Knock knock..
Firash mengerutkan dahi. Jam didinding dijeling sekilas. Dah pukul 9.30 malam.
"Siapa yang datang ni. Kacau je!" rengus Firash.
Sekali lagi pintu apartmentnya diketuk. Firash berdiri lalu berjalan malas-malas menuju ke pintu.
Nasib baik malam ni dia pakai tracksuit hitam dengan tshirt. Tak lah penat nak tukar untuk sambut tetamu.
"Kejap!" jerit Firash.
Langkah diatur ke pintu apartment.
Aizad tiada kerana masih sibuk menguruskan persediaan perkahwinannya bulan depan.
Pintu apartment dibuka.
"Arghh!!"
Firash menjerit apabila wajahnya disembur dengan cecair. Tak lama lepastu, penglihatan Firash semakin kabur.
Gedebuk!
Lelaki yang menyembur cecair tadi tersenyum sinis. Pintu rumah Firash ditutup ala kadar agar tidak mewujudkan sebarang rasa curiga.
Terus sahaja tubuh Firash ditarik menuju ke arah lif untuk turun.
Sesampainya di tingkat paling bawah, lelaki tadi menyeret tubuh Firash lalu diangkat masuk ke dalam kereta secara kasar.
Dia duduk di bahagian pemandu.
Senyuman sinis terukir di bibir Azri ketika melihat Qaira dan Firash tidak sedarkan diri.
"Buy 1, get 1 huh? Nasib kau lah Qaira. Aku tak sangka kau membuatkan permainan aku lebih menarik," ujar Azri lalu menolak kepala Qaira yang sudah tidak sedarkan diri disebelahnya. Firash di belakang dijeling sekilas.
"Bodoh,"
***
Elisya menekan loceng rumah Izzah.
Tak lama kemudian, terjengul wajah Farish sambil mendukung anak perempuannya di muka pintu.
Farish yang tadinya senyum terus berubah serius.
"Bila kau keluar?" soal Farish.
"Dua bulan lepas. Okey, aku tau kau tak suka aku datang so aku straight tu the point je la. Firash ada call kau tak?" tanya Elisya.
Dari raut wajahnya, jelas sekali Elisya sekarang sedang gelisah.
Farish menggeleng. Dahinya berkerut.
Elisya mengeluh.
Nombor seseorang di dail.
"Kenapa kau tanya?"
Elisya tidak menjawab malah terus berpusing. "Hao, kau kena tolong aku. Tadi aku pergi apartment Irish. Nak periksa dia tapi masa aku lalu kat apartment Firash, pintu dia tak tutup betul-betul. Aku masuk tapi takde siapa. Tv masih terbuka lagi masa tu. Aku rasa Azri dah mulakan rancangan dia!" ujar Elisya dengan cemas.
Farish menurunkan Sara. Disuruhnya budak kecil itu masuk.
"Tak! Aku tak tau! Irish masih selamat. Masalahnya sekarang, Firash dah hilang!" kata Elisya sedikit terjerit.
Farish tersentak.
"Aku nak kau cari lokasi Azri sekarang. Nanti apa-apa hal aku call kau," kata Elisya lalu memutuskan panggilan.
Elisya mendengus geram.
"Kau cakap pasal Firash kan? Kau ada niat tak baik ke kat adik aku?" soal Farish. Dia masih ragu-ragu dengan Elisya.
"Aku akan ceritakan nanti," ujar Elisya lalu berlari semula ke keretanya.
***
Qaira membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Tangan ditarik untuk memicit kepala yang agak pening.
"Eh?"
Tangan cuba ditarik lagi. Tak boleh.
"Shit. Asal aku kena rantai ni?!" bentak Qaira. Dia memerhatikan sekelilingnya.
Kelihatan Firash berada di penjuru bilik itu. Dalam keadaaan yang sama sepertinya. Dirantai.
Qaira mencari apa-apa barang untuk melepaskan diri namun hampehh.. bilik tu cuma dipenuhi dengan sampah.
Tiba-tiba pintu dibuka.
Qaira mengetap giginya.
"Dah bangun, cik Qaira?"
"Kau nak apa haa, Azri?!"
Azri tertawa sinis. Dia mendekati Qaira. Wajah dirapatkan ke wajah gadis itu.
"Irish. Aku nak dia," ujar Azri lalu menyepak kaki kanan Qaira.
"Aissshit kau! Sakitlah, bongok!" jerit Qaira. "Sakit lagi hati aku," kata Azri.
"Kau nak Irish, kau ambiklah! Culik aku buat apa? Bukannya dapat faedah pun!" marah Qaira. Matanya tertacap pada pisau yang ada di bahagian kasut Azri.
Idea jahat menerjah otak.
"Kau akan bawa Irish kat aku,"
"Desperate gila bunyi kau doh," Qaira cuba memancing Azri. Azri menoleh kearah Qaira. Qaira tersenyum manis.
"Patutnya kau tackle lah dia. Tak payah main culik-culik," kata Qaira. Azri mendekati Qaira. Pipi Qaira dicengkam.
"Kau tahu tak dia tolak aku banyak kali! Sakit sial! Sakit hati aku! Dia masih ingat kat tu! Mamat tak guna tu!" bentak Azri sambil menunding jarinya ke arah Firash yang masih elok 'tidur'.
Qaira mengambil peluang ini untuk menyelitkan kakinya diantara kaki Azri.
"Kau bersaing lah dengan Firash dengan cara sihat," ujar Qaira. Azri berdiri. Qaira menyepak kaki Azri. Qaira bersorak dalam hati apabila pisau tersebut berjaya keluar dari bahagian kasut Azri. Terus sahaja pisau itu disepak ke belakangnya. Tepat pada tangan kirinya.
"Kau pehal sepak aku?!" marah Azri lalu menggosok kakinya. Boleh tahan jugak minah ni. Sepak kemain kuat lagi.
"Takde. Saja test kau. Haa, baru sepak sikit dah sakit. Kalau lemah macam ni, macam mana Irish nak terpikat? Kena sepak sikit dah jerit macam perempuan," provok Qaira.
"Sial kau. Kau tunggu kau!" Azri memberi amaran lalu keluar dari bilik tersebut.
Qaira melepaskan nafas lega.
"Berani jugak aku lawan dia tadi. Hehe!" Qaira bangga kejap.
Terus pisau yang ada ditangan kirinya dicucuk ke dalam mangga yang memerangkap dirinya. Lepas! Yehet!
Poket kanannya diraba.
"Bodoh betul la kau ni Azri. Telefon aku kau tak ambil. Heh!" kutuk Qaira.
Terus nombor Salsha didail.
"Weyy. Bangunlah. Kau kena tolong aku. Aku akan buka alat pengesan aku. Ada malaun culik aku. Tolonglah aku. Kau cepat sikit tau!" Qaira memberitahu Salsha dalam satu nafas.
Alat pengesan yang sentiasa terselit pada stoking diaktifkan. Mudah untuk Salsha mencarinya nanti.
"Sekarang. Aku kena alihkan perhatian mamat gila tu," ujar Qaira. Pisau tadi menjadi senjatanya.
Kira cukuplah senjata kecil ni sementara tunggu Salsha datang.
****
Ya ya. Arra. Pendek😝😂

ANDA SEDANG MEMBACA
I Love You, I Remember You [C]
RandomKehilangan Irish yang menjadi tanda tanya semakin dilupakan oleh semua orang kecuali Firash. Firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu masih hidup. Namun, dia cuba untuk melupakannya.Munculnya kembali si gadis menjadi kejutan terhebat buatnya. Ke...