#24

4.5K 265 13
                                        

Marrisa menjeling Elisya. Izzah yang perasan akan keadaan ini terus sahaja menyiku lengan Marrisa.

"She deserve a second chance," ujar Salsha. Izzah mengangguk tanda setuju. Marrisa mengeluh.

"Yelah.. yelah.."

Aizad yang duduk di sebelah Minghao tersenyum. Elisya pula masih menunduk. Dia tahu keadaan janggal kerana dia.

Seketika kemudian, Puan Xia masuk bersama-sama dengan Qaira dan Firash. Wajah Qaira kelihatan tegang.

Qaira meluru ke arah Elisya lalu memeluk Elisya.

"Kau jahat! Kau hantar mesej je tak selamatkan aku pun! Aku takut tau tak?!" kata Qaira. Elisya terkebil-kebil memandang Qaira yang kini sedang memeluknya.

"Err.."

"Wey Qaira. Kau salah peluk orang kot?" tegur Salsha. Qaira berdiri semula.

"Mana ada salah orang. Semalam Elisya mesej aku suruh aku lari sebab si Azri tu takde. Tapi dia tak selamatkan aku pun! Lepastu masa keluar dari rumah buruk tu banyak mayat bergelimpangan kau tau tak?! Aku takut! Huaaa!!" Qaira menghamburkan tangisannya.

Firash tercengang.

"Semalam kemain cakap dia ada kekuatan mental dan fizikal untuk menangani keadaan macam tu. Ceh!" kutuk Firash.

"Dahlah tu. Kita kena selamatkan adik aku,"

Mereka semua memalingkan wajah ke arah suara tersebut.

"I-Iriz..." terketar-ketar bibir Elisya menyebut nama Iriz. Wajahnya kian memucat.

"Hi adik tiri," sapa Iriz dengan senyuman sinis.

"Papa pernah cakap kau dah mati sejak lahir," kata Elisya dengan wajah yang pucat.

Iriz tersentak.

"Tak pernah jumpa aku tiba-tiba cakap aku mati," kata Iriz. Suaranya mengendur.

"Whatever. Yang penting sekarang, Irish. Kita kena selamatkan dia," kata Iriz sekaligus menukar topik. Iriz duduk di sebelah Elisya.

Elisya menggigil.

"Hey, jangan risau lah. Aku tahu semuanya. Don't worry. Aku tak marahkan kau. Kau pun dah berubah. Aku takde hak nak hukum kau sebab kesilapan dan kekhilafan kau dulu,"

"Kita mulakan hidup baru lepas Irish dapat balik ingatan dia. Lagipun kau muda setahun je dari aku," kata Iriz dengan senyuman.

"Apa yang kau tahu tentang Azri?" soal Iriz kepada Minghao. Elisya menyrahkan telefonnya kepada Minghao.

"Dia tu psiko. Bahaya. Tapi dia jadi macam tu sebab aku. Jadi aku nak bantu dia perlahan-lahan agar dia tak buat apa-apa yang tak sepatutnya nanti," kata Elisya.

"Tapi kita kena perhatikan beberapa orang untuk keselamatan mereka. Yang paling utama, Irish. Kedua Sofia. Nanti aku ceritakan siapa tu. Ketiga Firash," arah Minghao.

Mereka mula merangka rancangan untuk menyelamatkan Irish.




****



Azri menyepak kuat pintu bilik tempat dia mengurung Qaira dan Firash semalam. Wajahnya kelihatan tegang dan merah menahan marah.

"Si*l! Shit shit shit!!"

Segala carutan keluar dari mulut Azri apabila melihat bilik tersebut kosong. Terus dia berlari keluar lalu masuk ke dalam keretanya.

Tanpa berlengah, Azri menghidupkan enjin kereta.

I Love You, I Remember You [C] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang