003

68.1K 1.1K 86
                                    

Sedang aku mengemas ruang tamu yang sangat semak disebabkan mereka yang menonton bola semalam , pintu utama diketuk berulang kali oleh seseorang. Aku meninggalkan vacuum dan berlari anak untuk membuka pintu.

Aku sedikit terpinga apabila melihat Armin yang segak berpakaian tux berwarna hitam dan tie merah. Dia juga mempamerkan senyuman manis kepadaku.

"Kuzairi mana ?" Tanyanya lembut kepadaku. Gentle gila mamat ni. Ni baru calon suami yang baik. Melepas aku.

"Tidur lagi . Ar- Encik Armin buat apa dekat sini ?"

Dia melangkah masuk dan terus menuju ke ruang tamu. "Saya rasa saya tertinggal dompet dekat sini. Awak ada nampak tak ?"

"Tak pula ." Kami pon mulalah mencari dompet Armin dan hampir 30 minit diluangkan untuk menemui dompetnya yang terjatuh di bawah sofa.

"Thanks Safa sebab tolong saya cari dompet ni ." Tanpa disangka Armin merapatkan jarak di antara kami dan membelai lembut pipiku. Matanya menusuk tepat ke dalam anak mataku dan aku mula hanyut dalam sentuhannya. Feeling gila dia ni.

"Saya tak pernah jumpa perempuan secantik awak Safa ." Armin mula mendekatkan mukanya denganku membuatkan aku terpaku. Dia ni nak buat apa ni? Taknak la aku kiss dia ni. Suami sendiri pon tak pernah pegang aku sampai macam ni sekali.

"Armin !!" Suara Kuzairi bergema di segenap ruang membuatkan kami dua terkejut lalu berundur dari diri masing-masing.

Muka Kuzairi mula kemerah-merahaan seperti menahan marah. Eleh , relix la mamat ni. Nak bebai kenapa ? Semalam rilex ja kau sakitkan hati aku. Takkan hari ni aku nak mesra-mesra dengan laki lain tak boleh pulak ?

Memang tak boleh pon.

"Kau buat apa datang sini pagi-pagi ?" Kuzairi tanya dengan nada yang serius. Scary ah mamat ni marah.

"Aku tertinggal dompet aku semalam. Tu datang nak ambil balik. Lagipun saja la nak jumpa Safa ni , rindu ." Wrong answer Armin.

"Dah dapat dompet kan ? Balik lah tunggu apa lagi."

"Okay okay . Safa , awak ada number telefon tak ?" Armin memandangku sambil menunggu jawapan. Aku mengangguk perlahan-lahan mengenangkan telefon cikai yang dibawa dari kampung. "Okay bagi number telefon awak dekat saya . Nanti boleh la kalau nak contact awak lepas ni ." Armin menghulurkan iPhone 7 nya dan aku meletakkan number telefonku ke dalamnya.

"Dah ."

"Okay thanks baby ," dia sempat mencium dahiku sebelum melangkah keluar dari rumah itu. Rasa panas ja pipi ni. Melting beb.

"Seronok lah tu ? Dah dapat umpan lelaki kaya macam Armin tu ." Ujar Kuzairi yang menonton aksi kami berdua sebentar tadi.

Aku pura-pura tidak mendengar kata-katanya lalu menyambung aktiviti mengemasku yang tergendala sebentar tadi. Sedang aku mengangkat bantal yang terletak di atas lantai, terasa seperti pinggangku dipegang kasar oleh seseorang.

"Apa awak ni ? Lepaslah rimas ." Aku meronta-ronta dalam genggamannya.

"Kau dengar sini Safa , aku ni suami kau. Aku tak suka kalau kau rapat dengan jantan lain even bestfriend aku sendiri. Kau faham tak ?"

Aku melepaskan diri dari genggamannya lalu memusingkan badan untuk menghadap mukanya yang bengis . "Biar lah kalau saya nak rapat dengan Armin pon. Awak rapat dengan perempuan lain boleh pula ?"

Dia melangkah ke hadapan dan aku mengambil langkah ke belakang. "Aku nak buat apa tu suka hati aku. Kau tu patut bersyukur tau aku ni nak kahwin dengan kau. Kalau tak adik kau tu dah lama mati tau ."

Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]Where stories live. Discover now