#17

4.2K 251 28
                                        

Irish memandang Puan Nurin dengan wajah penuh pengharapan.

"Umiii~~~ Pleaseeeee~" mendayu-dayu suara Irish memujuk Puan Nurin.

"Tapi nanti semua orang akan risau, sayang. Nad mesti bagitahu mereka tentang ingatan Nad," nasihat Puan Nurin.

"I will. But not now. Please umii~~ help meeeee~" pujuk Irish lagi. Mata dibesarkan. Pipi dikembungkan.

"Nad janji akan beritahu mereka?"

Irish mengangguk. Mata dikelipkan. Pipi dikembungkan.

Puan Nurin ketawa. "Okey. But please stop doing that face," kata Puan Nurin. Cubaan buat muka comel Irish ke-163368326 kali failed again! She can't do any aegyo.

"Yehet! Ohorat! Thanks umi!!" ucap Irish lalu memeluk Puan Nurin. Dia kemudiannya berlari keluar dari bilik Puan Nurin di hospital tersebut.

Sebaik keluar, senyuman Irish mati. Wajahnya kembali dingin seperti dulu.

Kepalanya ligat memikirkan strategi untuk membantu Sofia. Perempuan yang menyerangnya tempoh hari. Sekarang Irish tahu kenapa Azri tidak pernah membantunya untuk mendapatkan semula ingatannya.

Azri gilakan dia.

Cold Ivy is back.






****





Minghao melangkah masuk ke dalam BoomBoom Cafe. Figura seorang gadis dicari. Langkah diatur ke arah gadis. Tersenyum Minghao melihat Elisya dari belakang.

Minghao berdehem.

Elisya berpusing kearahnya. Minghao kaku.

"Eh Hao. Bila you sampai? Duduklah," pelawa Elisya. Minghao duduk dengan matanya tidak lepas daripada memandang gadis dihadapannya.

Minghao terpegun dengan kecantikan Elisya ketika berhijab. Lagi-lagi bila Elisya senyum macam tu. Manis!

"Kenapa you tengok I macam tu sekali? Ada apa-apa kat muka I ke?" tanya Elisya. Wajahnya disentuh dengan tangan.

Minghao tergelak. "There's nothing on your face. I just.. terpegun? Yeah. You mana pernah senyum kat I," kata Minghao dengan senyuman.

"Benda dah lama, Hao. I nak berubah. Besides, people change, right?" Minghao mengangguk mengiyakan kata-kata Elisya.

Mereka memesan minuman.

"So, kenapa you nak jumpa I?" tanya Minghao. Wajah Elisya ditatap. Elisya menunduk.

Sepucuk sampul surat dihulurkan kepada Minghao. Minghao mengambil sampul tersebut lalu membukanya. Berkerut dahi Minghao melihat gambar yang ada di dalam sampul tersebut.

"Ni Irish kan? Ada orang pernah suruh I siasat latar belakang dia. You nak? I ada salinan," kata Minghao.

"Dia kakak tiri I. I tak perlukan latar belakang dia. I yang buat latar belakang dia tak dapat diketahui," ujar Elisya. Dia menunduk.

Minghao pelik. Kakak tiri?

"I banyak buat silap dengan dia. Dia kemalangan sebab I. Dia hilang ingatan sebab I. Dia kena halau dari rumah pun sebab I. I punca semua masalah datang kat dia dulu," sambung Elisya.

"I nak tebus kesalahan I terhadap dia. I dah banyak buat dia menderita. She deserve to be happy. I juga punca kematian ibu dan adik dia. I... I nak tebus semuanya," beritahu Elisya.

Dahi Minghao berkerut.

"Dari cara you cakap dengan I ni. I tak rasa you cuma nak tebus kesalahan you je. Ada benda lain yang I tak tahu ke?" soal Minghao dengan berhati-hati. Dia perasan mata Elisya sudah berkaca-kaca sejak tadi. Tinggal nak tumpah sahaja.

I Love You, I Remember You [C] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang