"Shaqeer! Shaqeer! Bangon! Wake up! Dah nak pukul 7 ni. Kau ni nak balik pukul berapa ni?" aiii... Jenuh betul nak kejut budak ni. Mungkin dia tidur lewat kot semalam. Pastu tidur mati. Tak sedar kalau orang kejut.
"Aaaahhh!" menguap Shaqeer sambal tenguk jam di ipadnya. Lalu dia bingkas bangun pergi ke toilet and then solat. Sesudah solat dia duduk di atas katil dia. Mata dia terpejam.
Aku mencapai tuala ku nak pergi mandi. Hairan aku dengan Shaqeer ni. Mak dia nak pergi menunaikan umrah and kenapa dia masih ada di sini. Sepatutnya dia balik dah.
Pelik kot. Pelik kan? Memang pelik. Pastu hari ni da hari sabtu. Macam tak berbaloi je kalau nak balik Terengganu hari sabtu. Kalau balik jumaat padala kan.
Aku dah banyak kali tanya dia semalam tapi seolah-olah dia mengelak daripada aku. Macam ada sesuatu yang dia rahsiakan. Banyak kali aku tanya bila dia nak balik. Tapi dia jawab esok kot. Aku pun sudah penat tanya balik kenapa nak balik esok. Tapi dia tak jawab persoalanku.
It's drive me crazy kot! Why! Why!
Kenapa dia macam nak rahsiakan sesuatu daripada aku!
Sudahlah aku malas nak fikir. Aku nak siap-siap pakai baju lawa-lawa ni. Yerla harini kan ada pertandingan busana muslim ni. Temanya colour block. Aku pun sebenarnya tak paham dengan apa yang dimaksudkan dengan semua ni. Banyak kali aku tanya kawan-kawan yang pandai ber fashion-fashion.
Selesai mandi, aku pun pakai baju yang aku da prepare semalam. Aku akan pakai baju melayu warna kuning diraja tu. Nak jadi ala-ala keluarga diraja pulak. Haha! Pastu aku pekenakan seluar slack warna maroon.
I know. It's weird kan. Colour block la katakan. Wait till the end. Then, I put on my silver white samping. Aku ikat dengan gaya p.ramlee. nah! Amik kau. Gila kan. Macam mana la aku nak mengadap muka orang.
Sesudah bersiap. Aku beritahu Shaqeer yang aku sudah nak pergi kampus. Dia cam tak layan je. Mungkin dia tengah mamai-mamai kot. Sambil tu aku masih tanya bila dia nak balik tapi takda jawapan. Geramnya!
Aku ni bukannya apa. Sedangkan mak aku nak pergi haji dulu, aku siap datang ke tabung haji Kelana Jaya tu. Yerla. Mana tahu apa-apa jadi kat sana nanti. Menyesal tak sudah. Lagipun Shaqeer ni salu balik naik bas and aku memang suka hantar dia ke bas station naik lrt.
Aku memang suka naik lrt. Haha...
++++++++
As soon as I arrived at the faculty, I got nowhere to go except resuscitation room. It's a room that only students can enter and rest in there. But most of us sleep in there. Have two room according to gender la.
Buka je pintu bilik resus, tak ada orang. Yerla. Time weekend gini memang takde orang. Lepas daftar tadi dapat breakfast. So apa lagi. Melantak jela sebelum bertanding.
Dalam bilik ni ada sofa, ada meja. Tapi kitorang jadikan sofa tu tempat tidur. Takkan la nak bawak katil dalam bilik resus. Kau gila! Haha...
Aku buka bekas makanan ni, ada bihun goreng rupanya. Sekali dengan air teh o panas. Aku memang tak suka air panas. Tapi percuma punya pasal, telan jerla. Baru nak baca bismillah, pintu bilik resus tu dibuka oleh someone.
Someone tu Laith.
Oh my god! What the hell is he doing here? Tengok aku pakai baju gini jadi malu pulak. Blushing kot. Tapi apa kurang nya dia. Berjubah hitam shiny. Segak jugak aku tengok. Dengan rambut dia sikat tepi ber gel dan shiny. Dah mula dah piker bukan-bukan.
"Ian... buat apa kat sini?" kenapa panggilan dia macam menggoda semacam. Sinis pun cam ada. Eh weirdla...
"Tengah makan ni ha... pastu nanti akan bertanding busana muslim tu la."
"Aku pun bertanding gak." Senyuman sangat manis dan menggoda. Aduh! Menggugat iman.
"Nape tak cakap bertanding gak. Patut lah pakai jubah hitam ni ek?"
"Yup ini je yang ada. Belasah jela. Jom makan sekali." Terus dia duduk sebelah aku dan buka makanan yang di dapatnya.
Sambil-sambil makan tu, adalah borak-borak sikit. Aku ni masih tak boleh terima kenyataan yang dia pun masuk sekali dalam pertandingan tu. Adoi. Mcm mana ni. Tak sanggup nak berlawan dengan dia sekali.
"Roommate kau ada ke kat bilik?" tanya Laith tetiba. Ini pelik sebab apa dia tanya macam tu.
"Entahlah. Dia kata nak balik tapi tak tahulah dah balik ke belom. Malas nak ambil tahu."
"Nape ni? Gaduh ke?"
"Tak gaduh la. Cuma hairan sebab dia macam tak nak bagitahu bila dia akan balik. Tapi nanti dia baliklah tu kot. So malam ni aku sorang-sorang lah dalam bilik."
"Boleh tidur puas-puas nanti."
"Of course! Apasal tiba-tiba kau masuk ni? Tak kabor pun nak masuk." Baru nak tanya dia pasal bende ni.
"Aku masuk sebab nak surprise kan kau lah." Jawab Laith.
Betul ke apa yang aku dengar ni. Macam salah ja. Aku rasa aku korek telinga pagi tadi lepas mandi. Rasa macam ada fireworks je kat belakang telinga aku ni. Biar betul dia masuk sebab aku.
Sebab aku.
Takkan la. Aku aser dia main-main je kot. Haha.
Aku tak kesahlah... Dia masuk sebab aku ke or sebab lain, I'm just glad I get to be with him in the competition.
That competition tu like model. Mula-mula kena modelling kan baju kita pakai tu and then show off our outfit and why we chose that particular outfit. Then, answer few questions. So far so good la. Nervouslah sikit. Nak modelling ni bukannya pandai sangat. Ramai orang pulak tu. Budak batch aku ramai gak.
Habis je competition tu, aku pergi kat bahagian belakang lecture hall 3rd year. Terserempak la dengan budak batch aku beberapa orang. Sume girls. Dorang puji la baju aku lawa and ada jugak dorang wish happy birthday and bg present jugak.
Terharu kot. Dapat chocolate cadburry yang saiz besar. Seronok gila. Time-time stress ni makan chocolate memang puas. Haha.
Heaven gila arini. 1st birthday aku, 2nd dapat hadiah. 3rd dapat masuk competition dengan Laith. Really back-to-back happiness.
Sesudah itu, kawan aku sorang ni namanya Mira datang kepada aku and wish happy birthday. Dia takdalah bagi hadiah. Dengan ucapan pun aku dah happy.
"Eh Ian! Happy kau hari ini. Petang ni ada pergi plan mana-mana ker?"
"Dengan sapa?"
"Dengan roommate kau la. Takkan tak celebrate kot?"
"Dia baliklah. Balik ganu. Tapi tak tahulah dia balik ke tak. Tanya cam nak taknak balik jer. Macam ada something yang dia sorok daripada aku."
"Aku aser aku tahu dia pergi mana."
To be continued...
p/s: sorry korang. sikit je part ni. idea ada tapi mood nak tulis takde. stress and depress sbb baru habis exam. syok da habis exam tapi sedih jugak! T_T.
Dont forget to vote and kindly give comment and thoughts okay! thanks
![](https://img.wattpad.com/cover/88531030-288-k888332.jpg)
YOU ARE READING
Abang Aku
RandomBidang perubatan tidak menghalang Ian dan Laith untuk menjadi rapat. Hubungan mereka semakin rapat dan kekalkah ia? Its gonna be romantic yet psychotic.