Elisya memerhati sekelilingnya. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati. Ditambah lagi dengan perasaan takut.
Langkah dipercepatkan ke keretanya. Beg tangan digeledah mencari kunci kereta.
Belum sempat Elisya masuk ke dalam kereta, tubuhnya ditarik lalu dihempas di tepi kereta.
Elisya mengeluarkan pistol yang terselit di tepi pinggang lalu mengacukan pistol tersebut ke arah manusia yang menolaknya tadi. Namun, pistol itu sempat ditepis oleh manusia tersebut.
Mask yang menutupi wajah manusia itu diturunkan.
"A-azri.."
Azri tersenyum sinis. Satu tamparan hinggap di pipi Elisya.
"Ni sebab kacau rancangan aku,"
Satu penumbuk dihadiahkan pada perut Elisya. Terasa senak. Elisya mengerutkan dahi sambil memegang perutnya.
"Tu sebab tak dengar amaran aku haritu. Kau anggap ni sebagai balasan," kata Azri.
Kemudian tubuh Elisya dicempung lalu ditolak masuk ke dalam kereta nya.
Elisya cuba memberontak namun gagal apabila abdomennya ditumbuk lagi sekali oleh Azri. Azri mengeluarkan alat suntikan yang sudah diisi dengan ubat penenang lalu disuntik di lengan Elisya.
Senyuman sinis nya lagi sekali lagi menghiasi bibir apabila Elisya sudah berhenti meronta atau lebih tepat telahpun pengsan akibat penangan ubat tersebut.
Dia menutup pintu lalu masuk ke tempat pemandu sebelum memandu ke gudang lamanya.
"Satu tumbang, ada lagi 8. Siapa lagi. Qaira ke Marrisa? Dua-dua pun boleh kan," Azri ketawa serupa orang gila.
Elisya yang pengsan di belakang dijeling sekilas.
"Dendam aku kat kau akan terbalas dan rancangan aku akan jadi lebih mudah. Bodoh kau Elisya,"
****
Iriz ketawa melihat telatah Doraemon dan Nobita yang tersiar di kaca tv. Dia kini tinggal bersama Qaira. Elisya juga begitu.
"Wey, Iriz. Kau nampak Elisya tak?" soal Qaira yang baru sahaja selesai mandi. Tuala ditangan digunakan untuk mengelap rambut.
"Takde. Tadi dia keluar. Dia cakap dia nak pergi farmasi. Nak beli panadol. Kepala dia sakit," ujar Iriz. Matanya masih melekat memandang cerita kartun yang disiarkan.
Qaira mengangguk. Dia kembali semula ke bilik.
Iriz menjeling jam sekilas.
9.30 p.m.
"Lamanya Elisya keluar. Dari pukul 5 petang tadi kot," gumam Iriz sendirian.
Meanwhile (&)
Qaira mundar-mandir di dalam biliknya. Rasa tak sedap hati lah pulak. Macam haritu.
Iphone 5s nya dicapai. Nombor Elisya didail.
Drrttt.. drrrtt..
"Hello Elisya? Kau kat mana? Aku tak sedap hati ni. Baliklah," kata Qaira sebaik panggilan nya terjawab.
"Elisya? Hai Qaira. Suara aku kau tak cam? Huh!" terdengar dengusan dari Azri.
"Kau nak apa Azri?! Kau jangan buat benda gila!" marah Qaira.
"Aku tak buat benda gila pun. Aku cuma 'dera' betina tak guna ni sikit," kata Azri dengan tawa sinisnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/89235453-288-k832316.jpg)
YOU ARE READING
I Love You, I Remember You [C]
RandomKehilangan Irish yang menjadi tanda tanya semakin dilupakan oleh semua orang kecuali Firash. Firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu masih hidup. Namun, dia cuba untuk melupakannya.Munculnya kembali si gadis menjadi kejutan terhebat buatnya. Ke...