Firash memandang wajah bersalah Qaira dengan wajah yang tegang. Dah empat hari Qaira mengelak dari berjumpa dia. Kalau terserempak, mesti Qaira akan lari.
Hari ni, dia datang ke butik milik mummy Qaira untuk berjumpa dengan Qaira. Puas dia main kejar-kejar dengan Qaira kat dalam butik tu tadi, dia dapat jugak tarik Qaira ke Whistle Cafe untuk berbincang. Atau lebih tepat, membebel.
"Aku dah cakap jangan bawa Irish keluar. Aku suruh kau jaga dia tapi apa kau dah buat? Kau buat dia masuk hospital," kata Firash.
Kalini dia agak kejam. Semua nak salahkan Qaira.
"Tapi sebelum keluar tu dia okey je! Manada sakit kepala! Aku mana tahu yang dia nak pengsan! Aku tak salah!" ujar Qaira.
"Hah menjawab!"
Qaira menggigit bibirnya. Masaklah dia kena bebel kali ni. "Kalau kau tak salah, kau takkan larikan diri daripada aku laa," kata Firash.
"Aku suruh kau jaga dia. Itu je! Bukannya susah pun. Itu pun tak boleh nak handle!" marah Firash.
Qaira menunduk. Asyik-asyik dia yang kena.
"Aku dah janji dengan Salsha dan Marrisa. Kau pulak tak kasi aku tinggalkan Irish so aku bawa sahaja lah. Aku tak expect yang dia akan pengsan!" Qaira back up diri dia sendiri.
"Eh budak ni! Tak boleh ke kau postpone janji kau dekat Salsha dengan Marrisa tu? Tak pun kau call laa aku. Bagitau yang kau nak keluar. Aku boleh hantarkan bodyguard untuk jaga Irish semasa kau takde!" marah Firash lagi.
"Aku dah call la! Kau yang bahalol sangat off kan phone! Jangan nak salahkan aku!" jerit Qaira lalu berlari keluar dari cafe tersebut. Kepala dia serabut! Semua orang nak salahkan dia.
Semalam kucing jiran dia hilang, dia juga yang kena. Kunci Salsha tertinggal kat pejabat Miss Hyuna pun dia yang kena.
Semua nak salahkan dia ni dah kenapa? Tak ada orang lain lagi ke untuk dimarahkan? Ingat muka dia ni tempat untuk lepaskan marah, sakit hati, semua tu?
Elok-elok dia jaga perasaan orang. Perasaan dia? Seorang pun tak ambil tahu!
"Benci! Benci! Benci!! Semua salah aku! Pabo Qaira! Haishh!!"
Qaira mengetuk kepalanya sendiri.
****
"Aku nak tolong kau dapatkan Azri," ujar Irish kepada Sofia.
Tadi dia ke pejabat Azri untuk berjumpa dengan lelaki itu namun dia terus menukar rancangannya setelah terserempak dengan Sofia.
Dahi Sofia berkerut.
"Bukan kau suka dia ke?" tanya Sofia.
Irish ketawa kecil.
"Aku tak anggap Azri lebih dari seorang kawan. Kalau lebih pun hanya sebagai seorang abang," kata Irish dengan ikhlas.
"Dia yang gilakan aku. Aku tak berniat pun nak jadi orang penting dalam hidup dia. Dia tu tak akan pernah dapat buat hati aku sayangkan dia lebih daripada seorang sahabat dan abang," sambung Irish lagi.
"Tapi kenapa? Dia ada banyak daya tarikan. Macam mana kau boleh tak tertarik?" soal Sofia.
Terlalu tinggi ke taste si Irish ni sampai Azri pun dia tolak?
"Sebab aku sayangkan orang lain. Aku cintakan orang lain," jawab Irish. Mudah je jawapan dia.
Sofia mengangguk.
"Kau nak aku tolong tak?" tanya Irish lagi.
Sofia mengangguk sambil tersenyum.
"Thanks, Irish! Aku ingatkan kau rival aku," kata Sofia dengan senyuman. "No hal lah. Lagipun aku rasa kau sesuai untuk Azri. Dua-dua tinggi. Tau laa aku pendek. 172 cm je,"
![](https://img.wattpad.com/cover/89235453-288-k832316.jpg)
YOU ARE READING
I Love You, I Remember You [C]
LosoweKehilangan Irish yang menjadi tanda tanya semakin dilupakan oleh semua orang kecuali Firash. Firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu masih hidup. Namun, dia cuba untuk melupakannya.Munculnya kembali si gadis menjadi kejutan terhebat buatnya. Ke...