku still sayang dia ka ?

"Abang dengar cakap tak sayang cakap ni?" Lenganku digoncang-goncang agar dapat menarik perhatianku.

"Kenapa sayang?"

"Penat ja sayang cakap. Abang tak dengar pon," dia sudah mencebik sebelum melepaskan genggamannya di lenganku lalu memandang ke arah lain.

"Abang minta maaf la sayang. Kenapa ? Sayang cakap apa ?" Dia hanya menggeleng lalu memejamkan mata. Dah merajuk pula bini aku ni. "Sayang , abang minta maaf ye ," aku mengusap lembut pipinya namun tiada sebarang reaksi daripadanya. Ni merajuk sungguh ni.

Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pernebangan kami kerana mungkin dia memerlukan masa dan ruang sebentar. Tidak lama kemudian kami pon mendarat di Lapangan Terbang Langkawi dan kami mengambil bagasi lalu keluar dari kawasan airport.

Pemanduku yang telah menunggu kami bertindak pantas dengan mengambil bagasi dari tangan kami dan dimasukkan ke dalam bonet kereta. Sehingga sekarang mulutnya masih rapat terkunci. Entah apa la yang dia terasa hati sangat. Aku cuma mendiamkan diri.

Setibanya kami di villa Uncle Wan iaitu abang kepada ayahku, kami meletakkan barang-barang di dalam bilik sebelum merebahkan diri di atas katil. Terlalu letih rasanya walaupun tidak berbuat apa-apa lagi. Safa juga turut berbaring di sebelahku namun masih mempunyai jarak antara kami berdua.

Aku kemudiannya merangkul pinggangnya lalu menariknya dekat kepadaku. "Sayang kenapa merajuk ni?" Dia hanya menggeleng sebelum memejamkan mata. "Sayang , malam nanti kita pergi dinner dekat satu tempat yang special okay ?" Dia hanya mengangguk.

Rasa penat menguasai diriku dan membuatkan kelopak mataku makin berat lalu aku tertidur di samping Safa. Kehangatan badannya membawa aku ke alam fantasi yang lebih indah dari duniawi.

Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]Where stories live. Discover now