Iriz menghentikan keretanya di bahu jalan apabila melihat kelibat juniornya berdiri di tepi jalan bersama seorang lelaki.
"Hanny Ladies Code?" gumam Iriz perlahan. Dia keluar dari kereta tersebut.
"Ivy. You're my starlight,"
Iriz mengerutkan dahinya apabila nama si adik keluar. Yeah. Ivy adik dia.
***
"Crysta-- Oh my god Qaira!" terkejut beruk Puan Xia melihat Qaira yang pengsan sedang dipapah oleh Iriz.
"What happened?" soal Puan Xia.
"I've no idea what's going on. You better ask him," kata Iriz sambil merujuk ke arah Firash yang masih kelihatan pelik dengan Iriz.
Puan Xia mengeluh.
"Siapa perempuan ni Puan Xia? Kenapa muka dia hampir sama macam Irish?" tanya Firash.
"Duduk dulu, Firash." pelawa Puan Xia. Qaira dibaringkan diatas sofa pejabat milik Puan Xia. Iriz pula sudah memejamkan mata sambil duduk diatas sofa yang satu lagi.
Firash duduk dihadapan Puan Xia.
"Tu Iriz. Iriz Natasya. Tengku Iriz Natasya. Kakak kembar Irish," kata Puan Xia dengan tenang.
"Hah?"
"Irish pun tak tahu dia ada kakak kembar. Macam ni. Sebenarnya, masa saya terjumpa Irish dulu, dia kan duduk merempat. Dan dia jadi spy bawah saya. Lepastu saya pernah pergi ke California untuk selesaikan kes disana dan disitu lah saya jumpa Iriz,"
"Mula-mula saya pun fikir Iriz ni Irish. Tapi dia menafikan semua tu. Iriz bagitahu saya yang dia dijaga oleh atok dan nenek dia. Sebelah ibu tapi dia tak kenal siapa ibubapa dia sebab dia tak pernah jumpa mereka sejak kecil. Kebetulan, nenek dia merupakan bekas spy jugak. Jadi saya pernah berjumpa dengan nenek dia," sambung Puan Xia. (Keturunan spy😂)
Firash mendengar dengan tekun.
"Nenek dia cakap, dia jaga Iriz dari kecil sebab ibubapa Iriz tak nak jaga dua-dua sekali. Saya tunjuklah gambar Irish dan Irene kat nenek Iriz. Dia cakap tu memang adik-adik Iriz tapi dia tak nak Irish dan Irene tahu kewujudan kakak dia jadi dia bawa Iriz ke California. Iriz dilatih di sana sampai lah sekarang,"
Firash mengangguk faham.
"Maknanya Iriz ni kakak kembar Irish lah kan? tanya Firash.
"Kembar tak seiras," sampuk Iriz yang masih memejamkan mata.
"You cakap you balik lagi 6 bulan kan?" soal Puan Xia kepada Iriz. Iriz mengangguk. "Kerja I siap awal so I balik awal lah. Lagipun I pun nak jugak cuba rapat dengan adik I sementara I cuti sebulan ni," kata Iriz.
"Macam mana kau dengan Qaira boleh ada kat tepi jalan?" soal Iriz kepada Firash.
"Err.. sebenarnya..." Firash menceritakan semua yang berlaku dari A-Z kepada Puan Xia dan Iriz.
"Apa kena mengena Elisya dengan Azri?" tanya Puan Xia kepada Firash dengan kerutan di dahinya.
"Tu saya tak pasti. Tanya dengan dia sendiri lah. Saya rasa Elisya boleh bagi kerjasama," kata Firash.
Puan Xia mengangguk.
Iriz mengepal penumbuknya.
Nama Azri ni macam familiar. Kalau apa-apa jadi kat adik aku, aku kerja kan kau. Getus hati Iriz.
![](https://img.wattpad.com/cover/89235453-288-k832316.jpg)
YOU ARE READING
I Love You, I Remember You [C]
De TodoKehilangan Irish yang menjadi tanda tanya semakin dilupakan oleh semua orang kecuali Firash. Firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu masih hidup. Namun, dia cuba untuk melupakannya.Munculnya kembali si gadis menjadi kejutan terhebat buatnya. Ke...