Dah seminggu lamanya Safa menghilang. Ke hulu ke hilir aku mencari dah macam orang gila . Seminggu rumah ku sepi tanpa dia, seminggu juga aku dah tidak makan masakan dia. Aku rindukan Safa , rindu sangat-sangat.
Air kencing setan ini ku teguk sekali lagi. Kepalaku terasa sangat berat, tetapi masih tidak seberat beban merindui isteri yang tersayang. Sayang ? Aku sayang Safa ka?
Bunyi kuat muzik yang dipasang serta suara orang-orang berseronok di disco ini sudah tidak ku kisah lagi. Hanya Safa Qaisarah saja yang berada dalam fikiran ku, 24/7 . Aku rindu akan belaiannya yang lembut, suaranya yang merdu , matanya yang menyimpan seribu satu perasaan serta senyumannya yang mampu membuat aku tersenyum juga.
Bahuku disentuh lembut dalam cara menggoda oleh siapa lagi kalau bukan Maisarah. Sejujurnya Maisarah sekarang bukanlah Maisarah yang aku cinta dulu. Sekarang ni dia bukanlah sesiapa bagi aku. Aku dah tak kisah.
"Baby ," menggoda. Apabila aku tidak memberi sebarang reaksi , dia meneruskan usaha untuk menggodaku dengan cara meletakkan tangannya di atas pahaku. "Dah lama kita tak jumpa. You tak rindu I ke ?"
Aku menepis tangan dari terus mengurut lembut pahaku. Dah tak ada nafsu untuk kau la perempuan . Mukanya bertukar merah apabila aku bertindak sedemikian.
"You ni kenapa ?"
"Just go away Maisarah. Tak ada mood ni ," bentakku.
"Kalau tak ada mood pon jangan la layan I macam ni. I'm your girlfriend Zairi ," dia menarik mukaku ke arahnya.
"Sudah la Maisarah. You're not my girlfriend anymore. I've a wife !! And because of you I lost her now . Just get out from my life . I don't want you anymore ," sebelum aku sempat beredar dari situ, tangannya menarik pergelangan tanganku.
"So you treat me like shit now ? I'm your girlfriend for two years and now you throw me away. It's okay Zairi , wait and see ," tanpa berlengah lagi terusku beredar dari tempat maksiat itu dan pulang ke rumah.
Aku harus cari Safa . Saat aku mula menutup mata untuk tidur , aku teringat akan sesuatu . Melaka . Kampung Safa . Mungkin dia ada di situ . Siapa tahu ? Pagi esok aku akan ke Melaka . Demi mencari permata hati yang sudah hilang.
Safa Qaisarah Ahmad Rasyidi.
***
"Kak Safa , cepat lah !! Tak sabar ni ," kata Adik Am sambil menarik-narik tanganku menuju ke arah Menara Taming Sari. Ini bukan kali pertama Adik Am keluar berjalan ke kota, tapi dia masih lagi teruja untuk melakukan semua aktiviti. Dari naik Kapal Cruse (idk what it call hehe) , menaiki beca dan lain-lain .
"Iyaa sabar ," aku , Adik Am dan Nana menuju ke kaunter pembayaran untuk membeli tiket untuk tiga orang. Setelah selesai melakukan pembelian tiket, kami duduk di tempat menunggu untuk menunggu giliran menaiki menara tersebut. Banyak perkara yang kami bualkan bersama sehinggalah Adik Am mengadu lapar .
YOU ARE READING
Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]
Любовные романыOrang kampung kena paksa kahwin . K read prolog for more