Irish mengerutkan dahinya. Tempat apa ni?
"S. Agency?"
Qaira berpusing. "Haah. S. Agency. Dulu kau spy. Antara spy yang terbaik. Kau banyak tangani kes sejak umur kau 10 tahun lagi," beritahu Qaira. Melihat Irish tidak memberikan sebarang tindak balas, terus sahaja Qaira menarik Irish masuk.
Destinasi seterusnya, pejabat Puan Xia!
Sepanjang perjalanan ke pejabat Puan Xia, mereka mendengar bisikan yang tak serupa bisikan daripada beberapa orang pegawai dan spy yang ada.
"Dia masih hidup ke?"
"Mesti Aizad jadi spy kedua terbaik. Yang terbaik dah kembali,"
"Tu klon Ivy ke wey?"
"Bukan dia meletup ke?"
"Alhamdulillah. Dia selamat,"
"Makin cantik ah wey. Kalau try, dapat tak?"
"Hotstuff is back guys,"
Irish mengerutkan dahi mendengar bisikan yang tak macam bisikan itu. Tangannya yang ditarik Qaira dibiarkan.
Firash dibelakang hanya membuat muka serius sambil membuntuti langkah Irish dan Qaira. Mereka menaiki lif untuk ke tingkat 8 dimana pejabat Puan Xia berada.
Sesampainya di depan pintu pejabat Puan Xia, Qaira mengetuk pintu. Mahunya tak ketuk? Kang kena sound dengan orang tua tu kang, sia-sia telinga bernanah mendengarnya. Eipp! Tak baik kutuk orang tua, Qaira.
Mereka masuk setelah mendapat kebenaran daripada Puan Xia.
Irish hanya diam tak berkutik dengan dahi yang berkerut memandang wajah-wajah yang pernah dia jumpa sebelum ini.
"Duduk, Irish." pelawa Puan Xia.
Irish duduk di sebelah Qaira memandangkan hanya itu tempat yang tinggal. Firash bersandar di tepi dinding dengan tangan yang bersilang di dada. Handsome duh!
"So, let's start,"
Puan Xia membuka sebuah fail.
"Ni fail untuk kes kematian ibu Irish 13 tahun yang lalu. Punca kematian langgar lari. Penyebab Elisya."
Irish mengangguk.
"Wait. Siapa Elisya?" tanya Irish.
"Laa takkan adik tiri sendiri tak ingat. Kau biar betul weyy?" soal Qaira kembali. Salsha dan Izzah menepuk dahi mereka secara spontan. Firash menggeleng manakala Aizad dengan wajah poker nya. Puan Xia tersenyum seraya menggeleng.
"Kalau dah bongok memang bongok,"
"Aku rasa Qaira perlukan rawatan untuk ingatan yang lebih kuat,"
Qiss dan Marrisa mengangguk dengan pendapat mereka sendiri.
"Tu sebab kamu semua selalu sangat main kepala dia. Kan dah bongok betul-betul," ujar Puan Xia. Qaira terkebil-kebil
"Apa?" soalnya.
Irish menggeleng. Kepala Qaira diusap.
"Mesti kepala kau selalu sangat kena ketuk kan?"
Qaira mengangguk.
"Sambung je laa," kata Qiss.
"Elisya tu adik tiri kamu. Saya tak blh cerita banyak sangat tentang keluarga kamu sebab saya tak tahu sangat pasal keluarga kamu," beritahu Puan Xia.
Irish mengangguk.
Puan Xia menceritakan apa yang berlaku pada hari kemalangan yang hampir meragut nyawa Irish sendiri. Irish mendengar dengan tekun.
![](https://img.wattpad.com/cover/89235453-288-k832316.jpg)
YOU ARE READING
I Love You, I Remember You [C]
AcakKehilangan Irish yang menjadi tanda tanya semakin dilupakan oleh semua orang kecuali Firash. Firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu masih hidup. Namun, dia cuba untuk melupakannya.Munculnya kembali si gadis menjadi kejutan terhebat buatnya. Ke...