#28

5.3K 276 16
                                        

Irish terpisat-pisat bangun apabila mendengar telefonnya berbunyi. Mata dicelikkan. Telefon dicapai. Panggilan dijawab.

"Hello, Irish. Ni aku. Qaira,"

Irish duduk tegak.

"Hmm? Kenapa call aku? Kenapa suara kau lemah semacam?" soal Irish.

"Azri belasah kitaorang. Anak Izzah dalam bahaya. Kau kena datang sini,"

Segar terus mata Irish mendengarnya.

"Apa maksud kau?"

"Kau kena datang sini. Nanti kau akan faham." kata Qaira. Suaranya serak-serak.

"Okey. Kau hantar location,"

"Okey,"

Panggilan dimatikan. Irish mengerutkan dahi. Pelik sebenarnya.

Tak lama kemudian, telefonnya bergetar.

Lokasi telahpun diberi.

Irish turun dari katil lalu melangkah ke almari.

Skinny jeans dipakai dengan baju berwarna hitam.

Pistol dan pisau dicapai. Jaket berwarna hitam disarung pada tubuh. Terus Irish keluar dari biliknya sebelum melangkah ke pintu.







***





Irish tiba di lokasi yang diberi. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Irish masuk ke dalam gudang tersebut. Wajahnya tegang.

Yeah, Ivy is back.

Benda pertama yang menjamah pandangan Irish ialah figura Azri. Firash berdiri dihadapan Azri dan membelakanginya.

Dia melihat Farish sedang mengacukan pistol ke arah Azri. Mata Irish membulat melihat tubuh kecil Sara sedang diikat.

"Wow!! Heroin dah sampai!" jerit Azri. Nampak teruja melihat Irish berada di situ.

Irish menghalakan matanya ke arah Azri. Firash menoleh sekejap sebelum memandang Azri semula.

"Kau nak apa? Kenapa kau gantung budak tu? Gila ke?!"

Azri tersenyum sinis.

"Ya! Memang aku gila! Aku gilakan kau! Kau punca aku jadi macam ni!" jerit Azri.

Irish tidak berganjak. Dia hanya berdiri jauh dari Azri.

"Irish dah ada kan? Kau nak apa sekarang?" soal Firash, dingin. Irish mendengarkan sahaja.

"Aku baik hati sekarang ni. Kau berbual lah dengan Irish. Lima minit sahaja. Kau cakap lah puas-puas dengan dia sebelum mati," kata Azri.

"Kau bukan malaikat maut," sampuk Irish.

Azri tidak menghiraukan Irish. Mata Azri dan Firash bertentangan. Firash berfikir seketika.

"Okey, tapi aku nak kau lepaskan Sara, kawan-kawan aku dan Irish lepas bunuh aku. Jangan ganggu mereka lagi," kata Firash. Azri tidak menjawab. Firash melangkah ke arah Irish.

I Love You, I Remember You [C] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang