#20

4.4K 293 6
                                        

Sofia berjumpa dengan Irish di Lotto Cafe. Jangan tanya kenapa nama cafe tu macam tu.Sofia melajukan langkahnya apabila merasakan ada orang lain sedang mengekorinya.

Setibanya di meja yang telah Irish duduki, Sofia memerhatikan keadaan sekelilingnya.

"Kau kenapa?"

Hampir terjerit Sofia apabila Irish memukul lengannya secara tiba-tiba.

"Aku rasa ada orang ikut aku," ujar Sofia. "Aku takutlah," sambungnya lagi.

Irish mengerutkan dahinya lalu meliarkan pandangan di sekeliling Lotto Cafe.

"Mengarutlah kau ni. Takde apa-apa pun. Ni mesti pengaruh drama. Kau tengok drama apa sampai jadi macam ni?" soal Irish. "Aku tak layan drama lah. Maybe perasaan aku je kot," kata Sofia.

"So, kau nak cakap apa?" tanya Sogia sebaik sahaja mereka berdua memesan minuman.

"Aku tolak lamaran Azri. Kau patut mula dekat dengan dia sekarang. Mana tahu dia boleh terima kau kan? Sorry laa. Aku tak pandai sangat bab bab memikat ni. Well, aku tak pernah pikat org. Orang pikat aku ada laa," kata Irish dengan riak.

"Aku akan cuba. But yeah, aku tak rasa Azri boleh terima aku secepat tu. Eh. Lama ke tak tu belakang kira. Yang penting, Azri boleh terima aku nanti," ujar Sofia.

Desperate gila kau ni, Sofia.







****





Elisya mengikut Azri dari belakang. Kelihatan lelaki itu sedang membuka pintu keretanya. Rambutnya kelihatan kusut.

Elisya turut masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin keretanya.

Kereta Azri diikut dari belakang. Sebagai bekas Ace, dia sudah berpengalaman dalam hal sebegini walaupun meringkuk dalam penjara selama 10 tahun.

"Gudang apa ni?"

Elisya memarkir keretanya di kawasan tepi hutan agar tidak dikesan oleh Azri.

Perlahan-lahan dia menyusup masuk ke dalam gudang tersebut. Kalini, dia berpakaian seperti seorang penyiasat.

Dia perlu berubah menjadi Irish jika Irish tidak dapat mengesan penyakit Azri. Pandai betul Azri sembunyikan masalah dirinya.

Elisya menekup mulutnya apabila melihat mayat seorang lelaki sedang ditumbuk oleh Azri sekuat hati.

"Kau Firash! Kau yang buat dia tolak aku! Si*l kau! Aku bunuh kau! Dia milik aku! Aku takkan bagi dia kat kau! Kau mesti mati!" teriak Azri sambil menumbuk mayat lelaki itu.

Elisya tergamam.

Sah Azri dah gila! Mayat lelaki itu dijadikan tempat melepas geram sahaja. Lelaki itu dianggap sebagai Firash.

"Kau akan mati tak lama lagi Firash!" jerit Azri lagi.

Elisya menggelengkan kepalanya.

Sasaran Azri bukanlah Sofia. Tetapi Firash! Habislah rancangan dia.

Elisya memandang sayu ke arah mayat lelaki tersebut.

"Kau. Patut. Mati! Dia aku punya! Aku punya!!" jerit Azri lagi. Azri terduduk sambil meramas kasar rambutnya.

Azri ketawa melihat mayat lelaki itu. Dia bangun semula.

"Kau tengoklah, Firash. Kau lemah! Kau akan mati jugak!" ujar Azri lalu ketawa dengan kuat. Tiba-tiba dia menangis.

"Kenapa dia pilih kau? Kenapa? Aku tak cukup baikkah? Aku dah buat semuanya untuk dia. Kenapa dia tak sayangkan aku macam aku syangkan dia? Kenapa dia perlu teringatvkat kau walaupun dia hilang ingatan? Tak boleh ke dia terima aku?" lirih bunyi suara Azri menuturkan kata-kata tersebut.

I Love You, I Remember You [C] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang