Panas betul hati aku sampai sekarang. Berani orang tua kerepot tu sentuh hak aku. Bengang betul rasa. Sampai saja di rumah aku terus masuk ke dalam bilik dan menukar baju. Safa hanya mengikuti langkahku . Semasa aku baring di atas katil , Safa datang menyentuh dadaku.
"Abang jangan la diam macam ni ," aku cuma mengalihkan pandangan ke arah lain. Bukan aku marah dia , tetapi hati ni masih panas lagi. Tak mampu nak bercakap dengan dia, takut-takut aku termaki dia pula. Aku dapat merasakan pergerakannya turun dari katil. Aku cuba melelapkan mata agar dapat melayar bahtera ke alam mimpi namun hati tidak rasa senang. Aku kalih ke sebelah kanan , tempat tidurnya kosong. Mana Safa ni ?
Aku turun dari katil dan keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Aku ternampak susuk tubuhnya sedang baring di atas sofa. Makin aku mendekatinya baru aku perasan dia telah hanyut dibuai mimpi . Tubuhnya ku dekati sebelum duduk di sisinya sambil membelai wajahnya yang lembut . Perlahan-lahan matanya terbuka.
"Kenapa tidur dekat sini ?" Soalku perlahan.
"Safa takut abang marah Safa ," jawabnya lembut . Aku cuma menggelengkan kepala , rasa bersalah mula terbit di hati.
"Tak , abang tak marah Safa . Abang marahkan orang tua tu tadi . Dah jom tidur dengan abang. Kita ada projek nak dibuat ," kataku sambil mengenyit mata di penghujung ayat. Mukanya bertukar merah sebelum memukul manja dadaku. Tubuhnya cepat-cepat ku cempung sebelum lari memasuki bilik. Erm apa lagi .. projek la kita malam ni .....
****
Mataku terbuka luas apabila secara tiba-tiba pintu bilik dibuka . Muncul wajah Maisarah yang mempunyai senyuman namun pudar begitu saja apabila melihat kami berdua di atas katil.
"Kuzairi !!!!!" Jeritannya yang bengit berjaya mengejutkan Kuzairi daripada tidur lenanya. Kuzairi juga terkejut melihat Maisarah muncul di muka pintu. "Apa ni ???? You curang dengan I ke? Sampai hati you ."
"Tak baby , please dengar penjelasan I dulu . Baby please ," Maisarah lari bersama bagasinya . Kuzairi pula cepat -cepat menyarungkan baju dan seluarnya .
"Abang nak ke mana ?" Cepat sungguh dia lupakan aku bila kekasihnya muncul semula . Aku ingatkan dia dah tiada apa-apa dengan Maisarah . Aku salah , dia masih sama .
"Abang kena kejar Maisarah dulu ," aku pon cepat -cepat sarungkan baju dan mendekatinya.
"Tapi kenapa ?? Sa-Safa kan isteri abang ," air mata mula bergelinang , menunggu waktu untuk mengalir membasahi pipi.
"Safa please kita bincang kemudian ," dia hendak melangkah keluar dari bilik namun tangannya cepat ku capai , memberhentikan langkahnya.
"Abang jangan lah pergi . Safa isteri abang ," ujarku separuh merayu.
"Safa tolong faham abang sekarang. Maisarah tu kekasih abang selama dua tahun tau . Takkan sebab Safa Abang nak putus dengan dia . Please let me go now we will talk about this later !!" Tanpa melihatku sekali lagi , dia terus keluar dari bilik meninggalkan aku keseorangan .
Sebaknya rasa hati bila suami buat macam ni . Sanggup pilih perempuan lain berbanding isteri sendiri . Tanpa berfikir panjang , aku mengambil bagasi dan mengisi pakaian-pakaian ke dalam bagasi.
***
. Thank you !!!! 💛💚💙🖤❤️
70K and you guys dapat next update ❤️
YOU ARE READING
Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]
RomanceOrang kampung kena paksa kahwin . K read prolog for more