Azri mengeluh perlahan.
"Outstation lagi." bebelnya. Azri menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Mata dipejam erat.
"Irish.. Macam mana kalau dia terjumpa Firash? Macam mana kalau dia ingat balik pasal dulu?" tanya Azri kepada dirinya sendiri.
"Tak boleh. Irish milik aku." tekadnya.
****
Adam dan Irish melangkah masuk ke dalam bangunan FH Holdings. Mereka disambut oleh penyambut tetamu yang bertugas.
Irish hanya mengikut langkah Adam dari belakang. Setibanya di hadapan tingkat ke-15, mereka berdua berjalan ke pejabat Tengku Firash.
Kiara yang menyedari kehadiran mereka terus berdiri dan menyapa mereka berdua.
"Selamat pagi, Encik Adam dan Cik Irish. Tengku tengah tunggu kat dalam," beritahu Kiras dengan senyuman.
Dia kemudiannya mengetuk pintu pejabat Firash.
"Masuk," terdengar arahan Firash dari dalam. Mereka bertiga masuk setelah dibenarkan.
"Tengku, Encik Adam dah sampai." kata Kiara. Firash yang sedari tadi meneliti fail terus mengangkat kepalanya.
"Duduklah," pelawa Firash. Adam dan Irish duduk seperti yang diarahkan.
"Okey, untuk projek ni. Saya nak..........." Firash mula berbincang mengenai projek yang perlu dia kendalikan bersama Adam.
Tidak lama selepas itu, Kiara masuk dengan sebuah dulang. Di atas dulang itu, terdapat 3 mug coffee yang disediakan khas untuk ketiga-tiga mereka.
Irish tekun mencatat apa yang perlu.
Firash memerhati Irish dalam diam agar tidak disedari oleh Adam.
Hampir sejam mereka berdua berbincang mengenai projek tersebut. Jam pula sudah menginjak ke pukul 1.30 p.m.
Adam mempelawa Firash bagi menyertai dia dan Irish untuk makan tengahari. And yup, of course Firash berbesar hati untuk menyertai mereka berdua.
Mereka menaiki kereta Adam untuk ke restoran.
Selepas memesan makanan, Adam memulakan perbualan.
"Well, Tengku takde girlfriend ke? Takkan lah muka hensem macam ni takde girlfriend," seloroh Adam.
Firash tersenyum.
"Tak. Saya single lagi. Oh ya, memandangkan kita kat luar. Tak payah lah formal sangat. Panggil saya Firash je," ujar Firash dengan senyuman.
Dijeling sekilas Irish yang sedang bermain telefon sambil tersenyum.
"Then, panggil saya Adam sahaja." kata Adam pulak. Firash mengangguk.
"So, awak ada girlfriend ke Adam?" tanya Firash. Adam tersengih. Tangan diangkat. Cincin dijari ditunjuk.
"Dah bertunang dah pun. Tinggal nak kahwin je. 4 bulan je lagi," kata Adam dengan riak bangga.
"Awak pulak Cik Irish? Ada boyfriend?" tanya Firash secara tiba-tiba. Irish yang sedari tadi leka bermain telefon mengangkat kepala.
"Err.. Apa soalan Tengku tadi?" tanya Irish. Dia agak blank sekarang ini.
"Saya tanya. Awak ada boyfriend ke?" tanya Firash lagi sekali. Irish menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tak." jawab Irish sepatah. "Azri tu apa?" perli Adam. Irish mencebik.
"Apa ni! Alaaa.. Nad dengan Azri cuma kawan je lah." bentak Irish.
Dan mulalah sesi perbalahan antara Irish dan Adam.
YOU ARE READING
I Love You, I Remember You [C]
De TodoKehilangan Irish yang menjadi tanda tanya semakin dilupakan oleh semua orang kecuali Firash. Firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu masih hidup. Namun, dia cuba untuk melupakannya.Munculnya kembali si gadis menjadi kejutan terhebat buatnya. Ke...