#19

4K 281 15
                                        

Elisya memakai hoodie hitam miliknya. Pisau lipat disimpan rapi di dalam kasut. Pistol diselit di tepi pinggang.

"Aku dah janji dengan warden tak nak pegang benda ni lagi. Warden-warden penjara. Maafkanlah saya," kata Elisya lalu melangkah keluar dari rumah sewa nya. Sebaik keluar dari penjara, dia terus mencari rumah sewa memandangkan dia terlalu malu untuk berdepan dengan ayah tirinya.

Mask digunakan untuk menutup identiti sebenar miliknya.

Elisya berlari anak menuju ke kereta milik Minghao. Minghao sudahpun menunggu Elisya dari tadi.

"Sorry lambat. I tengok tutorial lilitkan shawl tadi," Elisya tersengih. "Takpe takpe," ujar Minghao walaupun dia hampir mencarut tadi.

Destinasi seterusnya, apartment Azri.

Elisya perlu cari apa-apa petunjuk tentang rancangan Azri yang seterusnya.







***






Firash menghentikan keretanya di hadapan sebuah bangunan apartment seperti yang Minghao suruh tadi. Ada benda penting nak diberitahu katanya.

Jam ditilik.

21:01 p.m.

Tiba-tiba kereta milik Minghao lalu dihadapan Firash. Firash mencebik. Kelihatan Minghao keluar dari kereta.

"Amacam? Aku on time kan!"

Firash membuat muka toya.

"Kau lambat seminit," ujar Firash. Matanya tertacap pada figura seseorang yang berhoodie di dalam kereta milik Minghao.

"Siapa tu?" tanya Firash kepada Minghao.

"Elisya," jawab Minghao sepatah. Firash menjeling Minghao. "Nak gurau agak-agak laa. Elisya kat penjara, bongok. Eh kejap. Macam mana kau kenal Elisya ni?" soal Firash.

"Eh diam ah kau. Bising tau bising," marah Minghao lalu membuka pintu untuk Elisya. Gadis itu kelihatan takut-takut.

"Jangan laa takut, Elisya. Firash baik. Dia manusia bukan syaiton. Masih makan nasi. Belum pernah dengar dia makan orang," gurau Minghao. Firash ternga-nga. Aku dikatanya syaiton?!

Elisya tetap menunduk.

"I masuk. You guys wait here. Okay?" arah Elisya. Tanpa mendengar balasan daripada dua ekor beruk tu, dia mula berjalan ke lif bangunan apartment yang didiami oleh Azri.

Setahu dia, Azri takkan ada di rumah malam ini kerana hendak keluar bersama Irish. Itu lagi memudahkan kerjanya.









***







"Maafkan aku Azri. Aku tak pernah anggap kau lebih daripada seorang sahabat," ujar Irish. Azri mengeluh.

"Tolonglah Irish. Terima aku. Aku sayangkan kau. Sayang sangat-sangat!" kata Azri. Irish pula mengeluh. "Tapi aku tak ada apa-apa perasaan untuk kau. Tolonglah jangan desak aku. Ada banyak lagi perempuan kat luar sana," kata Irish dengan pandangan sayu.

"Lagipun, aku rasa aku dah terikat dengan seseorang. Lelaki tu selalu muncul dalam mimpi aku," sambung Irish. Dia cuba memancing Azri.

"Tak. Kau cuma sayangkan aku seorang je. Kau tak boleh suka dekat orang lain," ujar Azri. Anak matanya merenung tajam dengan tepat ke dalam anak mata milik Irish.

"Azri. Look. Aku tak nak persahabatan kita putus just because of this topic. Please. Matanglah sikit," nasihat Irish. Azri menggengam penumbuknya di bawah meja.

"Terima aku, Irish. Aku nak kau terikat dengan aku sepanjang aku outstation," rayu Azri lagi.

Irish menggigit bibirnya. Mata dipejam.

Mamat ni tak paham bahasa ke hape?! Aku taknak, taknak lah! Yang nak paksa lagi dah kenapa?! Rimas tau rimas?!

"Aku tak terima kau. Maafkan aku," ucap Irish lalu keluar dari restoran tersebut meninggalkan Azri.

Azri menunduk.

"Aku tak kira. Kau tetap kena terima aku!" gumam Azri perlahan.










***








"Hao. Siasat siapa perempuan ni," arah Elisya seraya melemparkan sekeping gambar ke atas meja. Firash mengerutkan dahinya.

"Tu perempuan yang serang Irish haritu," kata Firash.

Elisya berpusing. "K.. kau kenal perempuan ni ke?" soal Elisya. "Kalau kau kenal, senang lah sikit kerja aku. Hoho!" kata Minghao dengan teruja.

"Aku tak kenal dia,"

Minghao membuat muka. "Ingatkan kenal," gumam Minghao perlahan.

"Tapi kalau tak silap aku, nama dia Sofia. Haah! Sofia! Sebab masa dia serang Irish haritu, Azri tiba-tiba datang. Dia panggil perempuan tu, Sofia. Aku rasa Sofia tu nama dia," ujar Firash.

"Azri kenal perempuan tu?" soal Elisya lagi. Firash menjongketkan bahu tanda tidak tahu. "Tapi dari cara dia tegur perempuan tu, aku rasa dia benci perempuan tu," kata Firash.

"Lagipun perempuan tu macam sukakan dia," sambung Firash lagi.

"Minghao. You siasat pasal perempuan ni. Lepastu you hantar je budak you untuk awasi dia 24 jam tanpa pengetahuan dia sendiri. Jangan sampai terlepas. I takut dia mangsa pertama Azri," kata Elisya.

Minghao mengangguk manakala Firash mengerutkan dahinya. Kening bertaut.

"Kau pulak jaga Irish. Pastikan dia selamat," sambung Elisya. Kata-katanya itu merujuk kepada Firadh.

Firash yang tidak tahu apa-apa sekadar mengangguk.

"Aku akan uruskan Azri,"










****




Part ni hambar ean? Idea ada tapi mood takde. Semua ahli keluarga dok cakap pasal PT3 kitaorang for next year. Kitaorang yang jawab, bukan dorang. Jangan nak kutuk-kutuk😑😭 jung_soeun11 qira_littlepony habislah kita😭

I Love You, I Remember You [C] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang