Chapter 22

4.5K 166 39
                                    


p/s: i suka lagu ni. haha... Aiman Tino - Permata Cinta 

Aku memandang jalan yang dipenuhi dengan hutan belantara. Takdelah belantara sangat sebab mostly just hutan. Mungkin ada lah binatang buas satu dua. Beruk mungkin.

Apa yang aku merepek ni.

Kenapa tetiba hutan ni? Mungkin sekarang ni aku dalam perjalanan pulang ke rumah ku tercinta di Perak melalui highway utara selatan ni. Terasa seronok hingga aku tak terkata.

Perjalanan jauh tak ku rasa

Kerna hatiku melonjak sama

Ingin berjumpa sanak saudara

Yang selalu bermain di mata

Eh! Itu lagu raya. Tak sesuai. Bukan balik raya weyh. Balik cuti sem je. Bengonglah. Apakah aktiviti yang menarik yang boleh aku lakukan sepanjang percutian?

"Sayang mengelamun apa tu? Asyik pandang ke luar tingkap je." Laith mencapai tanganku. Dia memegan erat tanganku. Hangat tangannya walaupun aircond kereta ni dah cukup kuat untuk membuatkan aku berasa dingin.

Kehangatannya juga memecah lamunanku. Kacau je. Baru nak berangan macam mat jenin. Tapi hangat-hangat tahi ayam je la.

"Sayang tengok pemandangan je lah. Bukan mengelamun. Selalunya sayang tengok jalan je tapi kali ni ada peluang nak tengok pemandangan luar." Tipu aku.

"Kan abang dah cakap. Kalau nak tidur dulu, tidurlah. Nanti dah sampai rumah sayang abang kejut." Ujar Laith.

"Takperlah. Kesian abang drive sorang-sorang." Aku menolak.

"Abang tak kesahlah. Lagipun jauh lagi ni. Semalamkan sayang dah penat layan dengan kerenah abang. Sayang nak tidur kejap pun boleh." Pujuk Laith.

Okay fine. Aku tidur.

Penat layan kerenah dia. Memang penat gila. Bukan melayan benda lain ye. Jangan salah paham. Aku memberitahu pada Laith yang hari ini aku nak balik rumah aku. Aku mengajaknya untuk balik bersama-sama.

Dia setuju. Lalu, aku bertanya pada Laith apa yang aku patut buat waktu cuti? Sebab aku cakap yang cuti kali ini aku hanya duduk seorang kat rumah. Mak aku pergi ke rumah anak nya yang lain. mungkin pergi melancong jugak kot.

Mendengar aku akan tinggal keseorangan di rumah, terus Laith membuat keputusan untuk menghabiskan masa cutinya bersamaku di rumahku. Aku menolak hajatnya sebab aku tak nak dia rasa terbeban atau menyesal. Cuti sem sangat berharga kot.

Aku dah jenuh menolak permintaannya. Apakan daya aku mendapat panggilan telefon dari my mother pagi tadi, bahawa dia tak nak aku tinggal kat rumah sorang diri. My mother nak Laith menemani aku.

Keji you Laith. Mesti dah pakai tactic kotor ni. Aku sudah malas nak fikir dan aku nak tidur sekarang. Mengantuk!

++++++++++

Shaqeer POV

Yeay! Exam dah habis! Alhamdulillah tak sangka aku pass semua subjek. Penuh debaran aku menunggu namaku diumumkan. Mana taknya dah kalau nama aku dalam list tu nak dekat last-last.

Tapi nasib baik dekan sebut jugak nama aku. Seronok gila tak terkata. Tapi aku hanya mampu nak lulus semua subjek sahaja. Aku bangga dengan pencapaian Ian, dia mampu dapat distinction untuk satu subjek.

Really great and proud of him because dia mampu untuk buat walaupun dia dah seminggu tak datang lecture. Sewaktu namanya diumumkan terlebih dahulu, terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Tersenyum lebar menandakan kegirangannya sehingga tidak dapat melihat jelas matanya. Happy sangat tuh.

Abang AkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang