Azri melangkah masuk ke dalam TT Cafe. Matanya meliar memerhatikan segenap pelusuk cafe tersebut. Matanya tertacap pada figura seorang gadis yang amat dia kenal.
Terus sahaja kakinya berjalan ke arah gadis tersebut.
"Elisya,"
Gadis tersebut berpaling.
"Azri. Duduklah," pelawa Elisya dengan senyuman manisnya.
Azri tersenyum sinis. "Lepas keluar penjara ni, bertudung pulak kau," sindir Azri. Elisya tersenyum hambar.
"Aku tahu aku banyak buat dosa dulu. Aku nak berubah," ujar Elisya. Wajah Azri ditatap.
"Hati busuk macam kau takkan pernah berubah,"
Elisya mengucap dalam hati.
"Aku nak mintak maaf dekat kau sebab aku rahsiakan yang Ashraf bunuh ibubapa kau, layan kau dengan teruk. Aku minta maaf," ucap Elisya. Azri tersenyum sinis. Kalini lebih sinis.
"Kau ingat dengan ucapan maaf kau tu, mak ayah aku boleh hidup balik ke?" soal Azri. Elisya menunduk.
"Tolonglah jangan hukum aku dengan masa silam aku. Aku nak mulakan hidup baru dengan minta maaf kat semua orang. Dekat kau, dekat Black Twins Dragon and.... Irish," ujar Elisya.
"Irish dah mati,"
"10 tahun dalam penjara takkan buat aku lupa cara track orang, Azri. Kau lupa ke? Aku bekas Ace Golden War," kata Elisya.
"Dia hilang ingatan je," sambung Elisya lagi.
"Kau kenal dia sejak 7 tahun yang lepas. Kenapa kau tak tolong dia untuk ingat balik?" soal Elisya.
"Sebab aku sayangkan dia. Aku taknak kehilangan orang yang aku sayang lagi. Aku sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan dia termasuk..," wajah Elisya dipandang.
"...membunuh. Dan kau!" jari telunjuk ditunding ke arah Elisya.
"Jangan kacau rancangan aku! I warned you!" kata Azri lalu bangun sebelum berjalan keluar dari cafe tersebut.
Elisya mengeluh. Rasa serba-salah timbul.
Telefon pintar berjenama Oppo F1s dikeluarkan. Nombor seseorang didail.
"Minghao. Ni aku, Elisya. Aku nak jumpa kau,"
****
Qaira dan Irish masuk ke dalam butik pengantin. Kelihatan Marrisa, Aizad, Salsha dan seorang lelaki yang tidak dikenali di situ.
Irish duduk sambil membelek-belek album gambar untuk baju-baju pengantin sementara Qaira sibuk memberi komen terhadap beberapa rekaan baju yang telah dipilih oleh Salsha dan Marrisa tadi.
"Besar sangat laaa!"
"Menonjol sangat!"
"Banyak sangat perhiasan!"
"Hitam? Seriously?! Kau nak kahwin ke nak berkabung ni Salsha?!"
"Putih nanti nampak sangat kalau terkena kotoran!"
"Terdedah sangat!"
"Macam baju nenek je aku tengok,"
Comment yang terakhir membuatkan Irish mengangkat kepala.
"Mana ada macam nenek. Kebodohan apekah ini, Qaira?" tanya Marrisa.
Dah Irish berkerut.
Rasa macam familiar lah ayat tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
I Love You, I Remember You [C]
RandomKehilangan Irish yang menjadi tanda tanya semakin dilupakan oleh semua orang kecuali Firash. Firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu masih hidup. Namun, dia cuba untuk melupakannya.Munculnya kembali si gadis menjadi kejutan terhebat buatnya. Ke...