#8

4.5K 271 16
                                    

"ARGHHH!!!"

"HANTU TINGGI!!!"

"LIPASLAH BODOH!!!"

"RIDSECT MANE RIDSECT?!"

Jeritan 'halus' memenuhi ruang apartment yang didiami oleh Qaira dan Salsha. Kedua-dua mereka kini sedang menjadi model. Berdiri di atas kerusi. *facepalm*

Qaira lantas mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor seseorang didail.

"Hello! Tolong aku! Cepat! Kat apartment au!" jerit Qaira lalu mematikan panggilan semula.

"Qaira! Mana kau letak ridsect?!" tanya Salsha sambil memegang kayu hoki di tangannya.

"Dalam bilik! Kau turunlah ambil! Aku takut lipas tu terbang! Nanti arwah aku!" jawab Qaira. Ditangan Qaira pula ada sebuah pemukul baseball.

Macamlah nak lawan dengan zombie. Mentang-mentang Salsha TERmasuk dalam rakaman cerita KL Zombie. Terus pegang kayu hoki. Si Qaira pulak dah addicted yang teramat dengan Train To Busan. Pegang pemukul baseball bagai.

Tak lama selepas itu, terdengar ketukan dari pintu utama. "Kunci kat bawah pasu depan tu! Cepatlah!" jerit Qaira. Salsha memukul punggung Qaira dengan kayu hoki.

"Kalau orang jahat macam mana?!" tanya Salsha. "Sakitlah! Ni ada!" ujar Qaira lalu mengeluarkan sepucuk pistol. "Kat tangan kita pun ada!" sambung Qaira lagi.

Klik!

Pintu dibuka.

"Darius! Cepatlah! Tolong aku!" ujar Qaira. Darius yang panik terus menerpa ke arah Qaira.

"Asal? Asal?! Kat mana sakit?!" tanya Darius dengan nada panik. Salsha mencebik. Kayu hoki ditangan diberi kepada Darius.

Darius memberikan pandangan kenapa-bagi-aku-kayu-hoki kepada Salsha. "Bunuh lipas tu!" ujar Salsha.

Darius menepuk perlahan dahinya. Lipas yang menyorok di sebalik kertas diangkat lalu dibuang ke luar tingkap.

Qaira dan Salsha menghela nafas lega. Gila tak lega?! Dahlah lipas tu hodoh! Teringat masa form 4 dulu, dorang bedah lipas. Muka lipas tu, nauzubillah! Seribu kali lebih teruk dari katak!

"Tu je ke sebab kau call aku, minta tolong dengan aku bagai nak rak? Lipas je kot! Takkan takut!" marah Darius. Qaira mencebik. "Geli." ujar Qaira sepatah.

Salsha awal-awal lagi sudah masuk ke bilik. Tak mahu dia tengok drama budak berdua tu.

"Hesy! Dahlah, aku pergi dulu. Jaga diri tu baik-baik," pesan Darius. Qaira mengangguk perlahan.

Jarang kena marah dengan Darius!



***

Aizad masuk ke pejabat Puan Xia setelah menerima arahan oleh orang atasannya. Pintu diketuk.

"Masuk!" laung Puan Xia dari dalam. Aizad masuk ke dalam. Pintu ditutup semula.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Aizad kepada Firash. Terkejut tengk mamat tu tercongok kat situ.

"Assalamualikum, ya Aizad." sindir Firash.

Aizad tersengih. "Waalaikumussalam." jawabnya. Puan Xia mempelawa Aizad duduk. Aizad mengambil tempat duduk di sebelah Firash.

"Kenapa panggil saya?" tanya Aizad kepada Puan Xia. Puan Xia tersenyum. Sebuah sampul surat diberi kepada Aizad.

Aizad mengambil sampul tersebut dengan dahi yang berkerut. Dibuka perlahan sampul tersebut.

I Love You, I Remember You [C] Where stories live. Discover now