That's Laith!
Aku melihat ibuku menitis air mata kegembiraan setelah puteri bongsunya di ijab kabulkan dengan jejaka pilihan hatinya itu. Setelah saat itu, maka dengan rasminya aku merupakan satu-satunya anak yang masih single and available.
Aku melihat abang ipar aku turut gembira dan dia menunaikan solat sunat. Semua berjalan dengan lancar. Dua hati pun telah disatukan. Moga-moga kekal hingga ke hujung nyawa. Relationship goal till jannah.
Sesudah itu, kami menjemput para tetamu untuk menjamu selera di halaman rumah. Aku pun terasa lapar sangat kerana tak makan malam lagi. Aku teringat akan Laith yang sedang nyenyak tidur dibilikku.
Aku membuka lampu bilik dan kelihatan sekujur badan yang baring di atas katil ku. Sempat ku menatapi dan meratapi Laith dari hujung rambut ke hujung kaki. Sehingga ke wajahnya yang seakan-akan dibuai mimpi itu, aku tersenyum seorang diri. Nak pegang muka dia ke tak ek?
Tangan ku mula menuju ke mukanya. ku pegang wajahnya. Terasa licin sungguh kulitnya. Bibirnya ku sentuh. Warna merah jambu. Ku tak tahan kenapa wajah begitu perfect sekali. Apalah rahsia bibir pink dan kulit licinnya itu.
Aku mengusap pipinya dengan lembut. Tersenyum dia pabila tapak tangan ku ini bersentuh dengan kulitnya seolah-olah dia sedar akan perbuatan ku ini. Katil queen size ni luas dan muat untuk aku baring di sebelahnya. Tapi tak boleh. Aku tengah lapar ni. Hahaha...
"Abang... Abang... Bangun jom... makan jom..." manja je nada suara ku mengejutkan dia dari tidur yang nyenyak. Aku rasa kalau aku kejut orang camnih, kucing yang tengah tidur pun tak mampu nak bangun.
"Hurmmm..."
"Abang! Bangun!" kali aku memberanikan diri untuk memegang pipinya.
"Kejaplah... 5 minit..."
"Takyah 5 minit lah. Abang tu kan tak makan lagi. Jom makan." Aku menggerakkan kan lengannya untuk memudahkan dia bangun dari tidur.
Tiba-tiba, dia menjalarkan tangannya ke belakang badan aku dan terus memelukku dengan erat. Apa hal pulak mamat ni? Dia peluk aku pulak kuat-kuat. Sedap sangat ke body aku ni untuk dipeluk. Aku cuba untuk melepaskan genggaman erat dia tapi aku tak mampu kerana aku sudah tidak bertenaga. Dia ni tak makan lagi pun kuat lagi ke.
"Okay-okay! Abang bangun!"
aku terpandang wajahnya dan terus menuju ke matanya. Matanya perlahan-lahan dibuka dan melihat aku. Bentuk muka ku terbentuk jelas di retina matanya.
Kami bertentangan mata. Aku lihat dia dan dia lihat aku. Terasa ada sesuatu tenaga yang menyebabkan aku tertarik kepadanya. Merapati mukanya. Aku terpukau melihatnya. Wajahku semakin menghampiri wajahnya itu. Dia pun tidak melawan dan seakan ingin menerima wajahku menghampiri dia.
Jantungku berdegup kencang. Lub Dub! Lub Dub!
Aku juga terasa degupan jantungnya seperti puting beliung.
YOU ARE READING
Abang Aku
RandomBidang perubatan tidak menghalang Ian dan Laith untuk menjadi rapat. Hubungan mereka semakin rapat dan kekalkah ia? Its gonna be romantic yet psychotic.