Chapter 25

3.5K 127 45
                                    


Semenjak hari itu, aku tidak lagi berjumpa dengan kekasih hatiku iaitu Laith. Kenapa? Kerana dia sudah dipindahkan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK). Disebabkan apa yang terjadi antara kami di hospital tempoh hari, Dr Sanjana membuat keputusan untuk refer Laith ke HBUK.

Aku rasa sangat tertekan setelah aku dapat tahu yang Dr Sanjana sengaja menyuruh aku datang untuk melawat Laith. Dia ingin melihat apabila aku bersama Laith, apakah tindakan yang Laith lakukan. Sedangkan apabila Laith bersama orang lain, dia takkan bertindak ganas seperti itu.

Jadi aku ni merupakan bahan eksperimen untuk mendapat diagnosis penyakit Laith itu. Alasan Dr Sanjana bagitahu yang aku enggan untuk bagi kerjasama dalam memberikan history.

Pada mulanya aku berasa sangat marah pada Dr Sanjana, after a while, aku sudah boleh menerima alasannya dan aku juga telah memberitahu segala-gala pada Dr Sanjana. Aku memberitahunya yang aku diseksa dengan ganas sebelum Laith di tangkap polis. Oleh kerana itu, Dr Sanjana mampu membuat medical report yang lengkap untuk Laith.

Kenyataan aku itu merupakan satu info yang sangat berguna untuk mengelakkan Laith daripada masuk penjara atas dakwaan merosakkan harta benda. Tapi aku masih tidak pasti akan perbicaraannya di mahkamah. Sama ada dia fit to plead ataupun tidak.

Sekarang apa yang aku harus lakukan?

Aku rindu akan Laith.

Aku rindu belaiannya.

Aku rindu wajahnya.

Aku rindu pelukannya.

Aku rindukan segala-galanya.

Kini, aku rasa kosong tanpanya di sisiku. Tiada lagi panggilan telefon di malam hari. Tiada lagi mesej-mesej yang caring. Tiada lagi Laith di depan aku.

Semenjak hari itu juga aku tak boleh focus dengan diri aku. Aku hanya datang dan balik lecture sahaja. Apa yang aku belajar bagaikan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Kadang-kadang telinga aku terus pantul suara-suara dari luar.

Aku menjadi seorang yang pendiam setelah itu. Tiada tempat untuk aku luahkan segala-galanya. Aku berasa malu dan takut akan persepsi orang terhadap aku dan Laith. Apa yang mereka fikirkan.

Takkan aku mahu cakap yang, 'hey, boyfriend aku rogol aku?' or 'boyfriend aku dah gila'. Even dorang pun tak tahu yang aku ni kapel dengan Laith. Even my own bestie pun tak tahu.

Dr Sanjana memberitahu aku yang Laith sedang menghidap penyakit Schizophreniform disorder. It's a mental disease where the brain having some chemical neurotransmitter disturbances. Kalau tengok kat DSM-V, ini diagnosis buat masa ni.

Dia lebih kurang sama dengan schizophrenia tapi yang lainnya ialah duration. Kalau schizophrenia at least 6 months but schizophreniform disorder within one month je kalau tak salah.

Sebab tulah dia ada positive and negative symptoms. Positive symptoms Laith ada delusion di mana dia rasa diri dia diancam dan ada orang nak buat sesuatu pada dia which is weird la. siapa nak buat jahat pada dia? He is a nice guy.

And another positive symptom is 2nd person auditory hallucination. Dia berhalusinasi dari segi pendengaran. Maksudnya dia dengar ada orang bisik kat telinga dia mengatakan 'Rogol Ian' and 'Pukul Ian'. Well, itulah bisikan yang dia dengar. Katanya suara seorang lelaki. Bagi arahan untuk rogol aku.

Itu bukannya jin or syaitan ye.

Negative symptom yang dia ada ialah socially withdrawal, low interest dan poor academic performance. Benda ni berlaku kat Temerloh. Dia jadi kurang bergaul dengan classmate dan banyak ponteng kelas.

Abang AkuWhere stories live. Discover now