Shaqeer POV
Aku lihat dia bangun setelah jawapan diberikan. Mengapa harus dia pergi. Adakah pertuturan aku salah? Sewaktu dia membuka pintu bilik resus untuk keluar, aku ternampak air mata menitis dari kelopak matanya. Terasa diriku dipanah petir untuk seketika.
Aku menyesal.
Aku menyesal.
Aku menyesal.
Sepatutnya, aku pergi ikut dia untuk buatkan dia bahagia. Ya! Memang aku sudah berjanji dengan dia. Tapi kerana aku ni peminat tegar futsal, aku takleh nak skip futsal tu. Berbaloi ke aku main futsal tapi aku lihat hati roommate aku, tidak, hati seorang yang baik denganku remuk dan retak seribu?
Berbaloikah aku? Adakah aku masih mempunyai ruang untuk memujuk hati dia yang sudah pecah itu? Ian, I'm so sorry. I don't know why I make you cry a lot for me. I should just follow him to his house. Surprise him tapi I don't have car and takde siapa tahu kat mana dia tinggal.
Mungkin aku akan cuba untuk berbaik dengan dia setelah dia reda akan kemarahannya. Akan ku tunggu dia pulang pada hari ahad nanti.
Buka pintu bilik, kosong. Katil Ian kemas tersusun rapi dengan bantalnya ada dua dan cadarnya stim tegang macam kat asrama dulu. Well, dia ni da terbiasa agaknya dengan style duduk asrama sampai bawak ke university. Sunyi rasanya bila dia pulang ke kampungnya, kalau dia ada, mesti dia akan pasang laptopnya dan mainkan lagu-lagu kegemarannya.
Antara fav song dia ialah EXO. He loves EXO so much sampaikan aku yang tak minat korea ni pun boleh terminat. Hebat tak pengaruh dia? Aku harap dia contact aku untuk tanyakan lagi sekali kalau dia nak aku ikut dia balik.
Aku tengok jam pun sudah 6 ptg. Mungkin dia dah sampai ke kampungnya. Nampaknya peluang aku sudah hancur lebur. Aku mencari namanya dalam contact list and call him once.
The number you have dialled is not in service.
Aku cuba untuk whatsapp nya memang takde respon. Dia dah block aku. Punah harapan aku. Ian, aku benar-benar menyesal Ian. Maafkan aku. Sebab tak hargai segala jasa baik yang telah kau lakukan pada ku.
Maafkan aku Ian.
Maafkan aku Ian.
Maafkan aku Ian.
Cepatlah hari Ahad. Kau sampai je bilik ni aku akan peluk kau dengan erat sepertimana yang kau selalu impikan daripada aku. Aku akan tunaikan segala permintaan yang kau pinta, asalkan kau sanggup memaafiku.
For readers out there, Ian sebenarnya memang suka rapat dengan aku. Tapi aku ni je yang tak berapa suka sangat dengan Ian. Sebab dia ni jenis yang annoying. But that's only his nature. In fact, he's really helpful.
Banyak benda yang dia berkorban untuk aku. Sehinggakan makanannya dia share dengan aku. Waktu tu kami masing-masing tidak mempunyai duit untuk makan, tapi dia share jugak makanannya dengan aku. Aku tahu dia masih lapar waktu tu. Aku makan je tanpa berikan dia sesuap dua. Kejam kan aku.
Kadang-kadang kalau aku nak balik ganu, dia akan bagi aku duit belanja. Kalau tak duit belanja pun, dia bagi aku jajan. Bila aku sampai kL je mesti dia jemput aku. Memang hidup aku mudah lah. Aku tahu aku ni takde kenderaan tapi tanpa Ian, aku tak ke mana.
Aku tenung handphone aku dan cuba untuk menelefon Ian tapi malangnya tak berjaya. Keadaan macam ni sangat merunsingkan jiwa dan raga aku. Sedih! Ni baru hari pertama kan. Chillax! We'll see tomorrow okay!
++++++
"Woi Shaqeer! Kalau nak main futsal, mainlah betul-betul! Aku pass bola kat kau, kau boleh pulak buat bodoh!" marah kawan aku. Kau tahu tak sial yang aku ni tengah stress. Stress pasal someone. Aku takleh nak focus main tau tak! Korang ni patut bersyukur bila aku join main. Aku join korang tapi at the same time, aku dah sakitkan hati orang!
YOU ARE READING
Abang Aku
De TodoBidang perubatan tidak menghalang Ian dan Laith untuk menjadi rapat. Hubungan mereka semakin rapat dan kekalkah ia? Its gonna be romantic yet psychotic.