017

45.5K 662 17
                                    

"Lawa sungguh sayang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lawa sungguh sayang ni. Tergoda abang ," tubuhnya masih melekat pada diriku sambil tangannya merayap ke bawah dress yang dipakai untuk memegang punggungku.

"A-Abang apa ni? Malu lah kalau ada orang nampak macam mana ?" Aku mula memukul manja dada bidangnya . Dia tersenyum sinis sebelum menghadiahkan satu ciuman lagi di pipi dan leher jinjangku. "Ish abang sudah la ," aku menampar dada bidangnya perlahan-lahan.

"Malu tapi mahu ," gelaknya sakan sebelum menarik tanganku menuju masuk ke dalam perkarangan restoran yang berkonsep Europe . Ramai sahaja lelaki yang memakai suit hitam seperti yang dipakai oleh Kuzairi manakala kaum hawanya pula memakai dress yang lebih seksi daripadaku. Aku jujur katakan ini kali pertama aku melangkah masuk ke dalam tempat seperti ini dan aku agak terpaku dengan gaya hidup orang mewah hari ini.

"Can I help you sir ?" Datang seorang lelaki tua yang memakai baju kemeja putih bersama tie merah. Mungkin penyelia di restoran ini.

"I want a private place for me and my wife ," lelaki itu hanya mengangguk sebelum membawa kami ke bahagian restoran yang dikatakan sebagai tempat private itu . Kami memasuki sebuah bilik yang luas dan hanya terdapat meja di tengah-tengah ruangan tersebut.

Lelaki itu segera mengambil pesanan dan keluar meninggalkan kami berdua . Tangan Kuzairi masih erat memegang tanganku walaupun kini dia berhadapan denganku.

"Sayang kenapa merajuk dengan abang tadi ?" Soalnya perlahan sambil mengusap lembut tanganku. Aku hanya tersenyum sebelum mengalihkan perhatianku ke arah lain. "Sayang abang tanya ni ," panggilnya sekali lagi.

"Saja ," jawabku bersahaja. Mukanya berkerut-kerut cuba memahami jawapan yang diberi. "Saja nak bermanja dengan abang. Tak boleh?"

"Sayang ni biar betul ?"

"Betul la . Kenapa ?"

Dia mengeluh panjang dan tersandar pada bangku. "Mati-mati la ingatkan sayang marah betul pada abang ," aku cuma tergelak kecil . "Sayang nampak cantik sangat macam ni. Tapi ni kali terakhir sayang pakai baju macam ni," aku pula yang berkerut-kerut cuba memahami apa yang dikatakannya.

"Ke-Kenapa ? Abang juga yang bagi baju ni pada sayang ."

"Ya abang tahu. Tapi sekarang abang dah menyesal. Kita masuk je tempat ni terus semua lelaki tenung sayang atas bawah. Terpukau dengan kejelitaan sayang. Abang tak nak sampai ada yang nak tackle sayang ," nadanya agak serius membuatkan aku berdebar .

"Tak lah abang . Tiada siapa pon nak dekat sayang ," dia cuma menggeleng.

"Dah, dengar cakap abang. Jangan nak melawan ," katanya agak kasar . Terasa hati kecil ini tapi aku hanya diamkan diri. Makanan yang dipesan pun sampai dan kami mula menjamah sambil berbual-bual. Sepanjang perbualan kami, aku baru tahu yang Kuzairi mempunyai abang di England dan hubungan mereka kurang baik. Aku juga dapat tahu yang rupanya Maisarah itu kawan baik Kuzairi sejak kecil lagi. Macam-macam lagi la.

"Jom sayang ," sewaktu kami berjalan keluar dari restoran, Kuzairi telah meminta diri ke tandas dan aku menunggunya di hadapan pintu masuk restoran. Bahuku secara tiba-tiba disentuh lembut oleh seseorang. Aku pandang ke arah belakang dan seorang lelaki tua memandangku atas bawah.

"Jom . Berapa ya ?" Tanyanya membuatkan aku pelik. Apa yang berapa ? Tangannya merangkul pinggangku sebelum menarikku rapat kepadanya.

"En-Encik ni kenapa ? Le-lepas la ," aku cuba melepaskan diri dari pelukannya. Mata lelaki itu penuh nafsu dan tangannya makin liar merayap ke seluruh badanku.

"Jom la. Saya tak kisah awak nak berapa banyak . Seribu ke dua ribu saya tak kisah. Saya tengah stim ni ," waktu itu baru ku dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh lelaki ini.

"Saya bukan pelacur lahhh !"

"Semua perempuan sama je ," sebelum sempat bibirnya mendarat di leherku , satu tumbukan padu dihadiahkan ke pipinya . Lelaki tua itu tumbang ke tanah dan mengerang kesakitan sambil memegang pipinya.

"Bini aku bukan macam perempuan lain sial ," lelaki tua itu terkejut apabila melihat Kuzairi muncul menyelamatkan aku. Kuzairi menarik aku agar aku berdiri di belakangnya.

"Tu-Tuan Kuzairi ? Sa-Saya tak tahu dia is-isteri tuan . Saya ingatkan dia pe-"

"Kau sebut perkataan tu kau mati esok."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Safa Qaisarah #wattys2018 [COMPLETED]Where stories live. Discover now