Senyuman yang menghiasi wajahku saat melihat dia melangkah masuk ke dalam rumah pudar apabila melihat jelingan matanya yang penuh dengan rasa kebenciaan. Inilah Kuzairi yang aku mula-mula kenal di saat awal perkahwinan kami, Kuzairi yang bencikan aku. Wajahnya yang dingin berlalu menuju ke bilik tanpa menghiraukan aku yang menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.
Takpa Safa , mungkin dia penat.
Aku mengikuti langkahnya ke bilik kami. Sampai sahaja di dalam bilik, Kuzairi mula menanggalkan pakaiannya. Sempat aku lihat kesan ungu yang melekat di lehernya. Tapi, takkan lah dia nak ..
He better not.
"Safa dah masak makan malam untuk kita ," ujarku.
"Tak nak. Kenyang ," jawabnya mendatar tanpa melihat ke arahku. Aku mendekati tubuhnya lalu memeluknya dari belakang. Sunggu aku rindukan suamiku.
Dengar kasar dia melepaskan dirinya daripada pelukanku. Membuatkan aku terasa hati dengan perbuatannya. "Abang kenapa ni ?" Soalku perlahan sebelum berdiri di hadapannya.
"Apa yang kenapa ? Orang penat la takkan tak faham ," jelingannya sebelum berbaring di atas katil. Aku duduk di penjuru katil sebelum mula mengurut kakinya. Sudah menjadi kebiasaan bagiku untuk mengurut kakinya selepas dia pulang dari kerja. "Aku nak tidur lah . Kau jangan kacau aku boleh tak ?" Kakinya ditarik daripada pegangan aku. Apa masalahnya kali ini sampai panggilan pun dah bertukar .
"Apa masalahnya kali ni abang ? Tiba-tiba ja abang dingin dengan Safa. Kalau Safa ada buat salah bagitahu lah Safa. Jangan diam begini ," ujarku dalam nada yang lembut.Api tidak dapat dilawan dengan api.
Kuzairi bangun dari katil lalu mencapai beg kerjanya. Sekeping sampul surat berwarna putih dikeluarkan lalu dibaling tepat ke arahku. Isi kandungan sampul tersebut yang jatuh di atas lantai aku kutip satu per satu. Alangkah terkejutnya melihat semua gambar-gambar aku ketika berkunjung ke rumah Armin.
"Apa kau nak cakap sekarang ?" Mukanya bertukar merah , tangannya mengenggam penumbuk. "Kau ni nampak saja macam wanita baik tapi bila aku tiada di rumah kau pergi berzina dengan lelaki lain !!" Tengkingnya menghambur kemarahan yang berapi-api kepadaku. Aku pula sudah berada dalam ketakutan.
"Tak abang. Abang jangan menuduh Safa macam tu. Abang tak tahu perkara sebenar ," aku cuba mencapai tangannya namun tangan tersebut sudah terlebih dahulu hinggap di pipi kiriku. Air mataku mengalir deras di saat menahan kepedihan daripada tamparannya itu.
"Apa yang aku tak tahu ? Kau bohong aku ! 6 bulan kau bohong aku hidup-hidup. Aku sayang kau aku cinta kau, tapi ni apa yang kau balas dekat aku ? Tak cukup ka semua perubahan yang aku buat demi kau , sekarang kau mainkan aku macam ni ? Apa yang kau nak sial ?"
"Abang dengar la dulu penjelasan Safa . Jangan la terburu-buru macam ni," tanpa menunggu sesaat lagi, Kuzairi berlalu pergi keluar dari rumah.
Terduduk aku di lantai menangis seorang diri. Apa la pula cubaan kali ini? Baru sahaja aku mimpikan sebuah kebahagiaan yang indah bersama Kuzairi dan zuriat kami, namun masalah datang lagi , cuba meruntuhkan rumah tangga kami.
Agak-agak Kuzairi pergi mana ?
Agak-agak kenapa Safa pergi rumah Armin ?
Vote for more .
YOU ARE READING
Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]
RomanceOrang kampung kena paksa kahwin . K read prolog for more