#5

5.1K 278 22
                                        


"Astaghfirullah. Kau kenapa babeng?! Kalah dah! Hesy!" rungut Firash. Game Pou ditutup. Telefon disimpan. Wajah takut Aizad dipandang dengan pandangan sakit hati.

"A-ak-aku n-nampak h-hantu!" kata Aizad dengan gagap. Dahi Firash berkerut.

"Kat mana?" tanya Firash. Curious jugak dia sebenarnya. "Awal gile hantu tu beroperasi. Malam tadi taknak kacau." gumam Firash.

"Tadi aku pergi balkoni. Pastu aku nampak hantu. Muka dia m-macam I-Irish." terketar-ketar Aizad memberitahu Firash.

"HAHAHAHAHAHAHAHAH!" meletus ketawa Firash dibuatnya.

"Kau kenapa ketawa?! Aku cakap betul-betul lah!" marah Aizad. Firash tidak menjawab sebaliknya terus ketawa dan ketawanya menjadi semakin kuat.

"Jarang weyh nampak kau macam budak kecil! Mana ada hantu siang-siang, bahangang! AHAHAHAHAH!" ujar Firash dengan sisa tawanya.

Aizad mengetap gigi.

"Bila kali terakhir kau makan kaki aku?" tanya Aizad.

"Ayat lapuk, bahabi! Sila meninggal! AHAHAHAH!" sambung Firash lagi.

Aizad memutarkan bebola matanya. 'Sejak bila Firash layan video Luqman ni? Sila meninggal bagai. Aku baling dengan kamus, kang! Eh, takboleh! Selagi Firash tak kena penyakit wicet, kamus tu perlu simpan. Mana tahu berguna," ujar Aizad dalam hati. Sekejap menggeleng sekejap mengangguk.

"Kau kenapa, syaiton?! Terangguk-angguk. Lepastu menggeleng. Skru tercabut?" soal Firash.

"Woi! Aku manusia! Syaiton tu kau! Hmmph!" ujar Aizad lalu masuk ke dalam biliknya.

Sebaik sahaja Aizad masuk ke dalam bilik, Firash mengeluh.

"Sorry, Zad. Buat masa ni aku tak nak orang lain tahu pasal kewujudan Irish," kata Firash lalu memakai kot nya. Jam sudah menginjak ke angka 7 pagi.

"Woi, Zad! Aku keluar dulu!" jerit Firash lalu menutup pintu apartmentnya. Langkah diatur ke lif.

Sebaik sahaja Firash sampai ke bawah, Firash terus ke arah keretanya.

Tiba-tiba, Firash terlihat figura Irish dan,

"Azri?"

****

Irish menjongketkan sebelah keningnya.

Wajah Azri dihadapan ditenung. "Bikyeo. (Ke tepi)" ujar Irish kepada Azri. "Nope! Aku dah hantar kau pergi kerja. Now, I want my payment." kata Azri dengan lagak poyo nya.

"Lahanat, payment bagai! Eyy!! Apa kau nak, monkey?! " soal Irish tidak puas hati. Bibir sudah muncung tanda protes.

"Kau ni Wonwoo ke?" tanya Azri.

"Eyy! Tadi mintak payment. Soalan ape ni?! Tak nampak ke? Aku laa.. Irish. Kenapa Wonwoo pulak ni?" soal Irish pulak.

"Tak lah. Setiap kali aku tengok kau, aku kena gastrik," ujar Azri. Irish menjeling Azri.

"Kau baca Misi Memikat Crush kat wattpad ke? Karya Hyunwonwoo tu. Tu ayat dia, ean?" soal Irish dengan kening yang terjongket.

"Adumak, kantoi ah!"

"Eishh! Takde masa aku nak layan loyar buruk kau ni. Dah-dah bukak pintu ni!" arah Irish. Azri menurut.

Azri menurunkan cermin tingkap setelah Irish menutup pintu kereta.

I Love You, I Remember You [C] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang