"Nama sebenar dia Tengku Irish Nadia binti Tengku Arman. Dia ada seorang kakak dan seorang adik kandung. Dia tak tahu pun dia ada kakak sebab kakak dia dijaga oleh nenek dia sejak bayi," Puan Xia membuka cerita.
Ketika ini dia sedang duduk pejabatnya. Dia juga agak terkejut apabila diserang oleh Firash dan beberapa orang yang lain seketika tadi.
"Macam mana dia boleh ada kat hutan?" tanya Dato' Radzim. Beliau juga turut ke sana untuk mengetahui kisah sebenar.
Puan Xia mengeluh.
"Macam ni, sebenarnya dia hilang dalam sebuah letupan kereta. Polis tidak menjumpai Irish. Jadi ramai yang buat spekulasi bahawa Irish sudah mati. Kami tak sangka jugak yang dia masih hidup. 10 tahun. Bukan 10 hari," ujar Puan Xia.
"Macam mana Irish boleh ada dengan Dato' sekeluarga ya?" soal Puan Xia.
"Masa tu saya pergi camp dengan kawan-kawan. Lepastu saya lalu kat kawasan semak. Saya jumpa dia dalam keadaan yang parah dan tidak sedarkan diri." beritahu Adam.
"Jadi saya bawak dia balik untuk dirawat. Lagipun saya tengok dia dah nyawa-nyawa ikan masa tu, so saya mintak umi saya untuk rawat dia," sambung Adam lagi.
"Puan Nurin ke?" tanya Firash.
Puan Nurin mengangguk.
"Saya terpaksa bawa dia pergi hospital sebab ada darah beku di otak dia. Saya sendiri yang bedah dia. Pembedahan tu berjalan dengan lancar tapi Nad koma selama 7 bulan. She had selective amnesia. Ada sesetengah perkara yang dia ingat dan ada sesetengah lagi yang dia tak ingat. Saya yang jaga dia sepanjang masa tu. Tapi saya tak dapat tolong dia untuk ingat balik sebab saya tak kenal dia," ujar Puan Nurin.
"Dia selalu jugak mengadu sakit kepala. Kadang-kadang dia cakap dia mimpi berjumpa dengan beberapa orang. Tapi dia tak tahu tu siapa," sambung Puan Nurin.
Puan Xia, Aizad dan Firash mengangguk.
"Saya rasa dia teringat tentang masa silam dia. Sebab tu dia pengsan," kata Dato' Radzim.
"Err.. sebenarnya Irish pengsan sebab benda ni,"
Aizad mengeluarkan pendrive yang diberi oleh Puan Xia kepada Irish dahulu.
"Masa Firash bawa Irish pergi hospital, saya tolong kuncikan apartment Irish tapi saya nampak laptop dia terbuka. Gambar budak-budak kelas dia yang terpampang pada skrin laptop tu. Jadi saya rasa ni lah punca dia," beritahu Aizad.
"Awak pun kenal dia?" tanya Puan Nurin.
Aizad tersengih.
"Sebenarnya Irish ni spy. Dia hilang dalam letupan tu pun masa menjalankan tugas. Firash dengan Aizad ni kawan dia," beritahu Puan Xia.
"Kamu semua boleh bantu Nad kan?" tanya Dato' Radzim.
Firash dan Aizad mengangguk.
"Kami dah anggap Nadia macam ahli keluarga kami sendiri. Kami harap kamu dapat bantu dia pulih," ujar Puan Nurin.
Puan Xia, Aizad dan Firash tersenyum.
Tokk tokk
"Masuk!" arah Puan Xia.
Pintu terbuka.
"Ada apa-apa ke Qaira?" tanya Puan Xia kepada Qaira yang berdiri di pintu pejabat Puan Xia.
Qaira tersengih.
"Takde apa. Jap jap. Weyh hantu tinggi. En. Helmi panggil kau laa. Kau merayau asal? Aku jugak kena bebel," ujar Qaira geram.

ANDA SEDANG MEMBACA
I Love You, I Remember You [C]
AcakKehilangan Irish yang menjadi tanda tanya semakin dilupakan oleh semua orang kecuali Firash. Firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu masih hidup. Namun, dia cuba untuk melupakannya.Munculnya kembali si gadis menjadi kejutan terhebat buatnya. Ke...