Now, I'm in the lrt nak pergi sentul timur. My cousin wedding. So satu keluarga aku akan datang. Yerla sedare rapat kot. Tak sabar. Since rumah dia dekat gila dgn lrt station ni, aku naik je la public transport. Kalau naik kereta kang, jem sana sini. Duduk je dalam lrt diam-diam.
Memang satu wedding yang best sebab dapat jumpa family sendiri and other relatives. Time ni la nak borak-borak and gossiping. Tapi aku utamakan makanan. Free lunch kot.
Boleh kata sampai wedding tu habis la aku ada kat situ. Lepas tu, bila nak balik, agak sedih sikitlah sebab mak aku balik akan kampong and aku seakan tak puas nak spend time dengan dia.
Abang aku datang dengan isteri dia dan juga sepupu rapat kami. Aku terdengar mereka bersembang mengatakan nak pergi pasar malam jalan tar. Wahhh... telinga aku sangat tajam!
"Abang nak ikut!" tanya aku sambil buat suara manja.
"Boleh. Pastu nanti kau balik camner?"
"Alah... as long as ade lrt, campak je adik kat mana-mana. Pandai-pandailah adik balik." Balas aku.
"Kereta adik kat mana? Ke kawan hantar kat station?"
"Parking kat lrt station la." Adoi abang aku ni pun cam bebal pulak dia.
Selepas bersalaman dengan keluarga dan juga saudara-mara, aku pun naik kereta dengan abang aku. Sungguh aku rasa bertuah sebab dapat berkat lauk kenduri lebih-lebih. Yes!!! Dinner free. Maybe esok breakfast pun free. Jimat duit.
Sampai je kat jalan tar tu, paham-paham jela. Orang ramai gila! Adoi... sampai susah nak jalan. Macam sandwich da asernya kat sini. Aku pun jadi makin kurang selesa.
Follow je diorang ni nak beli-beli apa kat sini. Percaya tak. Aku tak beli pape pon. Haha. Mungkin malas nak membazir kot. Nampak la sepupu aku ni beli makanan dan pakaian. Standardlah. Dia jarang datang kL. Sekali sekala la..
"Okaylah bang. Adik balik dulu. Naik lrt tu." Salam aku dengan abang aku dan sepupu aku.
"Hati-hati dik"
"Abang tu yang kena hati-hati. Kalau ngantuk, berhenti kejap."
"Okay. Sekarang boleh lagi."
Aku melambai mereka dari jauh lalu terus menuju ke station lrt. Ramai jugak orang petang ni. Tapi Alhamdulillah, aku berjaya dapatkan tempat duduk dalam tren ni.
Sejujurnya, aku memang suka naik lrt. Dari kecik aku dah naik lrt. Lepas time sekolah menengah pun banyak kali aku ke kL ni. Tapi naik bas la and then naik lrt. Senang ada public transport ni. Lagipun keluarga aku ni bukan berada sangat. Kami hidup sederhana sahaja. Tapi aku tetap bersyukur, at least aku pernah rasa semua ni.
Now, Alhamdulillah, lebih senang sebab ada kenderaan sendiri. Boleh pergi ke sana sini. Lepas tu belajar pulak dekat kL ni. Mana sangka kot.
Kereta aku ada kat lrt pandan indah. Banyak station kan. Hurm...
Bila da banyak station ni, mulalah fikiran melayang-layang. Apatah lagi dengan apa yang berlaku hari ni. Perasaan bercampur-baur. Ups and downs.
Flashback
"Kemana dia pergi?" tanya aku.
"Aku aser kau boleh agak lah. Takpe ke kalau aku bagitahu ni?" tanya Mira. Dia sebenarnya care dengan aku. Dia tak nak aku kecewa di hari birthday aku sendiri.
"Begitahu jela. Aku tak kesah. Aku nak tahu!" desak aku.
"Aku cakap ni kau jangan terasa pulak eh. Aku tahu pun sebab roommate aku pun takde." Aku terpinga-pinga.
"Ha? Maksud kau? Apa kaitannya? Tak pahamla."
"Haish! Lampi la budak ni. Diorang pergi event la. Anime event kat mana entah. That's why roommate kau tu tak balik lagi. Mungkin dia pergi event tu dulu." Untuk pengetahuan semua, roommate Mira ni otaku. Memang minat gila dengan anime ni. Temasuklah dengan si Shaqeer ni. Tapi Shaqeer ni tak lah se'otaku' roommate Mira.
Sambung balik.
Bila dengar kata-kata Mira, aku sangatlah terkejut. Mengapa Shaqeer nak berahsia dengan aku sampai macam tu sekali. Kalau dia cakap pun, mungkin aku akan cakap enjoy event tu sebab event tu memang happening pun. Aku pernah pergi sekali sebab nak menyelami dunia otaku ni. But, itu bukan dunia aku. Nak marah pun dah tak guna sebab dah berlaku. Tapi aku kecewa kerana dia tak bagitahu. Takdelah aku risau membabi buta dengan bila Shaqeer nak balik ganu.
End of Flashback
Aku seolah-olah dibelakangkan oleh roommate sendiri. Sedih gila. Tak tahulah kenapa aku sedih macam ni. Aku jealous ker? Aku tak sanggup dia dengan orang lain ke?
Macam-macam bermain di fikiran aku. Takkan ku lupa hal ini. Akan ku simpan dalam box in my deepest memory storage. Sepanjang naik lrt pun aku cam orang putus cinta. Murung saja. Takkan nak nangis kot. Gila apa dalam lrt. Nanti orang ramai tengok pulak. Malu!
++++++++
Sibuk dengan kelas. Memang penat. Kelas full je. No break.
Ever since that day, I never talk about it. Not even once. Kami hanya senyap bila dalam bilik. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Lagipun, aku banyak mengelak daripada dia. Mungkin sebab aku masih bengang dan terpana dengan apa yang berlaku. Ataupun aku nak dia tahu sendiri. Mampukah dia nak tahu sendiri. Things become more awkward and awkward.
Selalunya jadual aku belajar ni, pagi-pagi akan ade lectures and petang-petang ade tutorial or experiment kat dalam lab. Depends la. Macam petang ni ade tutorial dengan Dr Azila. Orang nya kecil je. Pastu comel pulak tu. Eh! Eh! Dia da kahwin ok.
Subjek dia ajar ialah physiology. Subjek ni akan belajar pasal human function and mechanism camtu la. Subjek kena rajin baca buku. Aku ni malas baca buku Guyton yang tebal-tebal nak mampos tu.
Aku baca lecture note je dah cukup kot. But mostly akan refer gak buku but not Guyton. Aku prefer Sherwood and Ganong. Sebab nipis and mudah nak baca.
Hari ni Dr akan ajar pasal cara-cara nak jawab soalan exam OSPE. Haha... aku paling tak suka exam cam ni. Exam ni dalam lab and ada lebih kurang 10 station soalan and few rest station. Setiap station 5 minit. So akan ada 20 orang yang akan jawab dulu n yang lain kuarantin. Tengoklah apa soalan diberi and jawab dalam masa 5minit dan jawapan masuk dalam envelop kat station tu. Pastu loceng akan dibunyikan bila habis 5 minit dan kena pergi next station.
Selesai kelas, aku terus ingin menuju ke kereta. Masa nak pergi ke kereta...
To be continued...
P/s: sorry lambat update. sibuk sikit dengan posting baru ni. pastu kena merantau sana sini lagi. huh... takes time nak cari idea n post story.
YOU ARE READING
Abang Aku
RandomBidang perubatan tidak menghalang Ian dan Laith untuk menjadi rapat. Hubungan mereka semakin rapat dan kekalkah ia? Its gonna be romantic yet psychotic.