Aku memandu keretaku dan masuk ke kawasan taman. Apabila aku terjumpa rumah yang dikatakan, aku parking di luar pagar. Memberi mesej pada Laith mengatakan yang aku sudah sampai. Melihat dia keluar dari pintu rumahnya itu, memakai baju jersey berwarna merah serta rambutnya yg ikal mayang itu, membuat aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang akan berlaku.
"Hai Ian! Lama sampai?" Laith menghulurkan tangan untuk salam aku.
"Hai. Baru je la. Dalam lima minit camtu." Aku membalas salamnya.
"So, let's go."
"Okay!"
I just drove straight away to the Burger King. In the car, I barely spoke maybe because I was too shy to talk. Dia hanya bertanya soklan padaku dan aku menjawabnya. Mungkin kerana aku nak focus drive kot. Yerla kan... Bawak someone special kan. Takkan tak nak berhati-hati. Kami berbual kosong sehinggalah sampai kat Burger King. Punyalah susah cari parking, akhirnya dapat juga. Aku memang tak suka cari parking or pergi tempat yang tak ada parking.
Aku masuk ke dalam lalu terus melihat menu yang terpampang di dinding sambil menunggu giliran untuk order. Macam mana ni? Nak makan apa? Aku memang tak biasa makan BK ni. Jadi, aku belasah jela yang mana aku nampak sedap.
"Kau nak makan apa?" Tanya Laith.
"Aku tak biasa makan sini lah. Tak tahu nak makan apa."
"La... kalau macam tu kita makan tempat lainlah. Takut kau tak selesa je."
"Eh, aku ok je. Cuma tak tahu mana yang sedap. Mungkin aku nak try makan Whopper black paper tu kot."
"Air kau nak air apa?"
"Air Fanta tu la. Sedap sikit. Erm, aku pergi cari tempat duduk kat atas dulu ek."
Aku terus tinggalkan dia dan pergi ke tingkat atas dengan segera. Mungkin aku malu, awkward, dan macam-macam dalam kepala aku ni. Menanti dia sampai and of course makanan aku sebab aku dah lapar kot seharian duduk je dalam lecture hall. Dengar je apa yg lecturer tu bebel.
Akhirnya dia tiba dengan membawa makanan kami. Aku terus melahap makanan di depan mata. Mata ku hanya focus pada makanan saja. Aku segan nak face-to-face dengan dia. Yerla! Kalau dulu aku stalker dari jauh. Tapi sekarang ni dah depan mata! Less than 1 meter. Susah nak gambar kan perasaan ini. Kami hanya berbual-bual kosong kerana baru nak berkenalan. Dia hanya mengambil berat tentang pelajaran aku sahaja. Lagipun itu perkara yang penting jugak. Sebab akhir tahun 2 ni aku akan amik 1st professional exam. Kalau fail, kena repeat setahun. Tak sanggup aku.
Kalau dah memang namanya senior, itu jela modal untuk dia sembang. Takkan tiba-tiba nak tanya hal peribadi terus. Sedangkan aku hanya mampu menjawab apa yang ditanya. Mungkin kerna aku terpana dengan wajah nya yang sangat hensem. Hensem kot. Kalau dulu usha-usha dari jauh. Sekarang ni depan mata je.
Selesai makan, aku hantar dia pulang. Jem jalan kat mrr2 ni. Office hour da tamat and so jalan pun makin sesak. Tapi aku bawa dengan penuh hati-hati. Takkan la nak membahayakan nyawa yang aku sayang. Oh gosh!
Setibanya aku di depan rumahnya.
"Thanks weyh sebab belanja aku. Aku terharu giler kot. Tak sangka kau belanja betul-betul"
"Sama-sama. Haha... terima kasih sebab hantarkan aku balik ni. Nanti kau balik hati-hati tau."
"Mestilah." Jawab aku.
Aku hulurkan tangan untuk salam. Dia menyambut salam aku. Tangan nya sangat warm. Very nice warm feeling. I can't believe I touch his hand. Dia memegang erat tangan ku.
YOU ARE READING
Abang Aku
RandomBidang perubatan tidak menghalang Ian dan Laith untuk menjadi rapat. Hubungan mereka semakin rapat dan kekalkah ia? Its gonna be romantic yet psychotic.