Farish bergegas pulang apabila menerima panggilan daripada anak perempuannya mengatakan bahawa isterinya pengsan.
Selepas memarking kereta di luar rumah, Farish berlari masuk. Kelihatan kereta Firash dan Darius tersadai di bahu jalan.
Kasut ditanggalkan. Pintu rumah dibuka. Langkah diatur menuju ke ruang tamu.
"Papa!"
Farish mengangkat anak perempuannya.
"What happened?!" tanya nya dengan nada cemas. "Mama pengsan," beritahu Sara.
"Korang buat apa kat sini?" tanya Farish kepada Firash, Aizad, Darius, Marrisa, Salsha dan Qaira.
Tiba-tiba matanya melihat seorang gadis yang kelihatan agak familiar dengan wajah tertunduk.
"Tu siapa?" tanya Farish lagi. Sara diturunkan.
Anak kecil itu berlari ke arah tubuh gadis yang sedang tertunduk itu.
"Ni cikgu tarian Sara. Tadi mama dengan papa tak ambil Sara jadi cikgu Nad offer nak hantar balik. Sara ikut sajalah. Lepastu bila cikgu Nad ketuk pintu rumah, mama bukak pintu lepastu mama menjerit lepastu aunty Risa, aunty Salsha dengan aunty Qaira datang lepastu mama pengsan lepas sebut 'ivy'." beritahu Sara. Entah berapa banyak lepastu dia tu.
"Ivy?" soal Farish.
Firash yang bersandar di tepi dinding terus melangkah ke arah gadis itu.
"Irish, awak balik dulu. Nanti saya bagitau awak apa dah jadi," kata Firash. Gadis tadi mengangkat mukanya.
Terjatuh telefon di tangan Farish.
"I-Irish," terketar bibirnya memanggil nama gadis tersebut.
"No, aku dah call Puan Xia dengan Miss Hyuna. Dorang on the way ke sini. Kau kena jelaskan apa dah jadi," tegas Salsha.
"Suruh dia call keluarga dia. Bawa keluarga dia ke sini," arah Izzah.
Terkebil-kebil Irish mendengar arahan tersebut.
"Hah?"
"Aku pun dah call Qiss."
Qaira yang duduk di sebelah Salsha sedari tadi terus berganjak ke arah Irish.
"Wey.. kau... bukan hantu kan?" tanya Qaira.
Semua yang berada di situ menepuk dahi mereka secara spontan kecuali Sara. Ketawa budak tu dibuatnya.
"Hantu mana wujud! Apa laa aunty ni. Hahhahah!" kata Sara. "Entah kau ni," sampuk Salsha.
"Saya manusia."
Semua yang tetawa tadi terus fokus ke arah Irish.
"Kenapa semua orang anggap saya hantu? Dua kali dah." gumam Irish.
Irish mengambil Samsung J7 miliknya yang ada di dalam poket seluar. Nombor Adam di dail.
"Hello? Abang. Bawa umi dengan ayah datang sini. Nanti adik send location.. hmm.. bye,"
Wajah Firash dipandang.
"Lepas ni family saya datang," mendatar suara Irish memberitahu Firash. Ia mengingatkan Firash kepada perkenalan mereka dahulu. Di mana Irish cuba menolak daripada menumpangnya menaiki motorbike miliknya.
"Sorry," ucap Aizad.
"Takpe. Dah biasa."
Weonhi manhi manhi~
Manhi manhi manhi manhi~
Weonhi manhi man--
YOU ARE READING
I Love You, I Remember You [C]
AcakKehilangan Irish yang menjadi tanda tanya semakin dilupakan oleh semua orang kecuali Firash. Firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu masih hidup. Namun, dia cuba untuk melupakannya.Munculnya kembali si gadis menjadi kejutan terhebat buatnya. Ke...