Tok tok tok!
"Masuk." arah Firash apabila pintu pejabatnya diketuk. Firash masih menyemak fail-fail yang penting. Langsung tidak dipandang orang yang masuk ke ruangannya.
"Encik Firash panggil saya?" tanya P.A nya, Kiara. Firash mengangkat wajahnya dari menyemak fail tersebut. Wajah P.A nya dipandang.
"Ada apa-apa meeting or appointment yang saya perlu hadiri ke hari ni?" tanya Firash dengan nada mendatar. Kiara membuka buku nota yang digunakan untuk menulis jadual Firash.
"Err.. ya. Encik ada meeting dengan CEO A's Holdings pada pukul 2.30 petang nanti." beritahu Kiara. Firash sekadar mengangguk.
"Okey, awak boleh keluar. Terima kasih," ujar Firash. Tumpuannya kembali pada fail-fail di atas meja.
Firash menyemak fail yang terakhir dengan teliti seperti fail-fail sebelum ni. Selesai menyemak, Firash menyandarkan tubuhnya pada kerusi.
Ting!
Bunyi Whatsapp dari telefon Firash berbunyi. Firash terus memeriksa mesej tersebut.
From: Angel💕
Carl sibuk ke? Angel ingat nak buat family dinner malam ni.Firash tersenyum. Tak payahlah dia makan kat luar malam ni. Biasalah, orang bujang. XD
To: Angel💕
Nope! Okey. Mlm ni Carl datang tepat jam 7 malam.Balas Firash. Telefon diletak kembali ke atas meja. Jam ditilik.
12.30 p.m.
"Patutlah perut buat konsert. Dah masuk waktu lunch rupanya." bebel Firash sendirian. Firash bangun lalu keluar dari pejabatnya.
"Kiara. Saya keluar lunch dulu. Pukul 1.30 nanti saya masuk balik. Kalau Tengku Farish datang, cakap ada lunch date dengan Darius." beritahu Firash pada Kiara.
Kiara mrngerutkan dahinya. "Err.. Darius tu perempuan ke lelaki? Sebab nama macam lelaki," tanya Kiara.
"Eh, cakap je lah. Tak penting pun peremluan ke lelaki. Dia tahu jantina jebon tu," ujar Firash lagi. Kiara hanya menganggukkan kepalanya.
***
Firash menjeling Darius.
"Cakap pergi tandas. Kau pergi tandas ke buat tandas? Lama gile! Kalah perempuan!" bebel Firash.
Darius tersengih menampakkan giginya.
"Dari butik depan tu," ujarnya dengan sengihan.
"Kau buat apa kat butik tu? Cari baju untuk kakak kau?" tanya Firash dengan kerutan di dahi. Darius masih tersengih seperti kerang busuk.
"Cari jodoh," jawabnya sepatah. Firash yang tadi pelik, kini melihat Darius dengan senyuman mengejek.
"Kau kenapa? Seram pulak aku." tanya Darius. Dia pulak yang pelik dengan Firash sekarang.
"Akhirnyaa!" ujar Firash. Berkerut dahi Darius mendengarnya.
"Akhirnya? Akhirnya apa?" tanya Darius lagi.
"Akhirnya kau laku!" jerit Firash dengan riang. Serupa kanak-kanak mendapat gula-gula free.
Darius menjeling Firash. Okey, hambar.
![](https://img.wattpad.com/cover/89235453-288-k832316.jpg)
YOU ARE READING
I Love You, I Remember You [C]
DiversosKehilangan Irish yang menjadi tanda tanya semakin dilupakan oleh semua orang kecuali Firash. Firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu masih hidup. Namun, dia cuba untuk melupakannya.Munculnya kembali si gadis menjadi kejutan terhebat buatnya. Ke...