#1

13.2K 408 31
                                    


"Tunggu aku"

"Lari! Jangan tengok belakang!"

DUSHHHHH!

"Irish!!" sedar sahaja, Firash terus mengucap. Mimpi tersebut masih menghantui dirinya. Peluh dilap kasar.

"Astaghfirullahaladzim. Ya Allah.." ucap Firash. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Jam ditilik.

3.24 a.m.

Firash turun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai sahaja mengambil wuduk, Firash menunaikan solat sunat tahajjud. Kepalanya masih memikirkan tentang Irish.

Masih hidupkah dia? Ke manakah perginya si dia?

Usai menunaikan solat sunat, Firash duduk berteleku di atas sejadah. Wajah ditutup dengan tangan.

"Irish." Nama si gadis terpacul lagi dari mulutnya. Keluhan kecil dilepaskan. "It's been ten years, Irish. Awak kat mana?" soalan yang sama keluar lagi dari mulut Firash.

"Saya harap awak selamat. Saya rindukan awak." ujarnya perlahan.

Bingkai gambar Irish yang berada di tepi katil dicapai. Kenangan lalu menerjah kembali kotak fikirannya.

"Stop it! I don't like taking pictures!" ujar Irish dengan geram kepada Firash dan Delaila yang sedari tadi menangkap gambar bersamanya.

"But sis.. Your face really look like Hyejeong plus Krystal. Unique!" kata Delaila. "Siapa pulak Hyejeong dengan Krystal ni?" tanya Irish dengan kening yang bertaut.

Perlahan-lahan bibir Firash menguntumkan senyuman. Gambar Irish ditilik lagi.

"I miss you, my Ivy."

*****

"Woi! Awal bangun. Ada perjumpaan ketua pengawas ke?" perli Aizad yang sedang menonton Adventure Time sambil menikmati Mister Potato.

Firash mengeluh. "Kita dah 27 tahun. Bukannya 17. Perjumpaan apa nya? Kita dah lama graduate kot. Aku mimpikan dia. Lagi." ujarnya lalu melabuhkan punggung di sebelah Aizad.

Pelipisnya diurut. Pening dan rimas dengan situasi yang menghantuinya sejak kehilangan Irish 10 tahun yang lalu.

"Weyy.. Kau ni. Kau kena redha dengan pemergian dia. 10 tahun dah. Bukannya 10 hari. Kau rasa dia masih hidup ke?" tanya Aizad.

Berapa kali dah dia ulang pertanyaan tersebut. Dah berbuih dah mulut dia ulang soalan tu. Sampai dah hafal ayat tu. Aizad meneruskan menonton rancangan Adventure Time yang disiarkan.

Baik dia layan Fyyn dengan Jake daripada mamat ni. Rasa nak luku je.

"Aku redha. Tapi mimpi tu tetap menghantui aku. Apa aku nak buat? Kau pun tahukan." ujar Firash. Sejujurnya, dia juga sudah penat dengan semua ini. Penat menghadap mimpi itu berulang-ulang kali.

"Kau kena ingat. Mimpi tu hanya mainan tidur. Kalau lah mimpi kau tu betul dan Irish masih hidup, kenapa dia tak cari kita?" tanya Aizad.

"Aku tak tahu. Tapi setiap hari, aku dapat rasa yang dia masih hidup." ujar Firash. Rambut yang sudah sedia kusut, dikusutkan lagi. Rimas wey!

I Love You, I Remember You [C] Where stories live. Discover now